Part 4: Makanan Halal dalam Universal Studio Singapore - USS



Assalamualaikum


Hai, ini kisah Singapore lagi tau. Bacalah tanpa jemu ye.

Ini antara restoren halal yang ada di USS;

1. FAR-FAR AWAY ZONE - Goldilocks - Menu: Ayam goreng, Fries, Sandwich n Icecream)

2. ANCIENT EYGPT - Oasis Spice Cafe - Menu: Nasi Briyani

3. HOLLYWOOD - Mel's Drive in - Menu: Burgers, fries - after 6pm discount 20%


Kami brunch (breakfast + lunch ) di Oasis Spice Cafe. Mau makan nasi. Lapar sangat. Bayangkan dari pagi tak makan sampai dah nak masuk jam 12:56pm baru dapat makan. Terima kasih perut kerana memahami. Kami beli 1 set je & kongsi berdua. Romantik bukan? Hahaha, bukan apa kalau beli 2 set pasti membazir (confirm takhabis!)  Set ni just nice untuk kami berdua. Orang kata untuk alas perut aje. Banyak lagi nak main ni, pusing2 pun tak abis lagi. Nanti muntah pulak. Tak pun jadi malas nak gerak! Mahu lepak pulak!


Pilihlah mana yang berkenan di hati


Set 4 - Roasted Chicken Briyani Set - $15.50 = RM40.30



Mujurlah kami awal sikit. Tak lama lepas tu berpusu2 manusia masuk.


Then bila dah petang after 6pm kami makan di Mel's Drive In. Kami order;

1. The Double Double - $12 (highly recommended!)
2. Crispy Chicken $11
3. Upgrade to Onion Ring $1

Total = $24 = RM62.40

Air takda dalam set. So, air minum air mineral je. Hikhik. Jom layan gambar-gambar pulak.


Adik kaunter yang cun!

Menu yang ada di Mel's (klik utk view yang besar)

Time kasih suami banje makan burger!

Semua shedappp. Kenyang!

















Suka dekorasi dalaman Mel's ni


Ok now jom zoom in dalam kedai-kedai souvenier dalam USS ni.










Eh eh eh ingat macam banyak ambil gambar. Rupanya 'nadaaaa'. Haha. Korek-korek handpon, ini je la yang adooo. Toys macam kat atas ni >$20 ke atas. Hakak lupa harga.

Ok kami beli;

1. Jacket - $119
2. Fridge magnet - $4.90, $5.90
3. Mug - $ 24.90

TIPS: Korang tahu tak (mungkin ada yang tak tahu) , jika anda shopping di Singapore semua barang2 dah termasuk GST. Anda boleh claim semula / refund GST (7%)  ni di airport nanti. Dengan syarat;  (kalau silap tolong betulkan ye)

1. Harga barang dalam 1 resit mesti lebih $100. 
2. Mesti disertakan resit khas untuk refund GST ni. Resit khas untuk refund ni minta dari kedai.  Jadi jika shopping di USS, boleh tanya mereka berkenaan hal ini. Jika tiada resit khas ni, shoppingla beribu-ribu lemon pun anda tak kan dapat refund semula.
3. Jika hand luggage, boleh claim setelah masuk ke tempat boarding. Perlu tunjuk barang yang dibeli di kastam. Untuk luggage, carilah kaunter yang ada tulis GST refund. 


Kami dapat refund sebanyak $43 (bukan sebab shopping di USS je. Ada tempat lain lagi kami shopping. Hihihi). Boleh shopping pulak kat Uniqlo di airport! Sila claim jangan tak claim. 


Ok sambung balik cerita USS tadi. Sempatlah nonton parade di USS. Bolehla bagi 2 bintang. *eh suka-suka hati nak bagi bintang pulak. Banyak juga gambar2 yang diambil tapi semua kualiti tak berapa elok. So takpayahla letak ye. *ok tipu. Sebenarnya MALAS. Korang yang baru nak pergi feel sendirilah.


Balik dari USS kami naik cab ke hotel. Tambang $17.80 . MRT yang paling hampir dengan hotel pun jauh nak kena jalan kaki. Takut tak jumpa hotel je malam-malam buta. Lagi pulak hotel di area Geylang. Ramai Cik Cur bersidai cari makan mangsa katanya.

Oklah esok sambung lagi 1 hari di Singapore. Entry jalan-jalan cari makan. 

2 ulasan:

  1. Wajib dan memang harus di coba, karena makanan di sana enak-enak, namun jangan lupa untuk mengecek apakah restoran yang akan di coba halal atau tidak yaaaa

    BalasPadam