Assalamualaikum
Bertemu lagi di minggu baru. Lama tak cerita pasal juicing kan. Ok siapa yang ada juicer? Jangan bagi dia berehat sangat. Kerahkan juicer anda bekerja. Hihi. Eh dah banyak ke juicing recipe yang uols cuba? Meh Azie nak share dua resepi jus buah yang Azie dah cuba dan rasa pun sedap nyaman dan gembira anak tekak menerimanya.
Green Machine/ Jus Apple Celery
4 biji epal hijau1/2 lemon termasuk kulit
2 batang celery
Khasiatnya melancarkan sistem penghadaman! Epal hijau memang dikenali sebagai pembersih tubuh yang sangat baik. Khasiat lain dikatakan dapat menurunkan atau menstabilkan tekanan darah tinggi dan dapat mengurangkan tahap kolestrol dalam darah.
Rasa: Tak pahit. Sedaaap!
Resepi Jus Apple Carrot
4 biji epal
3 biji oren
1 biji lobak
4 biji epal
3 biji oren
1 biji lobak
Khasiat lobat merah / carrot sangat baik untuk sistem limfa dan perut kita. Selain tu, memperbaiki masalah seksual, rabun malam dan batuk yang berpanjangan (tidak mahu sembuh dalam jangka masa yang lama). Carrot juga mampu menguatkan buah pinggang, mengeluarkan angin dan kesejukan berlebihan dari badan kita. Juga bersifat anti kanser.
Rasa: Yummmy sangat! Tak perlu campur air dan gula. Sihat sangat nih.
Semua ni Azie guna Kuvings Slow Juicer. Memang terbaik Kuvings ni. Azie suka sebab mulut juicer ni luas. Buah oren tu buang kulit aja. Then boleh masuk sebiji macam tu. Sama juga dengan epal. Perlu buang tangkai dulu (kalau tak nanti stuck kat tempat keluar serat tu) then masuk sebiji terus buah epal. Jadi epal lain confirm tak lebam sementara nak tunggu turn. Carrot pun sama boleh masuk sebatang macam tu. Itu part paling best sebenarnya. Sebab tak perlu potong-potong buah sampai kecil. Sejak ada Kuvings ni, bolehla hidang tetamu minuman yang acah-acah lavish sikit =P Jus buah gitu. Azie suka buat jus epal hijau asam boi.
Boleh ke guna blender? Boleh. Tapi kena tambah air dan blend sampai halus teksturnya. Then boleh tapis kalau nak airnya sahaja. Sebenarnya senang guna juicer. Juicer atau pemerah buah elektrik (errkkk...peliknya terjemahan!). Takperlu tambah air dan tak perlu letak gula. 100% jus diekstrak daripada sayur dan buah tu sendiri.
hehe lama tak singgah sini =)
BalasPadamCT pernah cuba yang first recepi tu kat Boast.. tapi buat sendiri lagi jimat. kalo beli selalu kayap poket..