Part 5: Bugis Street & Arab Street


Assalamualaikum


Moh kita sambung lagi ceritera Singapura. Sebelum ni pernah dah datang sini. First time datang dulu dengan rombongan kawan-kawan postgraduate dari UKM (7 / 8 tahun lepas. Yeke? Ok lupe). Datang 1 bas. Excited nak pergi Sentosa World. Masa tu kalau dapat bergamba kat perkataan SILOSO beach tu macam hebat jer *poyo sangat. Selesai jalan-jalan Sentosa kami dibawa ke Bugis / Arab Street untuk makan-makan. Ada 1 lorong tu juai fabrik je semua. Boleh rambang mata nak pilih fabrik. *last2 TERbeli juga. Nafsu membeli ketika itu sangat kuat!


Okeh itu cerita dulu. Cerita sekarang datang sini mau jalan-jalan cari makan. Pagi-pagi kami dah chek-out hotel. Dari hotel nak ke MRT yang terdekat memang betul pun jauh berjalan. Tak sia-sia naik cab malam semalam. Kiri, kanan, kiri, kanan dan tawakal aje la. Kebetulan pulak nampak geng2 Indonesian beramai-ramai tolak beg berjalan ke arah yang tak dapat nak dikenalpasti. So ikut ajelah. Pasti mahu ke MRT stesen tu. Hahaha. Memang pun!


Rupanya stesen MRT yang terhampir dengan Fragrance Hotel - Crystal adalah stesen Aljunied. Tu pun 20-25 minit berjalan lintas-lintas jalan. Sepanjang jalan tu ramai betul yang jual ubat kuat viagra selamba dek je kat tepi jalan. Bersepah-sepah, macam-macam pil. Pilih je nak yang mana. Huhu.


Kita ni duk perati je kalau sampai sekarang duk heran dengan orang-orang HK. Kat sana kalau naik escalator automatik mereka akan beratur berderet sebelah kanan/kiri. Sebelah lagi akan reserve untuk orang2 yang nak laju / nak cepat. Kita kat Malaysia / Singapura / Indonesia, memang buat dek je. Sampai kite kat belakang duk "excuse me" dua tiga kali baru nak bagi laluan.


Satu lagi kat dalam Subway MRT tu memang dah terang-terang pembahagian laluan yang datang dari arah depan dan dari arah kita. Tapi nampaknya di Singapore ni aci redah je semua. Tapi tidak di HK. Masing2 berjalan dalam laluan masing2. Kalau berjalan dalam laluan arah bertentangan tu memang rasa pelik semacam je. Naik tangga turun tangga pun mereka dah asingkan siap2 mana laluan naik, mana laluan turun (asing dengan anak panah je pun). Tapi elok je mereka ikut.


Oklah penat dah hakak membebel pepagi ni. Meh sambung cerita. Pagi ni nak makan murtabak singapore yang tersohor tu.


Murtabak Zam Zam


Murtabak Zam-Zam ni ada ni Arab Street. Jadi untuk ke Arab / Bugis Street, turun di Stesen Bugis. Ambil exit B untuk ke Sultan Mosque.  Keluar Stesen MRT, atas kepala ada signboard. Sila ikut kanan untuk ke Sultan Mosque. Belah kanan akan nampak Raffles Hospital. Restoren ni terletak depan Sultan Mosque.






Inilah Sultan Mosque yang tersohor tu

Singapore Zam-Zam Restaurant


Kambing Briyani $6.50


Murtabak Sardin Small size $5


Hari Ahad tutup pulak kedai ni.


Bussorah Street


Misi seterusnya nak cari sup tulang merah. Ala yang bila makan tangan gigi mulut semua merah-merah tu. Ada blog tu bagitahu kedai tu di Bugis Street. Tapi hentahlah duk pusing-pusing tak jumpa. Maka redha ajela. Lepaskan hasrat dan terus ke airport. *kempunan meleleh air liur hokeyy


Walaupun ni baru masuk tengahari dan flight pun pukul 4pm nanti, tapi suami dah mahu lepak di airport je. No Gardens By The Bay. No Marina Bay. *Pfttttt


Senang nye. Terus tahu Air Asia Terminal 1







So seronok tak USS? Seronok le. Datang tempat-tempat macam ni haruslah seronok. Boleh jerit semahu-mahunya tanpa rasa risau dikatakan gila. Hilang stress *eh eh stress ker  

Yang paling ohsemm di USS ni adalah Transformers Ride. Itu 5-star!

Sekarang ni duk berangan-rangan mak jenin atas sofa nak pergi Disneyland Tokyo, Everland Korea dan Universal Studio Gold Coast. Berangan percuma! Hakhakhak. Tak kena bayar pun. Kalau ada yang dah pergi, tinggalkan link uols di ruangan comment ye. Bolehla kita baca2 nanti :)

Fuh, fuh, wajibla memenuhkan tabung ayam lepas ni. InsyaAllah dengan izin Allah.

Okla till then buhbye. Wassalam.


3 ulasan:

  1. Everland Korea best. Surau ada. jangan risau. makanan halal je yg x jumpa kat dalam tu.
    Kalau nk gi Korea, leh sila like FB page Budget Korea. ada banyak tips dan dia leh jadi tour guide anda!

    BalasPadam
  2. I’ve been surfing online more than three hours today, yet I never found any interesting article like yours. It’s pretty worth enough for me. In my opinion, if all webmasters and bloggers made good content as you did, the web will be a lot more useful than ever before. bugis food to buy

    BalasPadam