Translate

No-No-NO!

Sea Life Bangkok Ocean World, Thailand




Assalamualaikum. Balik dari umrah sehari dua packing-packing terus pergi Bangkok. Kononnya nak bersiaran langsung dari Bangkok Patio Apartment. Tapi nampaknya post ini mereput sebagai draf je. Baru malam ni berpeluang nak publish! Allah , makin nak masuk tahun baru, terasa seakan masa makin bergerak laju. 3 minggu di Bangkok terasa begitu singkat. Masih rasa tak puas. Bangkok cukup menyenangkan hati Azie. Walaupun ini merupakan kunjungan ketiga dan yang kedua untuk tahun ini, Bangkok tidak pernah mengecewakan Azie. Banyak benda baru kami berdua explore sepanjang 3 minggu di sini. Tempoh travel paling lama setakat ini.

Tak nak cerita panjang, jom Azie bawa korang mengembara ke dasar laut dulu!

Dulu nama Siam Ocean World. Rebranding dengan nama Sea Life Bangkok Ocean World merupakan aquarium terbesar di Asia Tenggara. Tiket agak mahal. Curreny Malaysia memang tak best sekarang. Harga tiket untuk foreigners 890Baht (darab dengan 0.135 card credit rate) = RM120.15 per person!!

Nak jimat kami ambil option 'LATE SAVER' untuk foreigners. Boleh check harga tiket di sini 'TICKETS' 

Harga 645Baht = RM87 per person.
Kena beli online dan perlu ada kad kredit.
Tiket mesti beli 24 jam sebelum masuk.
Waktu lawatan selepas jam 5 pm.
Yay! Tahniah.....kami dah jimat 35%.

Sea Life Bangkok Ocean World terletak dalam Shopping Complex Siam Paragon. Naik BTS turun di Station SIAM

Ambil tiket jam 5 pm (awal tak dibenarkan). Ambil tiket terus masuk dalam. Maka pengembaraan ke dasar laut pun bermula ;) 

I am a huge fan of sea world!!

Seronoknya jika rumah ada aquarium

So peaceful

Giant Spider Crab kaki panjang

Giant Pacific Octopus muka garang

So beautiful


Melihat ikan, terlupa masalah dunia

Lion Fish

Ajaibnya ikan ini

Jeng..jeng...abang long kawasan sudah mari

Whoaaaaaaa! 


Seronok menghabiskan masa berdating dengan suami di Sea Life Bangkok Ocean World ini. Orang tak reti nak dive terpaksa pergi aquarium nak tengok kehidupan laut dalam. Kalau bawa budak-budak lagi seronok. Kehidupan dasar laut memang menakjubkan. MashaAllah.

Fish tanks dalam Sea Life Bangkok ini memang besar-besar dan semua nya di jaga dengan baik dan sempurna. Ada banyak zon antaranya;

Rocky Hideout
Coral Reef
Seahorse Kingdom
Jellies
Tropical Ocean
Rocky Shore
Rockpool
Penguin Ice Adventure
Shark Shipwreck
Ocean Tunnel
Tropical Rainforest

Sejam setengah kami ambil masa untuk completekan tour dalam keadaan tergesa-gesa. Sebenarnya tak best masuk lepas pukul 5 sebab terkejar2 nak solat Maghrib. Kalau nak best, peruntukan masa di sini 2 ke tiga jam. Ni nak tengok penyu berenang pun tak puas! Boleh jadi leka....

Azie dah pernah pergi Aquaria KLCC. Di sini jauh lebih best dan lebih awesome. Ada lebih beratus hidupan laut. Banyak juga aktiviti sampingan yang seronok di sini. Tapi tak termasuk dalam harga tiket. Kena extra caj seperti 'Ocean Feeding Boat' - 180 Baht. Naik boat bagi makan ikan. Boat pulak sejenis see thru nampak bawah. Nama pun ocean kan. Jadinya segala mala jenis ikan termasuk shark ada dalam ocean. Cool kan tengok shark berenang-renang bawah boat. Ok scary 😑 Selain itu ada 4D Cinema. Ada ocean walker. Ala macam di Boracay tu. Pakai helmet jalan kaki di dasar laut. Semua itu ada caj tambahan dikenakan.

Selesai tour boleh beli souvenir. Keluar Ocean World boleh sambung cuci mata dalam Siam Paragon. Oh dalam Siam Paragon ada surau / prayer room di basement (South Lift). Siam Paragon ada dua zon iaitu South & North. 

Kalau ada masa dan bajet lebih, bolehla luangkan masa pergi Sea Life Bangkok Ocean World antara tempat menarik di Bangkok, Thailand 👍

No comments:

Post a Comment