Assalamualaikum
Esok flight jam 7am. Tiba-tiba kena tahan di imigresen dan tak dibenarkan terbang ke luar negara. Hancur berkecai terus moment-moment indah yang terbayang dalam kepala sebulan lamanya. Kenapa kena tahan? Rupanya nama telah diblacklisted oleh PTPTN. Pastu nak buat apa?
a. Mengamuk tak puas hati tepi gate nak fly jugak sambil tu mulut sumpah seranah PTPTN
b. Balik rumah viralkan kat media sosial seperti Faccebook atau Instagram or Tweeter. PTPTN Yada..Yada..kejam...tak bertimbang rasa, tak berhati perut...
c. Check website PTPTN atau call PTPTN untuk tindakan seterusnya.
Walaupun anda bayar konsisten setiap bulan, jangan konfiden sangat. Jika anda peminjam PTPTN, WAJIB semak senarai hitam peminjam PTPTN sebelum terbang ke luar negara. Jangan ambil mudah perkara-perkara macam ni tau. Kalau sehari sebelum fly sempatlah nak settle. Boleh pergi cawangan PTPTN berhampiran/UTC dan boleh deal untuk bayar 'certain amount' atau separuh daripada tunggakan..jadi PTPTN boleh clearkan nama senarai hitam untuk sementara waktu. Tapi balik oversea bersedialah untuk dihantui PTPTN semula. Hihihi. Kalau dah kat airport beberapa jam sebelum fly baru tahu blacklist...maknanya صدق الله العظيم Anda perlu redha dan pasrah ya. Memang imigresen tak akan lepas selagi PTPTN tak clearkan status anda.
Boleh semak;
atau
Atas ni...Output yang keluar setelah masukkan IC no Azie. Yayyyy!! Boleh pergi ke luar negara hujung bulan ni!!! Bai bai Malaysia =P Opppsss..jangan suka sangat. Better check semula beberapa hari sebelum terbang. Mungkin sekarang 'clear' tapi pada hari nak fly 'tak clear' pulak.
Kalau status korang 'Dalam Proses Disenaraihitam' Haaa..better berjaga-jaga...consult dengan PTPTN cepat-cepat. Status macam tu boleh berubah bila-bila masa jadi disenaraihitam.
Jika anda tiada tunggakan baru 'clear ' boleh ke luar negara. Blacklist tengok pada tunggakkan. Ingat tau korang tak boleh ambik mudah je kalau dah berhutang dengan PTPTN. (Contoh: Patut mula bayar balik PTPTN tahun 2008 ikut perjanjian, tapi mula bayar PTPTN tahun 2013 secara konsisten setiap bulan tanpa miss sekali pun. Haaaa tengok tu...tau tak?? korang tetap ada tunggakan dari tahun 2008-2013 tu). So better sebelum terbang pi PTPTN tanya. Lagipun PTPTN dah ada cawangan di semua negeri di Semenajung Malaysia. Orang ramai mudah nak berurusan dengan PTPTN.
Tunggakan selama 6 bulan atau tunggakan lebih dari RM10,000 nama akan disenarai hitam 'blacklisted' walaupun bayar secara konsisten. Bila dah disenarai hitam oleh PTPTN secara tak langsung akan tersenarai hitam di sistem CCRIS jugak.
Kesan bila nama telah disenarai hitam PTPTN dan CCRIS
1. Kalau belum buat passport korang tak dibenarkan buat passport atau renew passport.
2. Tidak boleh keluar negara - Backpacker / traveller sila alert!
Tindakan: Perlu bayar 'certain amount' dari jumlah tunggakan (refer PTPTN). Then baru PTPTN akan tarik balik status senarai hitam dalam tempoh tertentu.
3. Sukar mendapatkan pinjaman perumahan atau kereta menerusi bank
4. Rekod buruk dalam Bank Negara Malaysia akan menyukarkan anda membuat permohonan “personal loan”
5. Susah nak diserap ke jawatan kerajaan ( Contoh: bila berjaya ditemuduga, perkara yang akan termasuk senarai hitam CCRIS. Peluang nak masuk government tipis)
6. Korang wajib membayar keseluruhan daripada jumlah pinjaman PTPTN jika anda telah disenarai hitamkan. Jika telah disenarai hitamkan, anda perlu mengemukakan rayuan untuk penstrukturan semula bayaran ansuran PTPTN.
Fuh besar impaknya kalau dah masuk CCRIS tu...baik berjaga-jaga.
Kawan-kawan yang kena tahan di luar negara tu kebanyakkannya kes yang ada lebih dari satu pinjaman (diploma, sarjana muda dan sarjana). Tapi hanya bayar untuk satu pinjaman sahaja. Pinjaman 2 dan 3 tu jadi tunggakan.
Ada juga member yang katanya dia telah bayar untuk kedua-dua pinjaman. Dia telah tolak gaji untuk Pinjaman 1 dan Pinjaman 2. Bayar secara konsisten setiap bulan! tapi masih ditahan di imigresen ketika nak fly (terlupa check status perjalanan di web imigresen).
Kalau tak silap PTPTN akan tolak Pinjaman 1 dulu, selesai pinjaman 1 baru tolak Pinjaman 2 pulak walaupun anda rasa anda tolak gaji untuk kedua-dua pinjaman ni. Kalau nak bayar untuk semua pinjaman... boleh combine kesemua pinjaman, tapi perlu restructure terlebih dahulu.
*apa-apa pun untuk pertanyaan lanjut better refer pada PTPTN sendiri okey.
PTPTN -> http://www.ptptn.gov.my/
P/S: Bila dah langsai hutang...leeeeegaa ya amatssss!
betul, bila di arahkan suruh byr, jangan berani nk postpone byr,
BalasPadamemy pun lepas habis belajar, terus bayar tanpa miss .. ni baru 2 tahun lebih. hehehe. walaupun sakit tu di hati, siapa suruh pinjam kan? haha :p
> moh ler kita byr guna online
kalu 2 bulan tunggakkan lepas tak?
BalasPadamkalu 2 bulan tunggakkan lepas tak?
BalasPadamKalau masih dlm peminjaman, boleh ke luar negara x? Atau nama diblacklist?
BalasPadamAssalamualaikum sis. Nak tanya. Kalau selepas habis belajar terus fly boleh tak? Saya jangka habis belajar bulan 8 nanti dan jangka nak ke Korea bulan 11. Agak-agak nama di blacklist ke? Saya
BalasPadam