Assalamualaikum.
Dalam jam 9.00 gitu kami dah siap2 turun ke bawah. Bagaimana mahu ke sana?
1. Dari Stesen Yau Ma Tei ke MTR Central.
2. Turun di stesen Admiralty. Exit B
3. Ambil bas No 629 - bas ini terus ke Ocean Park (depan Lippo Centre)
Kejup je perjalanan nye. Tak sempat nak pejam mata berehat, eh eh dah sampai. So welcome to Ocean Park!
|
Gedik bersama suami |
Ingatkan jam 10am dah buka rupanya 10.30am pulak baru buka. Mulalah beratur panjang kat entrance Ocean Park ni. Mujurla kami ni standby dah beratur depan2. Bila dah dibukanya entrance, ditahannya pulak ramai-ramai laluan nak ke cable car tu. Lamala jugak. Mujurla duduk depan lagi. Betul2 depan tali. Kat belakang2 nuh dah melimpah tourists yang datang.
Alahai nampak gayanya ni memang kene berlari pecut nak ke cable car. Sebab kat sini dah tak nampak barisan dah. Bila pekerja Ocean Park buka je tali, dah seolah-olah acara larian marathon ok, semua pakat lari sekuat hari seolah-olah nak dapat no.1. Yang pastinya semua berlari sebab nak dapat tempat awal2 naik cable car. Yang tak boleh blah tu, sambil lari, ramai2 duk pakat2 ketawa sebab rasa lucu giler time tu. Sangat terasa acara marathon. Potong-memotong. Auntie2 dengan Uncle2 tu laju pulak berlari. Yang cable car tu pulak boleh tahan jauh giler jaraknye. Berapa banyak kali selekoh daaaa, naik bukit lagi. Sungguhla memang macam acara lumba lari! Redha jerla.
Alhamdulillah suami tercinta dapat tempat ke-6 katanya. Hamba ni tempat ke belas2 la kot. Kiranya tak perlu beratur dapat terus naik. Ya Allah lepas tu panjang gilerrrr kot beratur. (sampai kami nak keluar dari Ocean Park pun beratur masih panjang!) Pada kami masa itu emas ok! Haih pengalaman ni memang tak boleh lupa sampai bila2.
|
Lets go to The Summit! |
Buat yang tak tahu ada 2 main area Ocean Park ni;
1. The Waterfront (tempat berlibur tengok binatang laut)
2. The Summit (theme park extreme ride)
Dari The Waterfront nak ke The Summit ni la yang kene naik Cable Car atau naik train yang dipanggil Ocean Express. Kami memang plan pergi naik Cable Car, balik baru naik train Ocean Express.
|
Roller coaster yang terpacak rambut katanya! |
|
Skip! Takut tudung terjatuh (*alasan tak logik) |
|
Time nak naik, suspended. Sebab angin terlalu kuat katanya. Bahaya! |
|
Cable car yang menghubungkan The Waterfront & The Summit |
|
Ya Allah menakjubkan! |
|
Hello, I am Panda kacuk |
|
Saya: Sambil panjat2 ambil gamba | Suami: Sayang, tak nampak ni? No Climbing! | Saya: Skema! |
|
Old Hong Kong |
|
Besarnya awak! |
|
Bye Bye Ocean Park |
Ocean Park sangat besar. Memang kene spent masa 1 hari di sini, jauh nak berjalan jelajah satu theme park ni. Dalam jam 3 gitu kami dah gerak mahu ke Islamic Centre Canteen. Mahu makan lagi. Orang kata dim sum sedap. Tapi kene datang sebelum jam 3 petang. Kalau ada rezeki dapatlah kami merasa dim sum tu, kalau tak dapat pun ok banyak lagi makanan sedap2 lagi halal lat situ.
Dari Ocean Park, camne nak ke sana?
1. Dari Ocean Park, naik bas 629 balik ke Admiralty.
2. Ambik MTR ke Chai Wan Line. Berhenti di Wan Chai.
3. Ikut direction sama seperti entry
Macau sebelum ni :)
Sampai dalam jam 4pm gitu. Alhamdulillah dim sum masih ada. Yay! Jadi kami makanlah dim sum sampai lebam. Ketika ini hanya ada dim sum sahaja. Jam 6pm baru ada masakan panas. Begitu rupanya. Selagi dimsum ni tak habis boleh je datang jam berapa pun. Masa kami sampai masih banyak lagi dimsum yang ada.
|
Round 1 |
|
Round 2 |
Sedap dimsum ni, mehla datang sini cuba. Perut dah kenyang. Kami siap2 solat di Masjid Ammar ni.
|
Dalam Masjid Ammar |
Masih ada misi belum terlaksana, mari kita ke The Victoria Peak! :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan