Assalamualaikum
Morning uols. Dah breakfast? Okeh meh kita sambung cerita semalam Part 1.
Sabtu (17 May 2014) seawal jam 6 pagi dah tiba di KLIA2. Pengalaman ngeri berlari di airport HK masih tak boleh lupa sampai sekarang. Taknak dah ulang kali ke-2. Semput hakak tau.
Flight pagi ni jam 7.40am. Sampai di Singapura 8.40am dan terus masuk ke USS jam 10am. Begitulah perancangannya.
Jauh jugak kami berjalan nak ke tempat boarding. Makcik pakcik yang dah ketaq lutut jangan risau
KLIA2 |
Suami tengah check itinerary. Walaupun nak pergi Singapore je, tapi saya memang suka sediakan itinerary, tips dan segalanya dengan terperinci. Mudah kalau siapkan awal2. Takdelah leceh nak google2. Lagipun free wireless nmpaknya hanya di Changi Aiport je. Selain itu kene bayor. 2 hari pun dah 5muka surat. Itu pun suami kata tak detail lagi. Pfttttt.
Dari Changi Airport, jika naik MRT untuk ke USS, anda perlu turun di Harbour Front. Harbour Front paling hampir dengan Resort Sentosa World (RSW). Universal Studio Singapore (USS) lokasinya di dalam RSW. Dari MRT Harbour Front naik pulak bus / monorail / jalan kaki ke USS. Yes, memang bertingkat-tingkat lah gayanya. Bertabah lah wahai hati, jika mahu jimat duit teksi. Alangkah bagusnyer ade MRT terus masuk ke USS.
CHANGI AIRPORT SINGAPORE TO HARBOUR FRONT (USS)
1. Bila anda di terminal 1 atau terminal 3, naik FREE skytrain ke terminal 2 terlebih dahulu.
2. Ini kerana MRT di Changi berada di Terminal 2
3. Ikut petunjuk arah Train to City.
4. Dari Changi Terminal 2 ke Tanah Merah. Tiket MRT beli di sini.
5. Turun di Tanah Merah, pindah ke jalur hijau ke arah Joo Koon
6. Turun di Outram Park, pindah ke jalur ungu ke Harbour Front
7. Turun di Harbour Front, kemudian keluar ke arah Vivo City Mall
Perjalanan dari Tanah Merah ke Harbour Front agak lama sebab memang jauh! MRT Harbour Front ni dalam Vivo City Mall. VivoCity adalah adalah shopping mall yang menjadi laluan / landmark utama ke pulau Sentosa. Ada 3 option dari Vivo City Mall untuk anda ke USS.
Klik untuk view yang jelas |

Dari Vivo City;
Option1: Naik bus depan Vivocity mall - Exit C
Anda boleh naik bus dari VivoCity. Dari VivoCity, ikuti petunjuk yang bertuliskan bus to Resolt World Sentosa seperti di bawah. Kemudian naik bus RWS8 ke Resort World Sentosa. Harga tiket bus adalah $2. Sediakan wang kecil.
**Bus untuk ke Vivo City Mall - 65, 80, 93, 188, 855, 10, 30, 97, 100, 131, 143, 145 & 166;
Option2: Jalan kaki ke Sentosa Island
Option3: Naik monorel Sentosa Express di VivoCity Mall (Floor 3) - Exit E
Untuk naik Sentosa Express, kene naik tingkat 3 di VivoCity. Harga tiket Sentosa Express adalah $3.
Kami naik bus. Haha. Saje nak feeling-feeling naik bus. Tambang untuk 2 orang adalah $4. STP card tak boleh guna untuk touch. Jika anda ambil EZ Card boleh guna untuk touch. Sama macam public transport di HK, kene sediakan wang kecil. Kami pulak tak cukup $4 . Mujur uncle bus tu kasi can naik jugak. Tq Uncle :)

Jalan kaki adalah salah satu option ke pulau Sentosa. Berjalan di boardwalk sepanjang setengah kilometer. Sambil berjalan, silalah menikmati pemandangan laut di sebelahnya. Untuk sampai ke Sentosa Boardwalk cari pintu keluar VivoCity yang pintunya menghadap ke laut. Setelah keluar dari VivoCity, cari laluan yang ada bumbung. Untuk masuk ke RWS kene bayar tiket $1. Boleh touch EZ Link Card.
Option3: Naik monorel Sentosa Express di VivoCity Mall (Floor 3) - Exit E
Untuk naik Sentosa Express, kene naik tingkat 3 di VivoCity. Harga tiket Sentosa Express adalah $3.
Kami naik bus. Haha. Saje nak feeling-feeling naik bus. Tambang untuk 2 orang adalah $4. STP card tak boleh guna untuk touch. Jika anda ambil EZ Card boleh guna untuk touch. Sama macam public transport di HK, kene sediakan wang kecil. Kami pulak tak cukup $4 . Mujur uncle bus tu kasi can naik jugak. Tq Uncle :)
Naik atas je sampaila USS |
Siapa pernah pergi S.E.A Aquarium? Best tak? Ape yang ade ye? Avdenture Cove Waterpark tu macam taman tema air kah? Banyak nyer tempat-tempat yang menarik. Takpelah yang pasti kita pi USS dulu.
Globe keramat! |
Yay, yay! Sampai dah depan globe keramat ni. Abih semua duk posing depan ni. Nak tunggu takde orang, memang tak dapatlah. Redha je la yang kat belakang2 tu. Tau dak kami sampai sini pukul berapa? Pukul 11.30am hokeyy. Berjanggut lama dari Changi Airport tu nak sampai sini. Mau taknya naik MRT berapa kali tukar jalur. Suami kata macam naik komuter dari Mid Valley nak ke Seremban je. Kalau anda tak segigih kami sila tahan teksi je ye dari aiport!
Mujur amek Universal Express! Terasa kepentingannya di situ.
Okeh sambung lagi Part 3 nanti. Tunggu!
Salam kak, Ez link card tu min topup berape? Mana nak dptkan ez link card tu?
BalasPadamSalam kak, nak tnya.. akak kn dari airport, simpan luggage dkt mne? Ade singgah hotel dulu ker?
BalasPadam