The Sumbs Cafe, Seksyen 13 Shah Alam


Assalamualaikum.

Entry kali nak review makanan di The Sumbs Cafe, Seksyen 13 Shah Alam. Tagline mereka;

'For Foodie By Foodie'.


Senarai menu yang ada


Alhamdulillah tak susah pun nak cari TheSumbs ni. Ini lokasinya. Korang WAZE kan aje.


The Sumbs Cafe
7-04-01 Persiaran Alam Pusat Perniagaan World Wide
Persiaran Akuatik Seksyen 13, Shah Alam.
Sabtu-Rabu :12pm-11pm  | Khamis :12pm-7pm    | Jumaat : CLOSE

No Tel: +6017 288 8658 / +6019 275 5444


Masa kami tiba ni, tak ramai sangat orang dan mudah nak dapat seat. Kami ke sana pada hari Sabtu. Almaklumlah cafe thesumbs ni belum masuk lagi JJCM TV3 tu.

Saya ketahui wujudnya thesumbs ni di Instagram. *saya memang instagrammer tegar!

Pantang je ade hupdate tempat makan baru yang best pasti terus nak datang cuba & terus nak blog.

Sementara tunggu makanan marilah bergamba dulu;


sukasucre by Fadzley Yaacob



Let's cekidauuttt apa menu di 'thesumbs'





Apa yang kami order;

1.Chicken The Sumbs
2.Pasta Daging Dendeng
3.Churos
4.Dessert SukaSucre by Fadzley Yaacob



Ini bukan untuk tapau tau, memang makanan anda dihidangkan dalam ini!


Makanan kami datang dalam box macam di atas. Eh hello! Kami tak tapaulah. Nak feeling2 makan kat sini. Oh rupanya memang ia dihidangkan dalam box ni. Gittew ok konsepnya. *malas basuh pinggan barangkali *takpun jimat kos pekerja  ahaks! Harapanku agar mereka recycle la semua box ni semula. *kesian makin banyak pokok kene tebang untuk bekas thesumbs ni



Chicken 'thesumbs' - RM12.50
"Ini menu signature thesumbs. Jadi haruslah cuba. Isi ayam tanpa tulang yang digoreng deep fried dibalut dengan telur. Sosnya sos tomato dan ada fries. Agak masam tapi tetap menyelerakan. Kenyang! Yang taksuka masam sila elakkan. Pilih menu lain. "



Pasta Daging Dendeng
"Ini pulak menu baru kot. Takde dalam buku menu. Pasta daging dendeng. Yang ni memang THORbaeklahh. *rosak bahasa . Kuah tu hirup slurrrp..slurrrppp gitu. Kesedapannya sampai sekarang masih teringat-ringat. Dasat juge penangan daging dendeng ni."





"Churos. Cicah coklat. Ini kali kedua try churos. Best juge. Makan panas-panas pasti sodap. Chenta Hati kata Churos di Mozer Cafe, Bukit Jelutong lagi best. Lain orang lain citarasa ye dak."

Oii cik kak, tekun makan nampaknya!


SUKASUCRE by Fazley Yaacob


Tujuan kami ke mari asalnya mahu cuba SUKASUCRE by Fazley Yaakob. Dessert yang dibuat oleh Dato Fazley. Siapa tak mahu cuba oii. Kata juara Masterchef Celebrity. Mestilah nak cuba makan air tangan juara. Macaron tiada. Yang ada cuma ini;





Sudah lupa apakah nama cake ini. Tapi yang ingat ada ala-ala macaron juge, ada butterscotch. Manis!


Perut ada dua. Itu jela yang mampu dicuba. Lain kali boleh cuba menu lain pulak. Memang suka betui jalan-jalan cari makan. Haiaah macam2 makanan ada di Malaysia ini. Syukurlah Malaysia masih aman (eh tiba-tiba. apa kaitan?).


Jemputlah mencuba keenakan The Sumbs Cafe ini ye (ewahhh macam tokei kedai pulak). Nih nak bagi tahu, mereka aktif di instagram. Boleh follow mereka @thesumbscafe untuk update terkini.

Follow juga +SukaSucre untuk desserts menarik oleh Dato Fazley.

Update: SUKASUCRE BISTRO by Fazley Yaakob DAH BUKA DI CHERAS! 



2 ulasan: