Part 1: Tips / Panduan berhujung minggu di Universal Studio Singapura (USS)



Assalamualaikum


Apa khabar korang. Bulan ni nampaknya rajin sikit mengupdate blog. Gigih ok. Tujuan utama dari dulu dan sekarang wujudkan blog ni sebenarnya untuk rujukan / pembacaan sendiri di masa-masa akan datang or bila dah tua-tua nanti. Gittew.

Ok let's sambung cerita Singapura ni. Alkisahnya bila dah ke Disneyland Hong Kong rasa macam tak kena la pulak yang dekat sejengkal ni tak sampai lagi. Selain tu, kawan-kawan dan blogger2 nampaknya dah dua / tiga / empat kali pergi USS tu, adakah ia terlalu menarik sampai nak ulang banyak kali? 

Sebenarnya banyak sangat option nak pergi USS ni. Ada yang drive, stay JB, naik bus ke USS dan naik bus semula dan drive balik KL. Jimat katanya. Ada juga yang naik keretapi sampai ke Singapore. Setelah discuss dengan suami, kami decide naik flight je. Almaklumla nak jimat masa dan tenaga, maka wang ringgit terpaksa dikorbankan.


Pagi-pagi buta rakyat Malaysia digemparkan dengan kehilangan MH370 kami laki bini duk sibuk google2 booking hotel dan booking flight ke Singapore. Kebetulan ketika tu ada promosi di airasiago (flight + hotel). Tah mana kesilapan kami TERbooking hotel je. Flight nya 'nadaaa!' 

Sepatutnya ia adalah travel budget tapi dah jadi travel over the budget. Memang hampeh dan kecewa di situ. Flight pergi balik untuk 2 orang RM338. Untuk hotel pulak RM286.51 semalaman. 

Tiket pulak masa kami beli PEAK season. Tambah pulak Universal Express, jadi RM580 untuk 2 orang. Jadi total mencecah RM1204.51 untuk 2 orang. Itu belum pergi lagi. Hahaha. Universal Express tu memang suami nak beli jugak. Malas nak beratur katanya. So, bolehla i feeling-feeling tourist VIP gittew. Orang penat2 beratur panjang, kita muka sardin je lalu potong barisan. Hakhakhak. Jangan mara :)


TIKET USS

   
                 Non Peak         Peak Season

Dewasa          $68                     $74
Kanak-kanak  $50                      $54
Warga Emas   $32                     $36
Express Pass $30                     $50

Beli tiket USS online sahaja. Pergi website ni --> Tiket USS



Pilih tarikh yang anda mahu pergi. Jika ada mastercard boleh dapat 15% off. Select berapa banyak tiket mahu beli. Tiket ini adalah fix ikut tarikh yang dipilih tau.





Seterusnya pilih Express Pass pun mengikut tarikh yang dipilih. Ok settle!


TIPS / PANDUAN ke USS

1.  Peak Season di USS Jun-Julai dan Desember-Februari. 

2. USS buka jam 10am - 7pm. 

3. Bawak baju extra sebab pasti basah! USS ni banyak aktiviti menyembur pelancong.

4. Bawa botol air mineral kosong. Nanti boleh refill. Jimat takyah beli mineral water.

5. Bawa selipar. Kalau taknak kasut basah kene simbah.

6. Disposable rain coat untuk main Jurassic Park Rapids Adventure / Water World (beli di watsons RM3.30).

7. Bawa cermin mata hitam. Panas oii.

8. Pakai baju yang selesa dan mudah serap peluh

9. WAJIB: Ambil map setibanya di USS.

10. Bawa telekung & stokin. Surau ada disediakan tapi takde telekung. Janganla fikir nak pinjam telekung orang kat sana. Orang masing-masing nak cepat nak sambung main, korang nak pinjam2 pulak telekung. Kesian kat orang nak tunggu. So bawak telekung masing-masing ok?

11. Tandas takde air. Bawa wet tissues atau air mineral.


TIKET MRT

Apabila stay semalaman di Singapore, pastilah kene tahu public transport yang ada. Pengangkutan kat sini MRT / Bus / Teksi. Tiket MRT ada 2 pilihan untuk pelancong.



Option1 
EZ Link. Boleh beli di depan pintu masuk MRT. Harga $12. Charge $5. Jadi boleh guna $7. Boleh guna di MRT, LRT, bus, dan beberapa outlet lainnya. Balance yang kurang dari $3 tak boleh guna. Boleh guna untuk naik Sentosa Express Monorail (train terus masuk ke USS).

Option2
Singapore Tourist Pass (Untilimited). Deposit $10. Diberi balik ketika pulang kad.

                     Kaunter      Internet

1 Day Pass       $10            $20

2 Day Pass       $16            $26

3 Day Pass       $20            $30



RESTOREN HALAL

1. FAR-FAR AWAY ZONE - Goldilocks - Menu: Ayam goreng, Fries, Sandwich n Icecream)

2. ANCIENT EYGPT - Oasis Spice Cafe - Menu: Nasi Briyani

3. HOLLYWOOD - Mel's Drive in - Menu: Burgers, fries - after 6pm discount 20%


SURAU
Lokasi surau: Bersebelahan Revenge of the Mummy dan Sci-fi City


Okeh nanti sambung next entry!



1 ulasan:

  1. Salam puan..puan stay hotel mana ye kat Singapore?

    BalasPadam