Assalamualaikum
Bread & Butter Pudding Resepi with Vanilla Sauce for Aidilfitri open house . Ini feveret suami! Permintaannya mahu puding roti ala-ala makan kat hotel. Tu diaaaaaa. Kita ni bukan chef sampi nak setarap hotel. Gigihla kita ni bertanya kat Pakcik Google. Ooppsss silap. Suami kita yang tanya kat Pakcik Google dan akhirnya dapatlah dia resepi ni. Dia 'screen shot' dan wasap pada AL suh ikut resepi nih. *muka senyum senang hati*
Gigihla kita dan suami ni pergi cari bahan buat dengan penuh kasih sayang cinta sampai ke bulan. First time buat ecececeh..suami kata memang macam makan kat hotel!! Yay!
Dah buat sekali, maka AL buat dan buat dan buat lagi dan buat lagi sampai 5 kali kot untuk Ramadhan dan Syawal ni. Resepinya terbayang-bayang je dalam ruang ingatan ni. Macam mana tak 5 kali...buat untuk 1-berbuka sendiri dan bg pada jiran, buat untuk 2-family, buat untuk 3-iftar, buat untuk orang datang 4-beraya di rumah sendiri, buat untuk 5-open house family. 5 kali buat versi lain-lain. Versi 1 letak parutan coklat (van houten) dengan kismis. Versi 2 letak parutan coklat dengan kurma. Versi 3 letak kismis dengan kurma. Versi 4 letak kurma sahaja. Pastu macam semua pun macam sedap tak tahu nak beza :p
Uols tryla sendiriye.
Bahan-bahannya adalah.....Allah! Pakai pelenyek pisang pulak. Itu je yang ado. Sila pakai whisk ye puan-puan sekalian :p |
Tu diaaaa...(stamp bond=banyak) parutan coklat bertaburan di dalam bekas ini. Ini kejer (gay where=kekasih) AL ye. P/S: Selamat belajar bahasa Kelantan. |
Tuang bancuhan telur2ayam tadi sehingga melimpah ruah selimpah ruah kasih sayang pada suami ye :p |
Tadaaa..yang telah siap dibakar. Bakarlah sehingga garing di atasnya. Gambar ini telah mengandungi unsur2 filter terlampau :P |
RESEPI asal diambil dari blog hairul.com. Terima kasih kerana berkongsi resepi yang best.
800ml susu full cream
10 biji telur
220gm gula pasir
1 sudu besar perisa vanilla
1-2 / saiz besar buku roti (pilih roti yang keras)
1 buku butter
Sedikit kismis atau kurma
Lebihan 200ml full cream untuk vanilla sauce
Cara-cara:
1-Campurkan susu segar, telur, gula dan perisa vanilla dalam bekas dan pukul hingga gula hancur dan sebati.
2-Ambil loyang / bekas pembakar dan griskan terlebih dahulu.
3-Sapu roti depan belakang dengan butter. Susun dalam loyang. Kemudian tabur kismis & kurma /parutan coklat.
4-Ulang step 3 untuk lapisan kedua.
5-Lapisan ketiga boleh susun macam gambar di atas.
6-Curah adunan tadi dalam bekas pembakar.
7.Preheat oven terlebih dahulu pada suhu 150C.
8.Curahkan sedikit air di luar bekas/atas tray pembakar supaya roti anda lembut dan tidak kering.
9. Bakar pada suhu 150C selama 45-60minit. Ikut size oven masing2.
Cara buat Vanilla Sauce
1- Panaskan lebihan 200ml susu full cream tadi dengan 4 sudu besar gula dan 1 sudu kecil perisa vanilla.
2- Panaskan sehingga gula pasir cair
3- Kecilkan api
4- Masukkan bancuhan tepung kastad sedikit demi sedikit sehingga sos jadi pekat. (1sudu besar kastad bancuh dengan sedikit air)
5- Setelah sos pekat matikan api dan terus angkat
Naaahhh! Siap untuk dimakan.
Bread & Butter Pudding yang telah disiram dengan Vanilla Sauce. Jemput tengoklah ye.. resepi ini mudah dan ringkas je. Yang penting rasa dah macam puding roti ala hotel |
Selamat mencuba!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan