Assalamualaikum semua!
Nampak macam baru balik shopping dari SEPHORA kan. Tapi NO-NO-NO. Nak bagitahu yang MAKEUP ni semuanya dah EXPIRED! OMG!!!!
*rasa macam nak tampar diri sendiri*
SAYANGNYA!
MEMBAZIR betul. Ada yang baru guna sekali dua. Ada yang masih dalam kotak. Sebenarnya terlupa ada barang-barang ni dalam laci. Letak pulak kat part dalam-dalam yang memang tak nampak. Sudahnya tahun berganti tahun dan terlupa. Aritu masa kemas-kemas laci baru keluarkan. Check punya check makeup dah expired.
Sebab Azie sejenis manusia yang tak bermakeup a.k.a tak pandai bermakeup. Kalau nak tahu itu jela barang makeup yang ada.. Keluar jalan-jalan hanya berbedak COSWAY (alah yang warna biru cap miyami tu) dan lipgloss je. Mascara & eyeliner jarang-jarang (ikut mood atau pergi kenduri). Eyeshadow & blusher memang tak pakai. TAK RETI saya. (Eyeshadow kat atas tu dapat gift).
Azie tak pentingkan sangat makeup. Yang penting cara penjagaan kulit. SKIN CARE kegemaran - SK-II (rasa dah hampir 10 tahun kot jadi pengguna setia). Serasi dengan kulit muka agaknya. SK-II kan mahal terjerut leher harganya. Jadi hanya mampu setia pada 3 item utama iaitu: Essence, Moisturiser & Serum. Pernah gak try yang lain..tapi akhirnya mencari dia balik. Huhu. Pasrah. SK-II kat Korea murah uolsss! Sila cari di airport kat sana. Ada 30% untuk tourist. Sempat beli masa kat Korea aritu. Ahaks.
Jika hobi anda kumpul lippsstikkkk, 30 hari lipstik warna lain-lain..haaa..silalah semak expired datenya. Kang pada suatu hari bibir jadi hitamm. Baru terpanjat suami nanti =P
Sila check expired date makeup dan skin care uols regularly. Tak elok untuk kulit muka pakai barang-barang expired ni. Ni antara kesan kalau gunakan produk kosmetik tamat tarikh luput.
1. Iritasi, radang, gatal miang atau alahan pada kulit
2. Jerawat datang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan
3. Masalah kesihatan akibat jangkitan kuman
4. Tidak berkesan. Patutnya bila makeup nampak cantik, kalau nampak huduh semacam tu haaaa expired dah la tu. Hewhew.
Jangka hayat MAKEUP
Concealer
1 tahun.
Liquid Foundation & Concealer
6 - 12 bulan
Water-based foundation : 1 tahun
Oil-based foundation : 2 tahun
Bila perlu buang : Bila ada lapisan atau warna berubah
Powder
2 tahun
Eyeliner
Pencil eyeliner : 3 tahun
Liquid eyeliner : 3 bulan
Eye shadow
3 tahun
Mascara
2 - 3 bulan
Bila perlu buang : Sebaik sahaja maskara semakin 'clumpy' atau bau pelik. Dah boleh lempar keluar!
Lipstick
2 tahun
Lipgloss
1 tahun
Bila perlu buang: Bila perasan lipstik menjadi makin kering atau melekit atau ada bau yang tak best. Masa untuk ganti baru!
Pemerah pipi (blusher)
Powder blush : 2 tahun.
Cream blush : 1 tahun.
Nail Polish
1 - 2 tahun
Bila perlu buang: Wujud lapisan. Bila goncang warna masih tidak blend sekata.
Minyak wangi
Jangka hayat: 8 - 10 tahun
Lotion
Jangka hayat: 2 tahun
Deodarant
Jangka hayat: 2 tahun
Sunscreen / Krim pelindung matahari
Jangka hayat: 6 bulan
Shampoo/Condition penjagaan rambut
Jangka hayat: 1 tahun
Brushes / berus
Jika guna setiap hari: Bersihkan setiap minggu
Jika guna jarang-jarang: Bersihkan sebulan sekali
Skincare
minimum 3 tahun
Sumber: seventeen.com
Ada sesetengah produk tiada tulis expired date. Beauty product dari Canada dan U.S tidak wajib ada tarikh luput tu. Jadi cara untuk semak ialah dengan check PAO - Period After Opening
12M maknanya 12 bulan sahaja lepas ia dibuka
MAKE UP FOREVER takda tulis expired date dan tanda PAO. Tak perlu pening, boleh je semak jangka hayat makeup di
< COSMETIC CALCULATOR >
Pilih Brand. Untuk code, masukkan batch code pada product. Tadaaa terus keluar result.
Canggih sekarang, cara semak jangka hayat makeup dan skincare guna calculator! Makeup kat atas tu maknanya ke tong sampah la jawapannya! Pfffffffttttttttt.
semua ni dah expired ?????? ohnoooo sayangnya tho CT tak pakai mekap..
BalasPadamIyeeeeeeee expired! STRESS tau.
PadamTempoh hayat tu kira start dengan tarikh kita buka and guna ke?
BalasPadamhow to check silkygirl ye? 😢 takde nama brand dia...
BalasPadam