#36 Osaka Day 2 : Universal Studios Japan | The Wizarding World of Harry Potter



Assalamualaikum. Ohayo gozaimasu! (おはようございます

DISNEYSEA ✅ (checked) | FUJI Q HIGHLAND ✅ (checked)

Ada peminat Harry Potter di sini?!

Jadi....boleh teka tak kita nak ke mana?




Ya betul! Pagi ini kita pergi U N I V E R S A L  S T U D I O S  J A P A N ! ✅ (checked)

Universal Studios Singapore USS ✅ (checked) pun dah cukup gempak (sebab kita takda theme park), jadi semestinya Universal Studios Japan USJ mesti lagi superb awesome. Tak sabar! Sedikit pengenalan USJ yang azie baca dari wikipedia. Universal Studios Japan terletak di Osaka. Mula dibuka Mac 2001. Kini jumlah pengunjung yang datang ke USJ mencecah 8 juta orang setiap tahun. Phew! Sungguh ramai.


Di Osaka, kami menginap di share house - Yoccola Islands (Shin-Imamiya Station). Sekali lagi takda option lain dah. Guesthouse yang famous dan murah-murah kebanyakkan nya dah fully booked sempena cherry blossom season. 


 Cara pergi Universal Studios Japan dari Shin-Imamiya

Shin-Imamiya Station -> Universal City Station

Option 1 (ada 2 option, kami pilih route yang ini)



Harga tiket USJ *open date* : 7,400Y x 2 pax = 14,800Y (RM592)
Harga tiket USJ Express Pass : USD120.30Y untuk 2 pax (RM538)


Fengsan!
 Once in a lifetime experience *ayat sedapkan hati*


Attractions dalam Universal Studios Japan USJ

New York
San Francisco
Jurassic Park
Amity Village
Waterworld
Universal Wonderland
Hollywood
The Wizarding World of Harry Potter

Besar dan full with entertainments. Sehari confirm tak habis ronda. Masuk sahaja dalam USJ berpusu-pusu orang ke 'The Wizarding World of Harry Potter'.  Mula beroperasi pada Julai 2014.



Masih ingat movie Harry Potter " Chamber of Secret " . Ada scene Harry Potter dan Ron Weasley naik kereta terbang untuk hantar mereka ke Hogwarts




Billowing steam, the Hogwarts Express has just arrived at Hogsmeade Station from Platform Nine and Three-quarters at King's Cross Station in London!



Owl post, Hogsmeade stamps and stationery



Koleksi Magical Wand yang digunakan oleh Harry Potter & friends. Ada tongkat sakti kepunyaan Harry Potter, Hermione Granger, Ron Weasley, Professor Dumbledore, Snape, Bellatrix, Voldermort dll. Die hard fan Harry Potter boleh beli untuk kenangan :)



Magical Wand of Harry Potter - 4,900Y = RM175 ( 1JPY = RM0.0357)



Magical Wand of Hermione Granger. Cantik ukirannya!



If budget tebal beli dah segala mala kayu sakti ni & frame letak dalam bilik study :p



Ollivander, tempat pembuat dan penjual tongkat sakti



Jangan terkejut tengok ramai dalam USJ ni berjalan dengan Gryffindor uniform :p



Souvenirs shop yang menjual makanan dan manisan. Ada chocolate frogs & Bertie Bott's (sayangnya kita tak boleh makan kot)



Butterbeer, a popular drink in the wizarding world, is a sweet and non-alcoholic drink. Masya-Allah manis dia memang boleh kena diabetis!




Antara aktiviti di The Wizarding World of Harry Poter


Wand Studies

Anda kena que dan di bawa masuk ke dalam bilik yang banyak magic wand dan apa yang berlaku? Silalah datang sini dan experience sendiri :D


Frog Choir

Street entertainment - Choir of Hogwarts students dan talented croaking frogs menyanyi dengan sangat harmoni. Azie ada share dulu di instastory di Instagram!


Harry Potter And The Forbidden Journey in 4K3D

Ride attraction - Harry Potter ride ni memang best giler. Dia guna scene waktu pertandingan mengejar 'Golden Snitch'.  Nak jadi cerita berlaku masalah teknikal ketika turn kami naik ride ni. Bukan sekali malah 2 kali. Makanya 3 kali iols naik Harry Potter ride berturut-turut. Hewhew. Bertuah betul! Sampai cramp gusi dan mulut ni ketawa dan menjerit macam orang gila setiap kali ride. 


Suasana Hogsmeade sebelah malam



Bersyukur sebab beli USJ Express Pass. Kalau tak...mahu tiga jam beratur tengok langit. USJ Express pass berbayar so tak semua sanggup beli. Mereka rela beratur. Jadi ini peluang iols nak jeling dan masuk ride ala-ala VIP. Huhu. Next kita naik ride The Adventures Spiderman pulak!


Kalau anda peminat Harry Potter movie series, WAJIB datang sini!


Sebab benar-benar TERPUKAU & BEST SANGAT! Dunia fantasi yang penuh dengan kegembiraan. Kenangan menjejakkan kaki di sini tidak akan dilupakan :D


Tiada ulasan:

Catat Ulasan