Jalan-Jalan Cari Makan Secret Recipe, Bandar Senawang

Assalamualaikum. Kali ini kaki makan bersiaran dari Secret Recipe pulak. Ewahh, dah macam pengacara pulak. Oklah sebenarnya kita ke Secret Recipe sebab celebrate birthday adik ipar. Secret Recepi pilihan hati kerana sini memang tak ramai orang, tempat yang cozy, sejuk aircond, selesa nak bergosip dan friendly environment untuk baby Hakim (nama anak buah).

Lets enjoyce the pictures!


Noodle in Tom Yam Soup 

Sumpah sedap! Makan panas2 dan kepedasan memuncak. Terasa chicken tomyam nya. Sangat kene dengan mytaste. Slurrrrppp!



Lasagna (menu baru rasanya. Unfortunately lupe nama menu)

Lasagna ni sedap! Saya memang suka. Lasagna ini penuh dengan creamy cheese dan rasanya sangat balance dengan tomato puree yang masam-masam tu. Ada bayam jugak! Tapi nak habiskan sorang memang tak mampulah. Share je dengan cinta hati. Jadi takla muak sangat. Selang seli dengan tomyam soup. Maka makan pun penuh NIKMAT! 


Curry Seafood Laksa - imej from google

Menu ini di order oleh adik ipar. Perhhh! Sedap jugak curry mee ni. Haih Azyy ko semua sedap kan. Tapi memang sedap. Sungguh! Tak tipu. Pergi try plis. Sotong dan udang memang fresh. Lagi sedap dari curry mee Madam Kwan! Oppppsss! (for me la...)


Tom Yam Kung - imej from google

Tom yam soup ini pun sedap juga. Tapi Tom Yam Kung ini ada udang besar dan sotong.  Tom Yam Soup tadi chicken dengan mushroom. Yang ini Seafood gitu. Rasanya beza antara keduanya. Tapi berbaloi! Bonda amat suka ini (teringat pulak lunch dengan Bonda di Secret Recipe dulu...)


Chocolate Indulgunce (all time faveret!) - imej from google



Amatlah berbaloi untuk dihabiskan ringgit di sini. Gambar ihsan google la jawabnye sebab terlupe mahu snap picture. Air pun macam2 air kami order. Overall memang best! Memang puas hati! Terbaiklah Outlet Senawang :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan