Hiking Bukit Setia Alam Trail A ke Mirror Lake Bukit Sapu Tangan





Ada saja aktiviti nak buat hujung minggu. Nak pergi shopping mall tempat ramai orang. Bimbang risiko terkena wabak yang sedang menular; novel coronavirus (2019-ncov) maka kita pergi hiking. Masuk dalam hutan tengok alam. Hilang stress. Kurang depresi. Hindarkan kemurungan.

That's good to know mendaki satu daripada lima latihan kardio terbaik. Malah boleh meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif. Jangan tak tahu, ada kajian yang mengatakan orang yang suka hiking prestasi memorinya meningkat 20%. Logik juga sebab kita kena sentiasa stay alert dengan trail. Kena ingat jalan keluar. 

Salute kepada orang yang gigih mendaki bukit mahupun gunung kerana sanggup keluar dari zon keselesaan. Korbankan keselesaan badan menggunakan kekuatan kaki, menguji kekuatan lutut, berpeluh belengas tu jangan cakaplah, demi meningkatkan stamina dan kekal fit. Secara tak langsung orang-orang begini sentiasa berfikiran positif. Kita pun nak jadi macam tu jugaklah :) 

Pilihan trail kali ini ialah Setia Alam Community Trail.

Misi: Trail A > A1 > MOU > A2 > The Wall > 4 > 5 > Peak Garden (240m) > Turun semula ke The Wall terus ke Bukit Sapu Tangan > Mirror Lake Bukit Sapu Tangan (tiada dalam map)



Ada tiga (3) pilihan laluan masuk ke Bukit Sapu Tangan

i. Trail A (via Setia Alam Community Trail Head)
ii. Trail B (via Setia Alam Community Trail Head)
iii. Gate E (Alam Budiman)
iv. Via Bandar Nusarhu


Lepas discuss dengan hubby kita masuk melalui official trail; Trail A via Setia Alam Community Trail.  Trail B more adventurous. Gate E terlalu jauh. Heret kaki nanti nak sampai Bukit Sapu Tangan. Nak pergi Mirror Lake atau Green Lake Bukit Sapu Tangan lagiiiiiiiiii terlalu jauh. Tiada dalam map di atas.

Search Google Maps : Setia Alam Community Trail Head


Masa ni jam 8.03am. Padan muka. Lambett lagi. Parking dah penuh. Hiking entrance untuk ke Trail A dan B nuh jauh di hujung jalan sana. Dekat tangki air Syabas. Kiteorang parking atas divider berlawanan arah jalan (takda dalam gambar). Menapaklah kita nampaknya ke pintu masuk.


Oppppsss! Ini bukan entrance ya. Ini entrance construction site. Jangan masuk yang ni. Masuk yang sebelahnya..


Yas. Yang ini baru hiking entrance :) Mulakan dengan Bismillah. Jangan lupa baca Ayat Kursi. 


Wow...terima kasih tidak terhingga kepada Shah Alam Community Forest atau sesiapa sahaja yang ada effort sediakan hiking sticks. Gembira sampai nak melompat bila nampak hiking sticks ni. U guys rock. Hiking sticks sangat membantu untuk orang-orang slow pace macam Azie yang baru nak belajar naik bukit.


Nampak signage ni awal-awal lepas masuk. Terus mara ke depan sampai jumpa simpang yang memisahkan Trail A dan Trail B.


Construction site bersebelahan hiking entrance tadi. Sedih juga bila lihat pemandangan begini. Memikirkan nasib fauna yang masih tinggal. Teruskan perjalanan sampai jumpa simpang Trail A dan Trail B.


Inilah persimpangan dilema sama ada mahu ke kiri (refer map di atas tadi)
i. Trail B
ii. Lake Trail

atau kanan ikut Trail A. Dah decide? Let's go into the woods.


Sentiasa refer map. Kemudian jumpa signage A1 sama ada nak ikut route M.O.U atau lencong melalui route EcoPark Hillside. Azie ikut route M.O.U. Route ni easy peasy. Daki santai-santai.


Feeling Frodo


Trail A signage board sangat jelas dan mudah difahami. Jangan risau. Fahamkan map di atas. InsyaAllah tak sesat. Ambil peluang perhatikan pokok-pokok yang jarang dijumpai. Ada beberapa tempat yang ada monyet bergayutan. Ignore je sebab dia tak kacau orang. Cuma jangan bagi makanan. 


Tak lama kemudian dah nampak view Bandar Nusarhu. Kalau nak ikut shorcut ke Bukit Sapu Tangan bolehlah via Nusarhu. Di sini entrance ke Bukit Sapu Tangan. Azie tak perasan pula signage board. Kiteorang tahu pun sebab ada sis yang baik hati bagitahu info. Okeh sebelum tu kita teruskan perjalanan ke Peak Garden dulu (240m). Kita tengok apa yang menarik di sana.


Lepas lalu The Wall (kawasan lapang berbatu-batu) jumpa kawasan yang sedikit mendaki. Maknanya dah very near dengan Peak Garden. Pendaki yang lebih awal dah berpusu-pusu turun balik. Kiteorang baru terhegeh-hegeh nak sampai sini. Takpe. Slowly but surely.

35 minit dari hiking entrance tadi untuk sampai ke Peak Garden setinggi 240m ikut Trail A (slow pace). Patutlah orang cakap trek ni sesuai untuk beginner. Memang santai-santai.

Setia Alam Community Trail; Peak Garden ✅

Next destination is Bukit Sapu Tangan. So kena turun balik ikut route Masterpiece ke checkpoint no.4 dan lalu semula The Wall sampai hujung jalan.


Penghujung trek The Wall boleh nampak trail kecik seperti dalam gambar ni ke Bukit Sapu Tangan. Kalau tak silap via Nusarhu pun entrance sini juga. Lalu dari jalan bawah tu. 

Emmm bila toleh-toleh belakang tiada sapa ke yang nak join Bukit Sapu Tangan? Macam tiada orang lalu route ni. Erkk betul ke trek ni. Pastu takde orang follow pun kat belakang. Huhu. Tapi hubby cakap takpe kita redah aje dengan Bismillah. InsyaAllah sampai. Dalam map dah tiada guide ke Bukit Sapu Tangan. Maybe sebab orang jarang masuk trail ni. Mungkin trail ini kurang popular? Masih tidak viral? Waktu ini 9.17am. Dari entrance ni kami ambil masa sejam nak sampai Mirror Lake.


Dah masuk ke dalam baru jumpa signage board Sapu Tangan. Pelik betul nama bukitnya pun. Macam mana lah dapat nama Bukit Sapu Tangan. LOL. Ada lah selisih dengan beberapa pendaki. Bolehla juga tanya untuk comfirmkan route. Bimbang sesat aje. Tak sama dengan Trail A ke Peak Garden tadi. Happening pendaki potong memotong. Selisih dengan pendaki yang turun.  Ada juga yang bawa poodle jalan-jalan tengok nature. Huhu.

Trail ni? Huh kebetulan ada pakcik baju biru potong dengan laju. PAKCIK ok. Malu sungguh. Oklah tak seram sangat. Bila dia hilang dari pandangan seram kembali menyelubungi alam. 


Sepanjang jalan kelihatan beberapa kesan sondolan wild boar. Hubby dengan pantas buka phone pasang muzik. Dibedalnya lagu 'The Greatest Showman' punya soundtrack. Aduhhh.  Sabar ajelah. Orang cakap masuk hutan pasang bunyi atau cakap kuat-kuat supaya binatang yang ada di  kawasan sekitar lari. Bunyi dalam hutan ni jangan cakaplah macam-macam bunyi. Dalam seram-seram tu sempat juga pose di pokok-pokok yang kurasakan perlu. Harus didokumenkan untuk kenangan!

Mengah juga nak sampai ke Station B. Trailnya mendaki sungguh. Di Station B nanti ada route pilihan untuk pergi Tower Bukit Sapu Tangan atau Mirror Lake Bukit Sapu Tangan. Lahhh..ingatkan sekali jalan. Rupanya trail yang berbeza. Mulalah hati ni berbelah bahagi. Nak tapau keduanya sekali nampak terlalu ambitious di situ.

Dalam banyak-banyak bunyi kedengaran tu...tiberrrr ada pulak sayup-sayup bunyi suara mendayu-dayu. Makin lama makin kuat. Alahaaaaaaiii. Sis tak kuad. Kita bergerak makin hampir ke arah bunyi tersebut. Orang kata kalau dengar bunyi pelik-pelik senyap aje. Jangan ditegur. Jadi kita senyap. Shhhh. Azie jalan depan. Hubby di belakang. Hubby pun senyap juga. Sepatah tak keluar perkataan. Time tu dia tukar lagu Nasyid dah. Bedal Maher Zain pulak. Kun Anta by Humood Alkhudher pun ada. Lagu lama-lama belaka. Pastuuu eeeeeh tiba-tiba pakcik baju biru tadi patah balik ke EXIT. Arrgghhh sudah!

