6 Perkara Penting Sebelum Ubah Suai Dapur



Sebenarnya kalau diikutkan ruang dapurlah ruang paling banyak nak invest berbanding ruang-ruang lain dalam rumah. Sebab dapur adalah jantung sesebuah rumah. Sebelum nak ubah suai dapur kena consider beberapa perkara. Macam saya sukakan dapur yang nampak luas, kemas dan tidak serabut, ada ruang storan yang banyak, praktikal dan mudah untuk diselenggara (cuci).


Sebelum masuk ke rumah baru, selain plaster ceiling, pasang lampu & kipas, saya dan suami akan peruntukan bajet untuk ubah suai dapur dulu. Bajet terhad maka yang lain tolak tepi dulu. Kita siapkan berperingkat. Tambahan pula ubah suai dapur perlukan kos yang agak tinggi dan semestinya sepanjang proses tersebut ruang udara akan berhabuk yang teramat sangat! Prefer siapkan dapur awal-awal sebelum pindah masuk. Ada 6 perkara penting sebelum ubah suai dapur.


1. Peruntukan bajet untuk ubah suai dapur mengikut rekabentuk dan bahan-bahan yang digunakan. Makin besar keluasan dapur makin tinggi kosnya. Kos juga bergantung kepada material yang kita gunakan. Contohnya untuk pintu kabinet nak guna sama ada spray paint, glass door, glossy door atau aluminium semua harga berbeza. Begitu juga counter top. Paling murah tiles. Kalau ada bajet lebih dan hendakkan dapur kontemporari dengan kemasan yang lebih cantik dan senang maintain boleh guna solid surface, quartz atau granite. Harga setiap satunya berbeza kerana durability berbeza. Begitu juga untuk kemasan pintu. Guna sistem soft close atau tidak (kalau tiada soft close memang gedegang-gedegang la bukak tutup pintu kabinet) Nak tall unit atau tidak. Nak sistem drawer atau tidak. Kalau nak letak pull-out basket tambah lagi duit :D


2. Pilih kontraktor yang bertauliah dan ada reputasi, yang hasil kerjanya elok supaya dapur kita kelak berfungsi dengan elok. Survey dan dapatkan quotation dari dua atau tiga kontraktor.


3. Peruntukan dan pertimbangkan juga untuk ubah dan alih sumber air dan elektrik. Biasanya developer bagi yang basic. 


4. Tentukan ruang storan dan penyimpanan. Macam saya memang memerlukan ruang storan yang banyak. Suka susun dan simpan barang dalam almari. Setidak-tidaknya dalam almari dapat elakkan habuk dari bertenggek. Ada yang suka susun-susun atas rak. Senang nak capai. Jadi ikutlah keselesaan masing-masing.


5. Pastikan pengaliran udara baik dan pencahayaan dapur juga cerah. Saya sukakan dapur yang ada ducting. Jadi bau masakan dan asap akan dialirkan ke luar rumah. Suami balik rumah takla bau isteri macam bau bawang! Hehe.


6. Susun atur dapur yang baik memudahkan pergerakkan kita masa memasak. Peralatan dapur juga harus disusun dengan baik. Susun perlatan dapur mengikut kekerapan yang kita guna. Kuali dan pinggan yang kerap kita guna boleh letak dari aras pinggang ke bawah. 


Saya quote kan balik kata-kata seorang wanita ni "Ada 3 keajaiban bila rumah sedap dan selesa mata memandang. Suami yang selalu keluar rumah akan jarang keluar rumah mencari ketengan di luar, kasih sayang juga akan bertambah erat, dan anak-anak juga sudah tidak menyepahkan rumah."


Tiba-tiba rasa nak throwback zaman kanak-kanak dulu. Terima kasih ibu & abah sebab beri pendidikan kepada anak-anak melalui tauladan. InshaAllah kak long dan adik-adik menjadi suri yang baik dalam rumah. Adik beradik semua perempuan...bila ibu masak semua kena masuk dapur. Bila potongan tak sekata ditegur, bila masak bersepah ditegur, lepas masak tinggal senduk kuali tak basuh atas dapur mahupun dalam sinki kena tegur. Think positive ja ya.


Ok sambung balik. Bila selesai masak dan makan semua diminta bekerjasama kemas dapur sehingga teratur. Masing-masing diminta basuh pinggan masing-masing, dilarang tinggal dalam sinki. 

Kuali dan periuk siap dibasuh disimpan di tempat asal, pinggan yang dah dibasuh siap dilap, makanan yang tak habis tidak ditinggalkan di atas meja, simpan dalam bekas dan masuk peti ais, meja siap dilap, kerusi semua disusun rapi di bawah meja, sampah basah mesti diikat rapi dan terus buang dalam tong sampah besar luar rumah (tugas lelaki). Barulah binatang macam cicak, tikus, lipas, semut dll tidak besarang dalam rumah. Diorang boleh kebuluran kalau stay lama-lama dalam rumah👻 

Then baru ramai-ramai bergerak keluar ke ruang tamu.  Kata ibu bila ramai-ramai buat cepat siap. Sama-sama boleh tengok tv. Takla sorang je yang penat. Yup, make sense! Pendidikan melalui tauladan. Yang bestnya bila dah kahwin para suami pun terikut sama. Bila makan ramai-ramai, sama-sama bantu kemaskan dapur. Pinggan dan cawan pandai basuh sendiri lepas guna. Pandai lap pinggan. Sampah buang setiap malam. Barulah namanya team work dalam rumahtangga. Isteri makin sayang! I love you and thank you husband!


Oh si kenit Aleesya Haura tu bila datang rumah dia pandai tunjuk pinggan mana untuk tetamu....dah siap-siap basuh tahu pulak mana nak simpan! 😂

Pokok dan bunga tu untuk photoshoot semata-mata ya!😂


Panjang pulak membebel hari ini. Terima kasih sudi baca tips yang tak seberapa ni. Sebab progress kondo terkini dalam proses pengubahsuaian dapur. Masa teringat ni kita update dulu.



2 ulasan:

  1. lawa dapur Azzy, rumah kami tak ada cabinet cantik macam ni, tunggu tabung penuh hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih linda! InshaaAllah tabung penuh suatu hari nanti. Aamiin. Kami pun work super duper hard untuk siapkan dapur ni 7 tahun dulu :D

      Padam