11 Tempat Menarik di Bangkok, Thailand


Sawadee ka
สวัสดี ค่ะ

Eh eh eh dah tahun baru 2017! Tahun ni nak bercuti ke mana pulak? Takda idea nak bercuti ke mana? Mari saya bagi solution. Awak semua tahu tak banyak sangat tempat menarik lagi awesome untuk dikunjungi di Bangkok. Tak payah fikir jauh-jauh. Bajet pun berpatutan...
*walaupun duit Malaysia kini semakin tenat*

Mari kita tengok apa yang menarik di Bangkok, Thailand!

1.  Siam Paragon

Antara shopping mall terbaik dan terbest pernah pergi kujejaki. Lima jam pun tak habis tawaf dalam Siam Paragon ni. Selama 3 minggu di Bangkok, Siam Paragon lah kekerapan lawatan paling tinggi! Kalau anda lihat secara kasar memang macam tak ada apa yang menarik. Tapi cuba masuk department store belek satu-satu barang dalam tu, MashaAllah comel-comel kiut miut dan rare. Pergi naik 3rd floor (Auto city) & fifth floor (vip cinema experience). Jaw drops! Jangan lupa terjah masuk dalam Kinokuniya Store. Malas nak explain panjang-panjang sila pergi tengok sendiri. Hiks.
Cara ke sini: BTS Skytrain(Siam Station)
Waktu operasi :10:00 - 22:00

Travelog Bangkok 2016 : Siam Paragon




2. Terminal 21

Dibuka pada Oktober 2011. Satu-satunya shopping mall yang ada tema. Setiap aras mempunyai konsep dekorasi berbeza mengikut tema kota-kota yang terkenal di dunia. Dekorasi tidak terhad kepada ruang pameran sahaja. Tema merangkumi tandas lelaki dan perempuan. Masuk sahaja dalam Terminal 21 terasa sudah sampai ke 9 kota terkenal di dunia tetapi di bawah satu bumbung! Menarik bukan? Apa yang ada di Terminal 21? Ada jenama tempatan dan juga jenama antarabangsa. Harga yang ditawarkan tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah. Banyak yang rare items ada di sini.
Cara ke sini     : BTS Skytrain(Asok Station) & MRT Subway(Sukhumvit Station)
Waktu operasi : Isnin - Ahad 10 am - 10 pm

Travelog Bangkok 2014 : Keunikan Terminal 21




3. MBK Center

Ma Boon Khrong Center atau popular dengan panggilan MBK. Confirm yang pernah pergi Bangkok kenal MBK Center. Apa yang menarik dalam ni? Hmmmm....barang-barang immitate seperti LV, Gucci, Prada dll banyaklah dalam ni. Barang untuk souvenirs pun boleh settle di sini. Harga boleh negotiable. Bestnya MBK ni sebab ada SURAU dan ada restoren halal yang terkenal di kalangan traveller Malaysia. Siapa tau? Ya, Yana Restaurant!
Cara ke sini     : BTS Skytrain(Siam Station)
Waktu operasi : Isnin - Ahad 10 am - 10 pm



4. Siam Discovery

Terus terang memang tak mampu nak shopping kat sini. Terlajak mahal barang-barang dalam ni. International dan Local Designer ada dalam Siam Discovery. Ada Issey Miyaki, Hugo Boss dll. Datang sini untuk cuci mata dengan dekorasi mall ni. Arkitek yang design Siam Discovery ni dari Jepun. Memang futuristik sangat!
Cara ke sini     : BTS Skytrain(Siam Station)
Waktu operasi : Isnin - Ahad 10 am - 10 pm

Travelog Bangkok 2016 : Siam Discovery


5. Chatuchak Weekend Market

Pasar TERbesar di Thailand dan TERbesar di Asia Tenggara malah merupakan antara pasar / market yang TERbesar di dunia. Pasar ini adalah tempat WAJIB singgah jika ke Bangkok! Pasar ini sangat TERkenal di kalangan kaki travel seluruh dunia, Asia Tenggara terutamanya. Ia adalah sebuah pasar MURAH & MERIAH yang menjual pelbagai barangan dari serata pelosok Thailand. Harga memang sangat berpatutan! Siapkan duit sebelum sampai ke sini. Memang berpeluh nak menahan nafsu membeli.
Cara ke sini     : BTS Skytrain (Mo Chit Station) . Exit 1
Waktu operasi : Sabtu & Ahad SAHAJA

Travelog Bangkok 2016 : Keunikan Pasar Chatuchak
Travelog Bangkok 2014 : Chatuchak Weekend Market



