Translate

No-No-NO!

Tempat Makan Halal di Bangkok | 9 Senarai Restoren Halal Muslim Thai


Assalamualaikum. Sawadee ka ;D

Seperti yang dijanjikan, nah ini 9 senarai tempat makan halal di Bangkok Thailand. Senarai restoren muslim thai yang halal di sekitar Bangkok. Sembilan je ku mampoo. Kalau ke Bangkok jangan lupa singgah tau. Ohhh, i'm totally in love with Thai food πŸ˜‹ Makanan Authenthic dari Thai semua sedap-sedap. Setiap hidangan mesti ada rasa masam, manis, masin, pahit & pedasssss! Ohh aroma setiap hidangan menucucuk-cucuk lubang hidungku. Susah nak tengok aje. Kalau beli sup kan siap bagi gula sepaket! Mana la berat tak naik berkilo-kilo. 4 tahun duk Thailand boleh kena diabetis macam nih.

Kalau pergi Bangkok ini antara menu WAJIB anda cuba tau!

1. Tom yam goong
2. Pad Thai
3. Som tam
4. Massaman curry
5. Green curry
6. Mango Sticky Rice
7. Krapao (Basil Stir Fry) - Menu kegemaran suami. RESEPI ada di SINI.


1. YANA RESTAURANT MBK

Lokasi : 5th Floor MBK Centre 
Cara nak pergi : BTS Skytrain Siam Station
Waktu operasi : 10am - 10 pm
Recommend : Green Curry πŸ‘ , Som Tam πŸ‘ , Massaman Curry πŸ‘



2. USMAN MUSLIM THAI RESTAURANT (Sukhumvit 22) 

Cara nak pergi : BTS Skytrain Phrom Phong Station (jalan kaki dekat 1km. Nak senang naik tuk-tuk) 
Waktu operasi : 10 am – 10 pm daily, Jumaat TUTUP
Recommend : Mango Sticky RiceπŸ‘



3. KAH-JAK RESTAURANT 

Lokasi : Section 18 Soi 26 Chatuchak Weekend Market 
Cara nak pergi : BTS Skytrain Mo Chit Station
Waktu operasi : Sabtu & Ahad
Recommend : Chicken/Beef Krapao πŸ‘



4. SAMAN ISLAM THAI HALAL RESTAURANT 

Lokasi: Section 16 Soi 24 
Cara nak pergi : BTS Skytrain Mo Chit Station
Waktu operasi : Sabtu & Ahad
Recommend : Pad Thai πŸ‘



5. FARIDA FATORNEE (Petchaburi Soi 7) 

Lokasi : Petchaburi Soi 7 
Cara nak pergi : BTS Skytrain Ratchathewi
Waktu operasi : 5.00 pm and - 10.00 pm



6. SOPHIA RESTAURANT (Soi 5) 

Lokasi : 1 ΰΈ‹ΰΈ­ΰΈ’ ราฑคำแหง 5 Ramkhamhaeng Rd, Suan Luang, Bangkok 
Waktu operasi : 10am - 10pm



7. ALI SELATAN (Petchaburi Soi 7) 

Lokasi : Petchaburi Soi 7 (tak jauh dari Masjid Darul Aman) 
Harga : Murah macam nih πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘
Bubur jagung : Sedap (fav suami). Selalu makan krapao kat sini.



8. BANGMAD (Dong Mueng Airport)

Lokasi: Departure Floor at Level 3, Terminal 2 (Domestic)
Apa yang ada : Hot Basil Chicken with Rice, Garlic Chicken with Rice, Sweet and Sour Eggs with Rice. 80 Baht sahaja uolss!



9. PATHUMTHANI 

Lokasi : No. 32, Tambon Chiang Rak Noi, Amphoe Bang Pa-in, Chang Wat Phra Nakhon Si Ayutthaya.



Tudiaaa senarai lokasi halal food in Bangkok. Kalau ada lagi or teringat nanti Azie update lagi. Dalam banyak-banyak makanan halal yang kita dah cuba try test di Bangkok kan, yang mana paling kegemaran ever and forever? Nak tahu kah?

.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


Inilah JUARANYA!!

*Tepuk tangan kuat-kuat*

Pathumthani Beef Boat Noodle

Pernah makan Boat Noodle versi Malaysia tak? Haaaa yang authenthic + halal version Boat Noodle ni TERpaling dan jauh lebih sedap dari yang ada di Malaysia. Dahla portion besar dan banyak. Pedas pulak tu. Habis licin semangkuk kuhirup. Slurrrrrrppppp!

Silalah terokai Bangkok seperti penduduk tempatan! Gitu.


3 comments:

  1. Okay semua makanan tu nampak sedap sangat!. Kalau nak pergi bangkok nanti boleh la nampaknya cari kedai ni. btw sy blogwalking dan follow blog ni ya. Jemputlah melawat blog saya hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Cikgu Syed. Terima kasih sudi blogwalking sini. Done follow your blog #67 :)

      Delete
  2. TQSM Sis for the info. Me going this weekend 9-13/3. Wish me luck to locate the said restaurants.

    ReplyDelete