Makanan Halal Bangkok | Usman Muslim Thai Restaurant


Bila datang rajin be like..nak review satu-satu tempat makan halal / restoren halal di Bangkok. Kali ke-3 pergi Bangkok baru dapat makan di Usman Muslim Thai Restaurant ni. Salah satu dalam senarai tempat makanan halal di Bangkok. Camne nak pergi Usman ni? Kalau naik BTS Skytrain turun di station Phrom Phong. Exit 6. Usman Muslim Thai Restaurant ni terletak di Sukhumvit Soi 22. Dari BTS Skytrain tu agak jauh la nak menapak. Kalau bawak mak abah silalah naik tuk tuk atau taxi. Sian tau jalan kaki panas-panas. Kalau naik teksi atau tuk-tuk jangan lupa copy nama Usman Muslim in Thai. Senang tak payah nak argue banyak-banyak just tunjuk je alamat. Kalau korang jenis sanggup berpanas silalah dengan gigih menapak jalan kaki. Dekat 1km jugakla berjalan. 



Waktu operasi restoren mula jam 10am hingga 10pm setiap hari KECUALI Jumaat buka jam 14.00 - 22.00pm. Selain restoren, Usman ni juga ada sediakan hostel. Sesuai untuk backpackers. Price range night start dari 350 Baht hingga 850 Baht. Walaupun jauh dari BTS Skytrain tapi muslim friendly dan nak makan pun senang :D

Suami mungkinlah boleh pergi dua tiga kali. Masa pergi dengan suami tu kami order menu seperti di bawah je. Sedap & affordable price. Semua chef & staff beragama Islam. Cakap Melayu je nak order ni. Mereka paham. Selain itu ada khidmat hantar makanan ke hotel tempat korang meginap. Ini kiteorang tak pernah try. Pastu kalau bawak jemaah (ahli keluarga) datang sini..jangan risau, boleh bayar guna kad visa atau master card. Cing! Swipe aja.

Ini alamat: Usman Muslim Thai Restaurant (อุสมาน) , 259/9 Sukhumvit Rd, Khwaeng Khlong Tan, Khet Khlong Toei, Krung Thep Maha Nakhon 10110, Thailand

Logo kedai halal Usman warna kuning

Itu tulisan Usman Muslim Food dalam bahasa Thai. Tunjuk gambar tu pada abam teksi ya. Nak jimat naik teksi. Nak seronok naik tuk-tuk.

Ada certificate of excellence dari tripadvisor! Terbaik sangat. Ada FREE WIFI di sini. Boleh update FB dan Instagram lelaju.

 Kiteorang order 2 menu ni sahaja untuk makan 2 orang + steam rice. Kenyang sangat dah.  Air mestilah Thai Tea. Harga? Allah. Lupa nak catit. Resit pulak tak jumpa. Dijamin berbaloi enak masakan dengan harganya. 

Mango Sticky Rice. Setakat ni yang Usman lah terpaling sedap. Yang lain-lain so-so je. 



Boleh refer link di bawah ini 👇👇👇👇 untuk Bangkok Travelog 2016 & 2014 :D
*sepatutnya link warna biru. Tapi dia tak bertukar jadi biru. Whateverlahhh*

2016

2014


Tiada ulasan:

Catat Ulasan