Lepas pakcik tu blah selisih pulak dengan brother yang laju potong kiteorang awal-awal masuk tadi. Lahhh dia pun patah balik juga. Masa selisih sempat dia tanya erkkk 'bunyi apa tu' Hubby jawab bunyi burung. Walaupun pelik sangat bunyi suara burung tu. Mendayu-dayunya lain macam. Azie pandang hubby dengan pandangan nak teruskan or patah balik? Hubby cakap kuatkan semangat. Teruskan aje. Dah separuh jalan kot. So kita redah ajelah. Tawakkal. Bila makin dekat dengan bunyi mendayu-dayu tadi, hati makin berdebar-debar. Makin dekat makin kuat. Pastuuuu eh bunyi pun tiba-tiba hilang. Fuhh lega. Pastu bunyi lain pulak atas kepala. Nasiblah takde heart attack. Bunyi kuat daun-daun gugur macam ada benda berpaut. Lahhh monyet pulaaakkkk.


Trek mendaki. Peluh jangan cakap. Cukup sebaldi agaknya.


Lega bila nampak signage Station B. Azie cadang kat hubby kita pergi Mirror Lake/Green Lake dulu. Tower Bukit Sapu Tangan next time. Sampai Station B 9.50am. Kalau ikutkan sis yang bagi info tadi Bukit Sapu Tangan hampir je dengan Station B ni. Tapi kami tak boleh nak anggar jarak dan masa. Bercampur dengan penat lagi. Mirror Lake jauh lagi dari Station B ni. Perjalanan bukan mendaki. Tapi mencuram ke bawah. Adventurous sungguh. Dari Mirror Lake masih boleh jika nak ke Bukit Sapu Tangan. 

Mirror Lake kami datang! To cut a long story short...30 minit kemudian nampak view ni. Yasss! Pilihan tepat untuk ke Mirror Lake. Ada yang panggil Setia Alam Green Lake. 


'Sometimes the rockiest paths lead to the most beautiful places'. Betullah tuuuuu.



Setia Alam Mirror Lake / Green Lake ✅


Alhamdulillah. We survived. Ahahah. Penat Ya Rabbi. Sampai sini minum air hilangkan dahaga. Makan sandwich dengan makan coklat snickers untuk tenaga nak mendaki balik. Pastu hadap pulak view cantik nih. Nikmat sungguh. Tu belum masuk episod kena hurung dengan 2 ekor bees. Maybe sebab garam banyak sangat kut kat badan (peluh berjeruk).

Memang perlukan semangat kental nak pulang ke hiking entrance tadi. Sebab ni dah jauh masuk ke dalam hutan. Trek pulak fuh mendaki habis. 11.58am akhirnya berjaya keluar dengan selamat. 9.9km in total. Syabas Azie! Ahahaha.

Azie baru faham rupanya ada 2 lake. Kalau ikut Trail B, akan jumpa lake pertama di permulaan hiking. Lake yang kedua yakni Mirror Lake berhampiran Bukit Sapu Tangan. Sebab tu ada juga yang tag tempat ni sebagai Mirror Lake Bukit Sapu Tangan. Pastu trek ni tiada proper signage. Yang ada ikatan reben warna merah pada pokok-pokok. Ada juga towel putih yang diikat pada pokok sebagai penunjuk arah. 


Tips & Tricks ke Mirror Lake/Green Lake Bukit Sapu Tangan

1. Kalau nak pergi Mirror Lake jangan pergi sorang-sorang.
2. Download apps Komoot untuk tahu trail yang betul ke Mirror Lake. Kadang-kadang datang rasa was-was. Jadi apps ni sangat membantu.
3. Bawa air dan makanan secukupnya untuk tenaga. Kami bawa 2 botol 500ml. Dua-dua habis kat lake. Tapi dalam kereta dah standby 1 liter botol air. Sampai kereta teguk lagi air. Habis jugak uols.
4. Pastikan bateri phone penuh. Yerlah dalam hutan macam-macam boleh jadi. 
5. Jangan lupa guna hiking sticks yang diorang sediakan. Fuhhh itu sangat membantu! Pastu jangan lupa pulang balik.

Okeh that's all. Terima kasih sudi baca sampai habis! Panjang lebar pulak episod hiking kali ni. Till then...wassalam...






10 ulasan:

  1. Cantiknya tasik tu.. serius lawa.. berbaloi pendakian tu..

    BalasPadam
  2. Boleh share gpx file x. Nak follow route

    BalasPadam
  3. Tq dik.. info sgt membantu ��

    BalasPadam
  4. good info...complete...thanks sis for sharing...

    BalasPadam
  5. thank you for sharing! very helpfulll

    BalasPadam
  6. Thank you share ni. Share banyak lagi kak. Semoga dipermudahkan urusan selalu ❤️❤️

    BalasPadam
  7. Nak gi..tp anak paling kecik 8 tahun..blh ke bawak..atau bwk anak2 yg besar je..form1 keatas..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi. Pergi Peak Garden okay je bawa anak 8 tahun. Sampai situ boleh rehat2. Ada kawasan lapang :)

      Padam
  8. Hi boleh share route tak? First time nk guna komoot 😅

    BalasPadam