6. PLATINUM MALL

Kedai borong macam Kenanga. Platinum Fashin Mall terletak di Petchburi Road. Dipanggil Pratunam Shopping Centre juga kerana lokasinya di tengah area Pratunam 'Largest Thailand Wholesale & Retail'. Indoor version of Chatuchak Market. Semua barang pun ada dan dijual secara borong. One stop center gitu konsepnya. Beli satu mahal. Beli tiga dan ke atas baru murah & berbaloi.  So kalau peniaga-peniaga online macam di IG tu seswai datang memborong barang di sini. Kalau tak cukup masa nak shopping jangan risau, surau ada terletak di tingkat 2 Platinum Mall 2. Boleh solat jamak zohor dan asar di situ. Tips penting: Jangan lupa bawa cabin bag / troli bag.
Cara ke sini     : Ratchathewi or Chidlom BTS Skytrain
Waktu operasi : 10:00 - 22:00


7.Phetchaburi Soi 7

Ada Masjid Darul Aman di lorong ini. Belah pagi dan malam lorong Phetchaburi ini meriah dengan gerai-gerai makanan halal. Macam-macam ada. Street food halal boleh cari di sini. Nak tahu gerai tu halal atau tidak lihat pada lambang gerai. Kalau ada logo bulan bintang tu maknanya halal. Boleh tanya juga untuk mengesahkan. Suami and the gang suka sangat makan di Restoren Ali Selatan (berhadapan dengan Restoren Hayati). Sedap dan harga jauh lebih murah dari harga Yana. Bubur jagung di sini sedap sangat :D Owner & pekerja cakap Klate. Jarak dari BTS Skytrain (Ratchathewi Station) dalam 300m. Anda akan lalu depan Fareeda Restaurant sebelum sampai ke Phetchaburi Soi 7 (simpang pertama belah kanan).
Cara ke sini     : Ratchathewi BTS Skytrain




8. Sea Life Bangkok Ocean World

Suka hidupan akuatik? Sinilah tempatnya! Dulu dikenali dengan Siam Ocean World. Dikatakan Aquarium terbesar di Asia Tenggara. Ada lebih 30 ribu jenis hidupan laut dalam Bangkok Ocean World. Nak tiket murah kena ada kad kredit, beli online & masuk lepas jam 5pm. Harga tiket 645 Baht. *convert sendiri ikut tukaran wang semasa* Menyelami kehidupan akuatik di sini senang-senang habis masa 2 ke 3 jam tanpa sedar. Yang bawa anak-anak jangan lupa datang sini! Terletak dalam Siam Paragon.
Cara ke sini     : BTS Skytrain(Siam Station)
Waktu operasi :10:00 - 22:00

Travelog Bangkok 2016 : Sea Life Bangkok / Aquarium Besar dalam Siam Paragon



9. Royal Grand Palace

Apa yang ada di dalam ni? Temple of Emerald Buddha (juga dikenali sebagai Wat Phra Kaew), The Golden Stupa dan Mini Angkor Wat. Besar boleh tahan kawasan ni. Datang sini kena berpakaian sopan. Lelaki perlu berseluar panjang dan berlengan. Perempuan pun kena tutup aurat. Kalau tidak, silalah sewa pakaian yang disediakan. Tiket masuk 400 Baht.
Cara ke sini: 1. Naik BTS turun di Saphan Taksin
                   2. Ambil Exit 2 untuk ke Chao Phraya Express Boat
                   3. Orange Lines (Sabtu & Ahad), turun di N9 - Tha Chang


Waktu operasi : Setiap hari (8:30am to 3:30pm) kecuali ada perayaan atau sambutan diraja.

Travelog Bangkok 2014 : Royal Grand Palace

             

10. Wat Arun

Wat tu temple. Wat Arunratchawararam Ratchaworamahavihara (วัดอรุณราชวรารามราชวรมหาวิหาร). Boleh ke nak sebut? Lebih mudah disebut Wat Arun je. Dikenali sebagai Temple of Dawn kerana ia memantulkan cahaya menarik menjelang waktu senja atau malam. Terjemahan Melayu jadi Kuil Fajar. Kebanyakkan binaannya bewarna putih kerana ada lapisan seramik dan porselin Cina diluarnya. Betul-betul ada di tepi Menam Chao Phraya ni. Usianya dah ratusan tahun. Tiket masuk 50 Baht
Cara ke sini : Naik boat turun di pier Tha Tien.  Kemudian ada feri khas disediakan untuk ke seberang sana. Tambang ferry 3 baht.
Waktu operasi :  08:00am -17:30pm

Travelog Bangkok 2014 : Wat Arun - Temple of Dawn


11. Bunga Matahari di Lop Buri

Bunga matahari sangat cantik! Kalau ke Bangkok hujung & awal tahun boleh pergi Lop Buri. Bunga matahari tengah berkembang mekar dan sangat gorgeous untuk dilihat. Lop Buri terletak 150km ke utara Bangkok. Perjalanan ke sana makan masa selama 3 jam menaiki keretapi dengan harga tiket 50 Baht sorang untuk Kelas 3 (Standee). Boleh duduk kalau ada seat kosong. Turun di Lop Buri naik pula taxi ke ladang bunga matahari. 

