Restoran Aroma Hijrah, TTDI Jaya, Shah Alam

Assalamualaikum.


Siapa peminat nasi arab? Meh nak rekomen antara restoren nasi arab terbaik di Shah Alam. Restoren Aroma Hijrah. Kepada peminat Nasi Arab, HARUS cuba makan di sini.


Alamat: No 8, Jalan Opera H, Seksyen U2 Taman TTDI Jaya Shah Alam


Kami berlima. Bawa Ayahanda dan Bonda bersama dengan Cik Nadia yang comel lote tu makan malam di sini. Sesampai di sini perkara pertama yang kami semua nampak, restoren ini ada BANYAK PINTU! Besar dan selesa sangat. Boleh makan bersila, boleh juga makan di atas kerusi. It's up to you guys. Boleh muat 400 ORANG katanya. Siap ada surau di tingkat atas. Selesa sangat. Telekung pun disediakan. Mesti meriah sangat kalau berbuka puasa di sini.



Kita dah tolong snap gambar menu. Dalam ini ada nama lokasi, no telefon, FB page lengkap sekali dengan business hour. Jangan lupe LIKE. Ushar2 dulu di FB sebelum datang sini. Senang korang boleh plan nak makan ape bila datang sini nanti.

Hiasan dalaman Restoran Aroma Hijrah sangat menarik. Tengok warna, hiasan dan juga lampu-lampu je dah menambahkan selera makan. Belum lagi menikmati hidangan. Setelah dibelek-belek akhirnya kami order COMBO A. Macam best je. Macam lengkap je. Semua nasi ada!


Nampaknya restoren ini telah didatangi geng Jalan-Jalan Cari Makan TV3. Hmm..pasti sedap! Nampak tak belakang tu, pakcik yang serve kami. Baik sangat. Helpful. Nampak macam beliau yang paling senior. Yerla first time datang taktahu nak order ape. Rupanya tokey restoren gitthu. Salute la pakcik!

Inila main course kami. Hidangan untuk 5 orang. 


Roasted Chicken, Masywi Chicken, Roasted Lamb, Kabsah/Mandy Lamb served with MANDY, KABSAH & MAQLUBAH rice. Selatah & Harrah mesti ada. PERFECT sangat! Yang penting lamb tu sedap. SubahanAllah. Manalah chef ni belajar masak sedap2 nih :p

Kelemahan: Taktahu mana satu. Hahahah.

Perut dah kenyang tapi tetap juga nak rasa Roti Arab cicah Curry Lamb. Curry Lamb ni sedap. Rempah memang kuat sampai terasa dalam anak tekak. Memang menggoncang jiwa! Ewah siap tambah lagi sepinggan roti arab. Roti memang dihidang panas2. Fluffy gitu. Terbaiklaah. 


Mana boleh tinggalkan restoren tanpa dessert. 

Tak ingat nama. Ala-ala aiscream cake. 

Haih, korang pergi rasa sendirilah. Amatlah berbaloi bawa family terchenta atau bawa chenta hati datang makan kat cini. Saya sangat suka Shah Alam! Eh tibe-tibe...

5 ulasan:

  1. Tidak berbaloi utk hidangan 4 5 org dgn harga 89 ringgit. sangat kedekut memberi daging kambing 1 sauce n 1 mangkuk kecil salad, mkn an tersebut sama dgn portion utk 2 org di restaurant arab yg lain ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya,
      Betul jugak tu. Memang tak cukup semangkuk! Kami pun mintak tambah berkali-kali. Rasanya tak dikenakan additional charge. Skrg ni tak pasti. Dengan GST bagai. Mungkin ada extra caj.

      Padam
  2. nasi ok utk 5 org,,tp daging tu utk 2 org sahaja..sangat2 kedekuttt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya,
      Pergi lain kali try order per plate pulak =)

      Padam
  3. slm,saya wan zakris anak saudara ustazah habsah,
    saya tinggal di putrajya
    menjual rempah nasi arab terpantas untuk disediakan

    x perlu tumis,campur beras, pes dan lauk sahaja

    1.nasi mandhy
    2.nasi maqlubah
    3.nasi kabsah

    Harga Rm 18 sekotak siap bersama beras basmati
    sesuai makan untuk 5-7 org
    -wan zack 017-2479884 prefer whatsap

    ps-Cod percuma untuk kawasan berdekatan putrajaya

    BalasPadam