Restoren Seafood Senandung Malam, Bagan Lalang

Assalamualaikum.

Apabila dah menginap di Avani Goldcoast Sepang, rugilah jika tidak mencuba seafood di Bagan Lalang ni. Punyalah femes dicanang-canang kesedapan dan kesegaran seafoodnya. Google punya google yang banyak review Restoren Senandung Malam Bagan Lalang. Maka untuk first timer macam kami ni, kami decide nak makan sini malam nanti. Orang kata kene telefon book dulu. Dial dah banyak kali dengan kekerapan yang tinggi pun takde siapa yang nak angkat call. *pasrah berserah

Akhirnya kami walk-in je. Pukul 5 dah sampai depan restoren. Pekerja-pekerja tengah siap-siap untuk buka kedai. Katanya nak walk-in pun boleh je selagi tak penuh. Aperlagi cari tempat strategik (yang ada kipasla!) dan duduk tunggu restoren buka sepenuhnya then baru boleh order.

Pukul 5 ke 5.30 tu berderu-deru kereta masuk dan parking di open space yang disediakan. Ohhh memang ramai sungguh! Yang datang book meja pun ada. Orang pulak dah beratur panjang untuk pilih seafood. Pukul 5.30 restoren beroperasi sepenuhnya. 



Tak lama pun kami tunggu makanan dah tiba. Laju jugak diorang ni masak. Haih kita nak masak kerapu 3 rasa pun dah ambil masa sejam! Yang tiba sotong bakar dulu. Pencicahnya sos kicap pedas. Panas2 + pedas2 Ohhhh memang marveles!! *nakmakansotongbakarlagiiiii


Kerapu masak 3 rasa


Ketam masak cili


Pepahat masak cili

Ini aje menu untuk 2orang makan. Ni cubaan pertama. Alhamdulillah ok je. Sedap belaka. Next time boleh datang lagi. Ikan sekoq, ketam sekoq, sotong sekoq, pepahat asal cukup timbangan. Total semua dalam RM56 gittew. Berpatutan rasanya. *sengihhh sampai tinge

Makin senja ke malam makin ramai orang datang. Barisan takpernah putus. Makin lama makin panjang. Yang tunggu meja pun ada. Begitu rupanya fenemona makan seafood di Bagan Lalang nih.


Ramai sangat orang kan?! *genyehmataberkali-kali

Kalau nak datang dengan family ramai-ramai, nak jimat kos, sila bawak periuk nasi yang mengandungi nasi dari rumah. Bawak juga satu jag air dari rumah. Hahaha. Takdehal lah! Buatlah macam makan kat meja makan rumah sendiri.

Ehhh seriuus tak tipu lahh! Sebab memang ada yang buat gitu pun. Depan mata kite lagi.

Don't shy-shy-cat ^__^


P/S: Ala confirm ramai yang dah pernah datang makan kat sini. Boleh share menu apa yang menarik di sini? Ataupun kedai seafood lain yang best? Terima kasih daun keladi!!




2 ulasan: