Resepi Trifle Dessert Hari Raya



Assalamualaikum



Bulan Syawal ni mesti banyak aktiviti rumah terbuka kan. AL sendiri takdela buat rumah terbuka kerana rumah sentiasa terbuka untuk sanak sedara sahabat handai yang mahu ziarah. Alhamdulillah raya tahun ni ramai juga yang datang rumah. Semua AL masak sendiri. AL bukan handal sangat pun di dapur. Tapi bolehla masak sikit-sikit bagi orang makan. Orang kata 'practise makes perfect'. Azam tahun 2014 juga mahu handal di dapur. Cewah. Puii.


Kita nak share favourite dessert yang selalu kita buat. T.R.I.F.L.E. Senang sangat buat trifle ni. Alkisahnya AL takpernah makan pun trifle sebelum ini. First time makan 6 tahun lepas masa kenduri AL sendiri ketika majlis bertandang ke rumah suami. Hihihi. Kenduri belah suami dulu semuanya masak sendiri secara berjemaah oleh ahli keluarga sendiri. Yang hebatnya kaum adam a.k.a pakcik2 sebagai chef utama. Makcik-makcik hanya prep dan masak lauk-pauk dan dessert. Semua disediakan ahli keluarga sendiri. Kata mereka...mereka masak dengan penuh kasih sayang untuk menyambut ahli keluarga baru. **terharuuuu**


Ok kelaut dah cerita tu. Meh kita patah balik cerita Trifle :p Inilah bahan-bahannya.


Bahan-bahan trifle


Trifle ni dah banyak version yang AL buat. AL pernah try kek chiffon pandan, kek chiffon orange. (kek gulung tak pernah). Yang champion tetap perisa pandan. Yang atas ni terpaksa guna kek chiffon orange sebab takde kek pandan.


Fruit cocktail pun pernah try cap Hosen dengan cap Ayam Brand. Cap Hosen lagi sedap.  Cap Ayam Brand ada bau masam sikit (dah check pada tin memang belum expired). Atau agaknya tin yang tu je masam kot. Kalau tak mahu guna fruit cocktail boleh je guna Nata de Coco. Letak buah-buahan segar pun ok (Cth: Strawberry & raspberry. Rasa masam manis). Pernah try juga. Nak campur pun boleh. Ikutlah sesedap rasa.


Bahagian atas pula, AL pernah try guna gelatin, jelly dan agar-agar. Semua pun boleh tapi paling ok sekali gunalah jelly a.k.a kristal jelly nona. Pilihla jelly warna kuning atau hijau sebab ia nampak lebih cantik!


Ini resepi yang AL guna:


BAHAN A 

1-Kek Chiffon pandan dipotong setebal 1cm dan susun dalam bekas. Susun rapat-rapat dan padat-padatkan.
2-Air dari jus koktel jangan dibuang. Marilah kita merenjis-renjis untuk lembapkan kek sahaja. Kalau siram nanti kek jadi lembik.


BAHAN B (KASTAD)

3 sudu besar tepung kastad bancuh dengan sedikit air hingga cair sepenuhnya (tiada ketulan2 kecil)
1/2 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin air (sukat guna tin susu cair)
Sedikit susu full cream


1-Satukan semua bahan, kacau hingga kastad sebati dan gula hancur.
2-Kemudian masak atas api yang kecil hingga pekat. Kacau tanpa henti. Kastad akan kelihatan sedikit berbuih2. Tutup api. Kastad sepatutnya sedikit likat bukan keras tau!
3-Curahkan adunan kastad ke atas lapisan kek (Bahan A). Biarkan sebentar hingga sejuk.
4-Setelah sejuk, curah buah-buahan cocktail tadi atas adunan dan tekan sikit supaya buah tidak floating. Jangan lupa siram sekali lebihan air cocktail tadi.


BAHAN C (JELLY)

Ikut arahan pada paket kristal jelly tu. Masak dengan 400ml air. Kacau sehingga gula hancur. Bila jelly dah larut tutup api. Biarkan sejuk sebentar. Tuang la dalam bekas tadi. Sejukkan dalam peti sejuk.


Kalau rajin letakla selapis lagi custard tu. Nak buat bertingkat2 pun boleh. Hihi. Kalau nak hidang kat orang boleh buat dalam bowl bulat, dalam dan see-thru. Nampak cantik!


So inilah hasilnya!



Tadaaaa, siap!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan