#2 Hong Kong Trip Day 1 - LCCT, Casa Hotel

Assalamualaikum.

Isnin, 17 Feb 2014

Trip 6D5N ke Hong Kong telah tiba. Flight jam 4.25pm. Ayahanda & Bonda offer tolong hantar ke LCCT. Alhamdulillah tak perlu nak park kereta kat LCCT ni. Lagipun Senawang dengan Sepang tu sejengkal je. Flight berlepas ke HK sharp ikut itinerary. No delay. Sebelum tiba di HK makan dulu Nasi Lemak Pak Nassers & Bukhara Chicken Briyani. Alhamdulillah kenyang!


Perjalanan lancar. Oh buat yang tak tahu waktu di HK sama dengan waktu Malaysia. Cuma waktu solat sedikit berbeza. Tiba di HK 20 minit awal dari yang dijadualkan. Setel ambil luggage. Terus ke MTR Station untuk beli Octopus Card. Disember 2013, Ayahanda baru pulang dari HK dan Octopus Card nye tidak refund. Kiranya tak sampai HK lagi tapi dah dapat Octopus Card. Tapi perlu cari juga untuk suami. Then cari kedai 1010 untuk beli Traveller Simcard pulak.

Kedai 1010 ini ada di Departure Hall (Level 7). Passport mungkin diperlukan.


Traveller Simcard

Kalau korang nak tahu tiket-tiket theme park dan tempat2 menarik HK ni boleh beli terus di HK Airport. Cari China Travel Service (CTS) di Arrival Hall. Kami terlupe nak survey. Nak cepat sampai hotel.

Kami stay di Casa Hotel di Nathan Road, Kowloon. Ada 2 cara nak pergi Casa Hotel.

Option 1:
1. MTR dari airport = 60HKD
2. Berhenti di stesen Yau Ma Tei
3. Ambik exit C, jalan kaki dalam 1 minit ke Casa Hotel
Cost: 60HKD per pax

Option 2: (Prefer!)
1. Naik bus A21 (Citybus) turun Man Ming Lane Yau Ma Tei
2. Turun bas, jalan kaki ke kanan dalam 300m untuk sampai ke hotel. Kena cross jalan sebab hotel tu kat seberang jalan.
Cost: 33HKD per pax

So kami naik bus. Dari Arrival Hall terus ke depan akan jumpa MTR station. Jika mahu ambil taxi, sila ke belah kiri dan bus belah kanan. Jangan risau, hanya alert dengan signboard je. HK memang juara bab2 signboard ni. Confirm tak sesat lah.


Bus A21 Citybus
Sampai2 je tengok bus dah ada. Ewah tak perlu tunggu lama! Jangan risau bus besar. Angkut je semua luggage bwk naik. Ada tempat letak luggage dan juga ada CCTV untuk anda monitor luggage anda. So selamat kan? Ada free wifi juga. Dicadangkan naik bus sebab murah dan boleh nampak scenery HK waktu malam. Naik MTR duduk senyap je la. Dahle laju tak nampak ape.


Sampai stesen bus Yau Ma Tei, jalan dalam 300m dah nampak Casa Hotel. Bas A21 ni, tempat naik bus di tempat lain, tempat turun bus di tempat lain. Bukan di tempat yang sama. Biasa bertentangan arah je. Mereka beratur dengan elok no rebut-rebut. 


Casa Hotel, hotel bertaraf 3 bintang. 6D 5N berjumlah HKD3,850 = RM1,600++. Tu dah termasuk service tax 10%. Masa book bilik di Booking.com hanya Standard Twin Room then mereka upgrade kepada Deluxe Twin Room ketika check-in. Bilik pulak tingkat 14 (tingkat tertinggi). Harga dikekalkan (takpasti apa beza antara Standard & Deluxe).

Apa yang pasti hotel ini cukup selesa untuk stay selama di HK. Ada towel, berus gigi, ubat gigi, shampoo, foam bath, heater, tv, hair dryer, fridge mini & kettle. Boleh letak 2 luggage & ade space sikit untuk solat. Bilik dibersihkan setiap hari. Towel ditukar setiap hari. Free wifi. Bilik memangla SANGAT-SANGAT-SANGAT sempit kalau dibandingkan dengan Malaysia! Yang penting mereka ada staf 24 hours di Reception Desk, jadi nak check-in or check-out bila2 masa tiada masalah!

*Psstt pssttt: Traveller Malaysia yg kami jumpa di HK katanya terpaksa tunggu 3 jam untuk check-in Embassy Hotel kerena tiada staf menunggu. Siap mereka kene marah lagi. Habis lari itenerary mereka. Dah check-in bilik bersepah pulak tak kemas pun lepas org check-out. Takde heater. Tak ke haru tuu. Esoknye mereka check-out dengan perasaan marah & kecewa. Tak ke spoil gitu?

Mujurlah suami bertindak bijak pilih hotel ini. Syukur sangat. Banyak sangat hotel / motel / hostel yg murah2. Cuma kene pndai pilih dan nasib2la. Harga bilik di HK memang TERLAJAK mahal. Pertimbangkan juga aspek keselesaan jika bawa anak2 bersama. Jika boleh carilah tempat menginap di daerah Kowloon (Tsim Sha Tsui, Mong Kok, Jordan) atau di Hong Kong Island (Central, Wan Chai, Northpoint, Causeway Bay). Jadi gudluck u guys!


Address:


Alhamdulillah Day 1 di HK berjalan dengan sempurna tanpa sebarang masalah. Lepas check-in, solat Jamak Isyak & Maghrib. Makan meggi kari dengan Milo 3 in 1. Makan panas2 sebab suhu SEJUKKK sangat. Then Zzzzzz dengan lena dan nyaman.

Bersedia untuk Day 2 di HK :)



Lain-lain entry berkaitan Hong Kong Travelogue 2014;

Persediaan Ke Hong Kong - Macau - Feb 2014

Hong Kong Trip Day 2 - Ding Ding Travel, Disneyland, Ladies Market

Hong Kong Day 3 - Ngong Ping Village, City Gate Outlet, 1881 Heritage, Avenue Of Star & Symphony Of Light











Tiada ulasan:

Catat Ulasan