Trip ke Delhi - Kashmir - Agra 2019 : KLIA & NEW DELHI



Namaste. Berdebar menanti hari yang ditunggu. Bercampur baur dengan keterujaan keindahan alamnya yang dikatakan bak syurga dunia. Juga kegusaran peristiwa Pulwana Attack pada 14 Februari 2019 - 40 tentera maut.  Kemudian Pakistan menembak jatuh dua pesawat tentera India 26 Februari baru-baru ini. Siapa tidak gentar kan. Konflik Kashmir ini sudah berlanjutan selama 70 tahun. Lebih lama dari konflik Israel-Palestin. Hanya mampu berdoa agar Allah bantu rakyat Kashmir yang majoritinya Islam & selamatkan perjalanan kami daripada segala bencana. Aamiin Ya Rabb.




Hari yang ditunggu telah tiba. Bye Malaysia. Berlepas ke Delhi 6.50 petang waktu Malaysia. Perjalanan antarabangsa KUL - DELHI selama 5 jam 30 minit. Naik MAS. Sebelum terlupa, nak masuk India perlu ada visa. Boleh buat e-visa. Pergi dengan tour semua agent dah settle kan :)





Tiada direct flight ke Kashmir. Rakyat Malaysia nak pi Kashmir boleh turun di Delhi dulu. Kemudian esoknya baru naik domestic flight ke Kashmir. Selesai urusan di imigresen, kumpul dulu dengan kawan-kawan di ruang legar Arrival. Pastu baru gerak sama-sama ke kawasan luar. Tour guide kiteorang dah kena. Dia keluar nak pergi cari young couple. Tak perasan diorang ada kat tepi toilet. Keluar-keluar tak boleh masuk dah. Hahaha. Kiteorang tolong tarik keluar beg dia. 



Hello India ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ณ Welcome to the most polluted country on earth. Suatu hari di Delhi umpama merokok 100 batang rokok. Keluar dari Indira Gandhi International Airport boleh rasa perbezaan kualiti udara. KETARA. Tekak terasa perit. Mata terasa senak. Just minum banyak air. Menerusi pembacaan 1.24 juta penduduk India maut tahun 2017 kerana pencemaran udara. Ini sangat serius!



Bermalam di Udman Hotels and Resorts by Ferns N Petals. Hiasan dalaman nampak gah di mata. Bilik yang luas, selesa tapi kurang bersih. Sebabnya ada rambut-rambut halus lelaki tertinggal atas bedsheet. Mulalah nak bersyak wasangka. Tapi tidak mengapa. Kita kebas-kebas ajelah. 

Paling penting ada FREE WIFI. Sedikit info pasal simcard. Simcard kalau beli di Delhi tidak boleh guna pun di Kashmir. Telco berbeza. Jika beli simcard di Kashmir ambil masa lebih kurang 3 hari untuk aktif. Jadi pilihan terbaik guna sahaja FREE WIFI. Pilihan pocket wifi ke lain-lain negara boleh check di sini -> Roaming Man


Bilik air yang bersih dan selesa. Kelengkapan yang ada cukup. Ada kettle dan nescafe untuk minum air panas.



Perbezaan waktu, India 2 jam 30 minit lewat berbanding waktu Malaysia. Di India baru jam 9.30 malam. Di Malaysia sudah jam 12 tengah malam. Tengah malam baru dapat makan Mutton briyani dari Karim's Mughal Restaurant. Patutla perut lapar mencerut. Dapat pula menikmati keunikan masakan yang dikatakan resepi turun temurun dari istana moghul zaman Shah Jahan. Sedap dan kenyang. Sesuai dengan citarasa orang Malaysia. Alhamdulillah.



Breakfast keesokan harinya. Macam biasa tengok kan di Malaysia. Saya tak cerewet bab makanan. Boleh pulun semua. Asalkan sahaja ia halal dimakan. Pagi ni kita try semua menu. Selesai sarapan, bergerak ke airport.


Bas besar dan mewah untuk bawa kami 17 orang ke airport. Di Delhi juga peraturannya mengharamkan pemasangan cermin gelap dan langsir dalam bas. Rentetan tragedi seorang wanita Delhi dan temannya yang dirogol beramai-ramai dalam bas kemudian dihumban keluar tingkap ๐Ÿ˜ฐPastu teringat pulak kisah tragik pembunuh kejam dalam bas di Malaysia sekitar tahun 2000. Korang ingat tak? Jangan lupa ya sentiasa baca doa sebelum keluar rumah ya wanita-wanita bidadari syurga sekalian. 



Dicadangkan gerak awal ke domestic airport terminal 2. Sesampai di airport, que di luar airport sahaja sudah panjang berjela. Nak masuk airport kena check dulu. Alhamdulillah pergi dengan tour dapat kaunter check-in khas. Mudahla urusan kiterorang. Masing-masing dapat free 15kg baggage. Kalau boleh check-in je semua barang. Kecuali power bank. Jangan sesekali buh dalam beg yang masuk kargo. Antara airlines yang ke Kashmir; Vistara, Indigo, AirIndia,  dll. Pernah terbaca jangan ambik AirIndia sebab selalu delay~  Di airport ni macam-macam ragam manusia boleh tengok. Tiba-tiba ada pulak drama passenger menjerkah pekerja di kaunter check-in. Tak taula apa masalahnya. Yang penting suara dia kuat macam petir halilintar. Seram weh. Anehnya, suasana tiba-tiba jadi senyap & sunyi. Wakahkah.





Mohon jangan salah masuk toilet ya. Tandas di airport bersih sebersihnya. Ada tandas cangkung. Paip pun ada. Jadi tak perlu bawa botol kosong dalam beg galas.






Penerbangan Delhi ke Srinagar, Kashmir lebih kurang 1 jam 30 minit. Oh seronoknya dapat kopi, air mineral dan makanan! Sambil-sambil tu jangan lupa isi 'REGISTRATION FORM FOR FOREIGN NATIONALS - ON ARRIVAL'. Kene serah di imigration Kashmir nanti. 

Tiba di Kashmir kami dijemput oleh team di Srinagar. Ada 2 van. Setiap van boleh naik 8 orang. Terus ke Dal Lake.



Kena naik shikara (water taxi) untuk sampai ke houseboat. Beg semua diorang settlekan. Dari jeti terus sampai ke bilik dalam houseboat. Bawa diri je naik shikara. Service terbaik nih ๐Ÿ‘


INFO: INDIA & KASHMIR SEMUA BENDA PERLU TIPS. JADI SEDIALAH DUIT KECIL DALAM POKET! 

*Pakej dah include tips tapi untuk certain things only

Tiada ulasan:

Catat Ulasan