Restoren Akasia, Subang Jaya

Assalamualaikum.

Entry untuk kaki makan kali ni ialah Restoren Akasia, Subang.

Tempat ni diperkenalkan oleh suami. Katanya ketika bekerja di Shah Alam inilah restoren kegemarannya dulu, kini dan selamanya.

Lokasi:

Restoren Akasia
Jalan Tiara, Tiara Square
(Taman Perindustrian SIME UEP),
Subang Jaya,
Selangor

Maka setelah kami berpindah rumah ke Shah Alam, inilah restoren kegemaran kami berdua. Restoren ni beroperasi setiap hari kecuali Ahad.  Waktu operasi dari jam 7 pagi - 11:30 malam. Jadi anda boleh sarapan pagi, makan tengahari, dan makan malam di Restoren Akasia ni. 

Menu yang pernah kami cuba di sini ialah;

Mee Kolok: Tak pernah makan di Sarawak. Tapi mee kolok ni sungguh SEDAP!


Tom Yam Akasia: Pekat, pedas, masam & masin secukup rasa. LAZAT!

Slurrrppp..memang suke sangat makan sup masam ni :')


Hmmm..masa makan ni dah sejuk. Tak berbaloi :p

Oh ya, biasanya masakan panas available lepas jam 2petang gitu. Kalau datang tengahari sila makan nasi tengahari. Lauk tengahari memang banyak. Aneka & pelbagai tau. Boleh cuba jika anda bekerja / outstation sekitar Subang. Kalau nak datang malam, sila datang awal kerana restoren ini memang full house! Silap2 kene tunggu pulak meja kosong.  Famili2 memang suka datang makan kat sini.

Kalau korang first time datang sini, cuba dulu mee koloknya ok! Itu memang signature dish Restoren Akasia.

Restoren Akasia ni pun dah pernah masuk dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan TV3 tu. Bertambah-tambah femesla. Bertambah2 ramailah orang :)

Kami pernah juga try nasi goreng kunyit, nasi goreng akasia & beberapa makanan western. Tapi fotonya hilang entah kemana dong. Ini sahaja yang dijumpai. 

Selamat menjamu selera!

*gamba makanan ni akan diupdate jika saya menjamu selera di sini lagi :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan