Minum petang di Foodsbury Cafe, Seksyen 9, Shah Alam

Assalamualaikum.

Pernah dengar Cafe Foodsbury?

Ok, kami pun first timer juga di Foodsbury. Chenta Hati yang mencadangkan minum petang kat sini. So, I on jer. Tak susah pun nak cari tempat ni. Yang tahu, lokasinya di Seksyen 9, Shah Alam. Yang taktahu area Shah Alam pakai saja Waze and search alamat ini:

Foodsbury,
Wisma Faiz Azrina, 24, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A9/A, Shah Alam.

Operation hour:
Isnin-Jumaat, tengahari-11pm;
Sabtu, 10am-630pm

Amboi. Tersenyum bangga nampak depan Foodsbury. Taksabar tu nak makan.


Masuk dalam je nampak painting seolah2 "Gajah pun minum kopi!" 



Dah ambil tempat, boleh ambil menu yang disediakan dan pilihlah mahu order apa. Jika tak tahu tanyala adik yang ada di kaunter ataupun adik comel yang bertudung kehulu kehilir menghantar makanan yang di order pelanggan. Dah tick2 pergi kaunter buat bayar. Perlu bayar dulu, baru makanan sampai. Gittew konsepnyer yer.



Ini yang kami order!


Super Spicy Beef Aglio Olio RM12

Nampak tak? Aglio Olio ada kuah? Boleh hirup kuah lagi. Beef die banyak tu. Cili kering (yang diblend) agak bersepah2. Masih takberapa nak spicy sangat. Tapi yang penting sedap! 


Salmon Carbonara RM13


Malas nak cakap banyak, tahtahu macam mana nak describe feeling masa menikmati carbonara ni. Yang penting, ini carbonara TERsedap penah rasa! (cafe local). Dimasak dengan sangat sempurna, sangat creamy, tidak masin. Salmon pun tak kering. maish terasa juicy. Perfect! Terbaik!



Dessert ini namanya Mille-Crepe Almond Salted Caramel RM12

Arrhhh sedap jugak! Ini kalau seorang makan boleh muak. Boleh berkongsi. Sangat rasa caramel. Harga lagi mahal dari secret recipe ok. Tapi berbeza sangat dengan secret recipe. Terasa home made nye. Nampak lapisan berlapis-lapis tu. Itulah keistimewaanya. Datang sini perlu cuba ini.


Last but not least menikmati hot hazelnut mocha RM8. Perhhh. Terbaik.

Pendek kata memang tidak sia-sia datang ke mari jauh-jauh. Eh jauh ke? Berbaloi menghabiskan masa menikmati pasta sedap kat sini. Sangat cozy tempat ni. Dipenuhi dengan budak-budak universiti. Kami je yang makpak budak. Heeeee.

Oleh itu, silalah pergi dan try sendiri. In Sya Allah kami pasti datang lagi :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan