Trip ke Delhi - Kashmir - Agra 2019 : Teaser



Assalamualaikum. Keep calm cause I'm on vacation. OK TIPU. Seminggu dua ini masih jelas tanda-tanda terkena post vacation syndrome. Macam mana nak move on jika tempat musafir viewnya cantik dan gorgeous umpama paradise on earth. Itulah perumpamaan yang sesuai untuk Kashmir. 


Alhamdulillah minda terasa lapang dapat lihat betapa Hebat dan Maha Agungnya Allah mencipta alam kediaman manusia di inci muka bumi berbeza. Paling penting, dapat faedah ilmu tentang adab dan budaya Kashmiri. Aritu pergi Jepun terkesan sangat dengan budaya Jepun. Kali ini terkesan betul dengan perjalanan ke Kashmir. Kashmir tidak pernah terlintas di fikiran. Tiada dalam travel wishlist. Nadaaa~


Segalanya bermula bila terima whatsapp group dari Abah. 'Abah nak bawa ibu pergi Delhi-Kashmir'. Kehidupan #gengpencen masa kini๐Ÿ˜… Baru sahaja ke Istanbul, ni nak ke India pula. Doakan abah & ibu terus afiyah untuk meneroka dunia. Lantas intinerary dikongsi bersama. 


Alamak, ada Taj Mahal! Terus cair. Tidur malam teringat Taj Mahal. Sebelum ni duk tengok dalam National Geographic. Ini ruang dan peluang untuk tengok dan sentuh Taj Mahal dengan mata dan jari jemari sendiri! Over. Taj Mahal is one of the seven wonders of the world. Memang wujud dalam travel wishlist. MESTI PERGI. MESTI PERGI.


Dipendekkan, semua urusan Allah permudahkan. Dr Aifaa Liah pun dapat cuti. Kita pun dapat approval pakwe untuk bermusafir. Jadi, ayuh kita ke Kashmir bersama geng acikmakcik pencen!๐Ÿ˜‚ Seronok pulak travel dengan mereka. Haih!


Discovered this beauty with HIS grace

Sedikit penceritaan tentang bumi Kashmir


Kashmir wilayah kecil merupakan sebuah lembah yang terletak antara Banjaran Himalaya dan Banjaran Pir Panjal di kawasan paling utara negara India.

Kini wilayah Kashmir ditadbir oleh India, Pakistan dan Republik Rakyat China. 
  • India mentadbir Jammu dan Kashmir(Lembah Kashmir, Jammu dan Ladakh)
  • Pakistan mentadbir Gilgit-Baltistan dan wilayah Azad Kashmir
  • China mentadbir Aksai Chin dan kawasan Trans-Karakoram

Kita zoom in wilayah yang ditadbir oleh India tadi.

Kashmir
Majoriti penduduk Kashmir beragama Islam.

Jammu
Majoriti penduduk Jammu beragama Hindu

Ladakh
Terbahagi kepada Leh and Kargil. Kargil lebih ramai Muslim (mostly Shia). Manakala Leh majoriti Buddhist

Sumber: wikipedia

Tempat-tempat menarik di Kashmir kesukaan orang Malaysia... Srinagar yang masyhur dengan Dal Lake. Kemudian Pahalgam, Sonamarg dan Gulmarg. Majoriti Muslim. Senang nak solat. Paling penting makanan di sana 100% halalan toyyiban!

Industri pelancongan antara sumber pendapatan utama Kashmir, selain daripada pertanian, penghasilan sumber makanan dan fabrik.



2 ulasan:

  1. Wahh.. tak sabar nak tunggu next entry pasal kashmir ni.. Cantik sgt kan.. subhanallah..

    BalasPadam