Repeat: JIBBY & CO, EMPIRE SHOPPING GALLERY


Assalamualaikum


Salam Syawal buat semua (tak terlambat lagi kan?!). Mudah-mudahan berjumpa lagi di Ramadhan  dan Syawal akan datang. Amin. **sekejap sangat masa berlalu**


**Baru perasan entry ni dah sebulan lebih jadi draft dan terlupa mahu publish. Allah! Dah masuk Syawal baru nak publish. **


Kali ni nak cerita tentang Jibby & Co lagi. Kali ke-2 pergi untuk 'celebrate birthday' adik ipar kesayangan. Dalam banyak2 tempat makan, Jibby & Co juge tempat pilihan hati. Sebab tempatnya cosy sangat. Best sangat nak duduk-duduk, makan-makan, borak-borak, ambil gambar.

Oklah jom tengok apa yang kami order kali ini;

Yay! Jibby again and again..



Lasagna - RM32



Pan Fried Norwegian Salmon - RM35



Big Dady Pizza - RM32



My teeny-tiny camera! Oh-oh Strawberry & Coconut Shake - RM15



Makan penuh perasaaaaaan sangat


Oooo-Nom-Nom-Nom.. tekun masing-masing menikmati makanan. Makanan yang paling champion hari tu adalah Pan Fried Norwegian Salmon. Masha Allah sedap sangat. Menjilat jari. Mungkin sebab manis-manis rasanya dan salmon tu memang fresh dengan juice2 ikan yang masih ada dan yang penting tak hanyir. Lazaat!

Big Daddy pizza tu biasa-biasa sahaja. Lasagna pula memang sedap. Kalau tak sedap takkan habis licin sepinggan AL sorang makan. Melampau!


Kami pulang dengan hati gembiraaaa.


Lokasi:

Jibby & Co.
Bistro, Restaurant, and Breakfast Spot
GK11. Ground Floor. Empire Shopping Gallery (Jalan SS16/1), 47500 Subang Jaya, Selangor
Tel: 03-5613 7070
Menu: Breakfast, Brunch, Lunch, Dinner, Dessert


Tiada ulasan:

Catat Ulasan