Translate

No-No-NO!

Kenduri Kahwin di NS sangat meriah!



I heart kenduri! Sebabnya inilah peluang makan macam anak dinasor. LOLS. Lauk kenduri memang ohsemla. Lagi-lagi lauk kenduri bertemakan lauk kampung. Macam daging salai cili api, ayam goreng berempah, gulai nenas ikan masin, rebung cili api, ulam dan sambal belacan! Perhhh, kecur air liur mek ni. Baru-baru ini balik rumah ayahbonda di NS sebab suami bekerja di luar negara (I is takut duduk rumah sorang2 terutama waktu malam, bukan sebab takut hantu ke apa, takut takut dengan perompak or sekutu dengannya. Baru-baru ini rumah jiran kene masuk perompak! SCARY!!!)



Ayahbonda ajak pergi kenduri rumah kawannya di Paroi Jaya. Ya, saya tau dah, bawak tu nak mintak tolong ambilkan air dan tolong beratur ambil cendol dan kuih muih untuk kudap-kudap lepas makan. Biasalah kan itu kerja forever dan ever anak-anak kalau pergi kenduri dengan makabah. Pastu bila suami takde kat tepi, mulalah orang sangka kita ni masih budak kolej. Selalu macam tu tau! Perasan. Kenapa ada mata-mata nakal duk kerling-kerling kat kita. Hayooo.. Mulalah mek ni makan pun taksenang. Takut cili lekat kat gigi. Mak pengantin pun sama nak banyak tanya, eh ni anak yang mana? yang bongsu ke?! *harubiru dunia



Btw, kenduri kahwin kawan bonda di NS ni sangat meriah. Kenduri di buat dihadapan rumah tapi setupnya suasana macam di dewan MPS (Majlis Perbandaran Seremban). Panjang kot khemahnya. Memang jiran-jiran semua sepakat membawa berkat. Semua oompa loompa (petugas) yang kehulu-kehilir buat-buat sibuk pakai baju sedondon. Baju kurung kosong merah hati. Suka suasana yang smooth yet grand.




 Kuih Penyaram.  
Selalu jumpa kat pasar malam aje. 
First time jumpa kat kenduri kahwen. 
Sempoii.





 Kaunter kuih-muih dan aneka mee. 
Cucur bilis pun ada. 
Sosej-nuggets-on-stick pun ada.




Omelette! Kita ingat makan pagi je. 
Makan tengahari pun boleh.
Buat lauk bila makan dengan mee goreng



Apa yang menarik tertarik di majlis perkahwinan ini ialah kawasan majlis ini sangatlah luas dan panjang. Tak bilang pula berapa buah khemah. Tapi, MasyaAllah lapang gila rasa dan tak semak serabut walaupun tetamu sangat ramai. Sangat convenient. Yang kedua, varieties of foods. Kalau anda ada 3 buah kenduri pada hari tersebut, tak perlu risau nasi beriyani dan ayam merah yang masih tak hadam dalam perut tu, order je omelette untuk kudap-kudap. Tak pun makan kuih penyaram panas-panas yang baru angkat dari kuali. Minum dengan teh tarik panas! Fuhh makin hangatlah tubuh badan kan. 



Hidangan lauk-pauk secara buffet




Kaunter manisan pun ada. 
Tengoklah panjang je tangan ayahanda mencapai lollipop! LOLS. 
Bukan kanak-kanak aje yang teruja. 
Datuk ada cucu pun teruja sama!




Ada caklempong uols.
Caklempong juga dikenali sebagai Taklempong, Calempong atau Telempong.
Memang kenduri di NS ni suka nak ada caklempong.
Dibawa ke Malaysia oleh orang-orang Minangkabau yang menetap di Negeri Sembilan





Pelamin yang simple yet grand!
Bungaaa ros segar.
Rasa nak curi sekuntum dua letak kat tudung.
Taksempat nak tengok outfit pengantin.
Pesen ayahbonda pergi kenduri awal.
Jam 12.00 dah terpacak depan rumah pengantin.



Cerita pasal NS teringat lagu Hattan feat Waris;

Ko Jolobak Ko JolobuTuai Padi Tigo Tangkai
Kalau Kono Komat Jolobu
Tak Mati Badan Menghasai
Gurindam Dulu Dulu Jangan Ponah Dipotikai
Tak Tahu Tanyo Dulu Jangan Goma Memandai Mandai

Paham ke? Tolong terjemah =)


3 comments:

  1. kuih penayaram namanya. tahu kuih tu tapi tak tahu nama dia. kuih tu memang favourite la. susah nak cari kuih tu kecuali kalau balik kampung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kuih ni betul sedap! Rupa femes tapi taktau nama. Hehe. Suami panggil kuih topi.

      Delete
  2. wow memang meriah.. makana tu penting..
    pegi kenduri nak attack makanan ehehe..

    ReplyDelete