#39 Osaka Day 3 : Buffet Halal di Tempozan Market Place | Restoren Bab-Ul Hayat



Pagi ke Osaka Castle Muzium. Tengahari ke area Tempozan untuk pergi ke Tempozan Market Place. Hari ke-3 di Osaka kami aktifkan Osaka Amazing Pass. Harga tiket Osaka Amazing Pass: 3,000Y (RM120) per pax. Berguna kalau pandai utilize. Osaka Amazing Pass ada yang dah include free entrance untuk sesetengah tempat (contohnya: osaka castle, tempozan feeris wheel, santa maria cruise)


Sejuk-sejuk cepat je perut rasa lapar. Alhamdulillah ada buffet halal dalam Tempozan Market Place. Turkish buffet restoren Bab-ul Hayat. Tiada menu ala carte. Buffet sahaja. Buffet pun buffet lah. Yang penting perut perlu diisi segera. Lagipun dalam envelope 'FOOD' masih ada yen lagi :D


Harga buffet 1,380 yen seorang. Harga weekdays. Kalau convert ikut currency terkini (1JPY=RM0.0356) lebih kurang RM49 seorang. Harga hujung minggu 1,680 yen. Lebih kurang RM60. Pastu jangan ingat buffet di Japan macam di Malaysia boleh stay lama-lama ikut suka-suka hati. Buffet di Japan ni boleh makan selama 70 minit sahaja. Lepas tu SILA KELUAR!



Turkish Buffet Restaurant Babul Hayat dalam Tempozan Market Place, Aras 3



Dari luar dah nampak ciri-ciri Turkish




Pilihan makanan yang agak terhad. Lebih kurang 20 menu. Ada 2 jenis nasi (nasi putih & nasi putih + brown rice). Roti naan, tortilla chips, hummus, kebab meat, variety of vegetable salads & soup. Kiteorang cuba try semua sikit-sikit ikut kapasiti perut. Yang pastinya ada menu yang tidak menepati citarasa. Makanan turki memang takda rasa ke. Tawar, hambar. Tapi tak boleh nak demand sangat. Ini dah sangat bersyukur dari makan onigiri dari Lawson! Bersyukur ada makanan halal. Dekat 2 minggu tak larat dah nak makan onigiri weh. Balik Malaysia sampai sekarang iols tak mampu dan tiada selera nak makan onigiri dah. Huhu. 


Yang menepati selera memang menambah-nambah kiteorang makan. Terutama roti naan :) Selagi ada 70 minit tu makan jangan tak makan. Dapat minum pulak coffee panas dalam kesejukan hujan tu, memang nikmat yang tak terungkap dengan kata-kata. 


 Dessert di sini ada chocolate fountain dan turkish ice-cream (kena tambah 150 yen). Overall makanan di sini ok. Berbaloi sebab boleh tambah dan ada pilihan menu. Boleh makan sampai kenyang tapi JANGAN MEMBAZIR. Ambil sikit-sikit dulu ikut kapasiti perut. Tak cukup baru tambah. Pastu sesekali jangan ada niat nak tapau or cilok roti naan letak dalam backpack. Dia tak nampak tapi Allah nampak. Jangan buat malu status Muslim yeh. 


Ruang restoren sangat luas. Memang sesuai kalau datang bawa group yang besar. Masa kami sampai hanya ada kami dan pasangan Jepun serta anak kecil sedang makan. Suami solat di sini. 



Kalau duduk di meja tepi tingkap boleh nampak Kaiyukan Aquarium. Nampak tak segerombolan budak sekolah sedang beratur nak masuk Kaiyukan Aquarium. Alahai diorang ni, time ni jugaklah sekolah nak buat rombongan sambil belajar!




Why? Why? Why?


Dapat ke sis tengok ikan macam ni?


1 ulasan:

  1. budak pelajar disana sangat berdisiplin. ekot cakap cikgu soleh solehah semuanya. sejuk ati mak pak ngh2..

    BalasPadam