Nak tahu details boleh baca sini
Ladang Bunga Matahari Di Thailand


My mission accomplished!



UPDATE TERKINI!

Ada satu lagi tempat menarik yang anda boleh try (terutama jika travel dengan anak-anak) iaitu DREAM WORLD THEME PARK BANGKOK



Perjalanan lebih kurang satu jam setengah dari Bangkok. Better ambil pakej bayar tiket include transfer. Boleh check sini untuk bacaan selanjutnya :D


Bangkok Travelog 2016 & 2014
*klik link di bawah*

2016
2016, Jumpa Ex-Boyfriend Di Bangkok Thailand
2016, Best Ke MBK
2016, Siam Paragon Siam Center Siam Discovery
2016, Keunikan Pasar Minggu Chatuchak & Terminal 21 Bangkok
2016, Restoren Halal dalam Don Mueang International Airport
Sea Life Bangkok Ocean World, Thailand
11 Tempat Menarik di Bangkok, Thailand
Ladang Bunga Matahari di Thailand
Day Trip to Lopburi
Tempat Makan Halal di Bangkok | 9 Senarai Restoren Halal Muslim Thai
Makanan Halal Bangkok | Usman Muslim Thai Restaurant
Makanan Halal Bangkok | Farida Fatornee Muslim Food Restaurant
Makanan Halal Bangkok | Kah Jak Thai Halal Restaurant Chactuchak Weekend Market
Makanan Halal Bangkok | Yana Restaurant, MBK
Makanan Halal Bangkok | Sophia Muslim Food Restaurant

2014
#1 Bangkok 2014 : TIPS Persediaan Bercuti di Bangkok, Thailand
#2 Bangkok 2014 : Abloom Service Apartment, Sanam Pao
#3 Bangkok 2014 : The Choa Phraya แม่น้ำเจ้าพระยา
#4 Bangkok 2014 : The Grand Palace, พระบรมมหาราชวัง
#5 Bangkok 2014 : Temple Of Dawn ซอยปรกอรุณ อรุณอมรินทร์ 
#6 Bangkok 2014 : Chatuchak ตลาดจตุจักร Weekend Market
#7 Bangkok 2014 : Part 1 - Shopping Malls In Bangkok 
#8 Bangkok 2014 : Part 2 Shopping Malls In Bangkok
#9 Bangkok 2014 : Terminal 21 Shopping Mall TERunik di Thailand
#10 Bangkok 2014 : Makanan Halal di Bangkok, Thailand
#11 Hasil Pelaburan di Bangkok

2017
6 Tempat Menarik Bercuti Bersama Anak-Anak dan Keluarga Di Bangkok, Thailand




8 ulasan:

  1. asalamualaikum,
    nak tanya bila exact date sis pergi lop buri tu?
    sedang elok jer bunga matahari tu berkembang mekar. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lop buri ni yg kat khao yai me ladang bunga matahari ni xsalah sy dpt info Nov hingga januari time paling sesuai..

      Padam
    2. Lop buri ni yg kat khao yai me ladang bunga matahari ni xsalah sy dpt info Nov hingga januari time paling sesuai..

      Padam
    3. Yesszaaa. Saya pergi Disember :)

      Padam
  2. hai sis. kalau nak pergi tempat2 yg sis pergi ni kne mnginap hotel dekat mna ya? tgh pening nk cri hotel sbb nk pergi tmpt2 cmni tkot jauh dr hotel.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak Hidayah. Sorry tak perasan pon komen ni. Saya stay di Abloom. Boleh google nanti tengok. Tak berapa nak centre sangat pun. At that time jalan-jalan Bangkok tu suami still keje sini. Penginapan diberi :D

      Padam
  3. nak tanya hotel mana yg sesuai ye kat bangkok? any suggestion?

    BalasPadam
  4. Sis nak tanya dekat lop buri ni ada tempat makanan halal x.

    BalasPadam