#41 Osaka Day 4 : Halal Ramen Honolu Osaka & Naik Cruise Santa Maria



Assalamualaikum 

Hai semua. Gigih menghabiskan penceritaan perjalanan biasa-biasa kami di Jepun. Gambatte kudasai💪 Semalam kecewa tak dapat merasa pengalaman naik Cruise Santa Maria di Osaka Bay, makanya hari ni kita repeat ke sana lagi. Tapi sebelum tu kita makan dulu! 



Halal Ramen di Osaka. Restoren Ramen Honolu. Lokasinya agak jauh. Lebih kurang 10 minit berjalan dari Station Namba. Gigih kami menapak sebab TETAP nak rasa the one and the only halal ramen in Osaka. Katanya sedap.



Sambil menapak sambil memerhati keadaan sekeliling. Jepun memang banyak tempat letak basikal. Secara visual parking basikal nampak lebih banyak berbanding parking kereta. Parking basikal mereka juga bertingkat. Yang penting BERBAYAR. Paling kami kagum walaupun di tempat terpencil bawah jambatan macam ni tetap bersih dan bebas sampah. Tong sampah pula tak kelihatan dimana-mana. Bab kebersihan, kerajaan Jepun berjaya mendidik rakyat mereka sebaiknya. Minda first class!



Setiap basikal di Jepun perlu daftar di balai polis untuk dapatkan unik plat number (macam kereta). Kata Huda (kawan azie yang buat Phd di Jepun) susah nak 'hidup' kalau tak memiliki basikal di Jepun. Tiada kereta 'takde hal lah' tetap masih boleh kembara satu Jepun. Subway & shinkansen kan ada :D



Jumpa juga Restoren Ramen Honolu. Tak sabarnya nak makan ramen & karaage. Sini bukan tempat tumpuan pelancong. Kebanyakkannya pelancong Malaysia dan Indonesia sahaja yang datang makan di sini. Jadi sepanjang jalan sunyi. Tengoklah depan kedai pun sunyi sepi. Yang penting depan kedai bersih jelita.



Walaupun luar kedai nampak biasa-biasa tetapi order dan bayar makanan guna vending machine. I'm so impressed! Power. Kami order Spicy Ramen & Spicy Fried Chicken (karaage)



Spicy Fried Chicken Ramen 1,180 yen x 2.
Dalam bowl tu rupanya dah ada fried chicken yang dipotong-potong

Japanese Fried Chicken atau Karaage 1,080 yen.
Masya-Allah rasanya memang sedap! 🌟🌟🌟🌟🌟


Cruise Santa Maria

Perut dah kenyang kita terus ke Tempozan Harbor Village sekali lagi untuk merasa pengalaman naik Cruise Santa Maria. 




Kapal Santa Maria berlabuh di Platform Kaiyukan Aquarium West Wharf. Ia berlayar menyusuri Teluk Osaka dari Tempozan Harbor Village. Kapal ni merupakan replika kapal pelayaran Christopher Columbus ahli sejarah yang belayar mengelilingi dunia dan yang jumpa Amerika. Kapal replika ini 2 kali lebih besar daripada size kapal Santa Maria sebenar. 




Ada 2 waktu pelayaran Santa Maria. 

1. Day Cruise : 11am - 4pm 
Tempoh pelayaran: 40 minit 
Harga tiket: ¥1,600 (dewasa) atau ¥700 (kanak-kanak)

2. Twilight Cruise : 7pm (perlu buat reservation) 
Tempoh pelayaran: 90 minit
Harga tiket: ¥2,650 (dewasa)

Kalau ada Osaka Amazing Pass, tunjuk sahaja bila nak naik. Perlu beratur tapi tak perlu pergi kaunter untuk dapatkan tiket. 



Kapal Santa Maria ada 3 tingkat! 



Memadai di Tingkat 2. Ada tempat duduk disediakan. Kalau tak dapat tempat duduk pun jangan risaulah. Gerak je Santa Maria, semua berasak tinggal tempat duduk untuk ambil gambar & video :D



Jangan risau tentang mabuk laut. Insya-Allah ok sebab kapal ini belayar dengan sangat stabil. Cumanya angin yang bertiup Masya-Allah KUAT! Confirm tak boleh survived 40 minit macam ni.



Yang macam jambatan Putrajaya tu namanya Tempozan Bridge. Hanshin Expressway.



Primary deck & upper deck Santa Maria




Pemandangan dari atas Kapal Santa Maria



Kebetulan ada kapal persiaran sedang berlabuh. MS Asuka II (飛鳥II) dimiliki dan diuruskan oleh Nippon Yusen Kaisha. Dibina oleh Mitsubishi Heavy Industries di Nagasaki, Japan. Ikut wiki pernah menjadi kapal cruise terbesar di Jepun. Asuka II mempunyai 2 kolam renang, 8 bar, kasino dan fitness centre. Asuka 11 juga ada teater dengan 277 tempat duduk. Ada 461 kabin, 260 mempunyai balkoni peribadi. No wonder ia sangat besar!



Balik Jepun kulit jadi tanned. Nasib baik sekata :D



Jambatan merah Minato Ohashi Bridge. Yang oren dari jauh nampak macam zirafah tu Nanko container. Ikea Tsuruhama terletak di tepi laut. Universal Studios Japan juga ada berdekatan. 




Menarik ke naik cruise Santa Maria? Awal-awal memang nampak menarik bukan. Teruja. Tapi tak lama okeh. Sebab angin laut memang kuat. Makin belayar ke tengah makin kuat anginnya. Buktinya tengoklah tudungku. Suami dah gelak-gelak tak tahan. Cittt! Dahla suasana sejuk. Tambah lagi dengan angin laut. Perhhhh! Memang sejuk kaw kaw. Menggigil. Akhirnya ramai yang turun ke aras bawah tempat bertutup. Berlindung kat dalam tu. Sampai tak cukup seat. Bawah tu ada cafe. Nasib baiklah naik Santa Maria Cruise percuma dengan Osaka Amazing Pass. Kalau berbayar? Hmmm tak payahlahhh susah-susah naik...huhu



4 ulasan:

  1. kami give up tak cari pun ramen halal tu.. ngeh3 tak sanggup menapak =D

    BalasPadam
  2. boleh sewa basikal tak?ingat nak pusing osaka naik basikal je

    BalasPadam