Bau Perfume Louis Vuitton


Setelah 70 tahun lamanya tidak mengeluarkan koleksi perfume, akhirnya Louis Vuitton lancarkan koleksi perfume terbaru mereka. Pertama kali bila disembur dengan perfume Louis Vuitton..baunya sangat indah, luxury dan divine. Walaupun 12 jam berlalu masih lekat baunya. Even dah basuh baju pun masih ada tinggal baunya.  

Harga perfume Louis Vuitton kayangan. Harga perfume di butik Louis Vuitton Malaysia bermula dari RM1,150 (*update harga 2021) . Jadi kalau ada yang jual Agopee RM260 sebotol untuk 100ml tu..paham-pahamla sendiri👻Ramai yang menjual perfume secara online. Seller di Shopee mahupun Lazada banyak jual miniature perfume Louis Vuitton dengan harga hmmmmmmm. Bukan jenama LV pun banyak. Tak original tapi claimed original. From Dubai tapi from GM Klang sebenarnya. Hati-hati ya jangan kena scam.

Original Louis Vuitton, botolnya saja dah nampak mewah. Botol kaca tebal dengan penutup magnetik. Jika beli di butik boleh engrave nama pada botol menjadikannya lebih peribadi. 







Kredit: Louis Vuitton website

Dah alang-alang diberi samples perfume Louis Vuitton sajalah nak kongsi bau yang paling best. Samples yang diberi;



Haruman Wanita

1. ROSE DES VENTS
2. LE JOUR SE LEVE
3. ATTRAPE-REVES
4. APOGEE

Haruman Lelaki

1. OMBRE NOMADE
2. L'IMMENSITE


Susahnya nak pilih bau yang best. Sebab semuanya bau indah menusuk kalbu. Bau perfume LV jauh berbeza sama sekali dengan dengan perfume lain di pasaran. Setiap satunya sangat wangi dan unik. Wangian LV saya paling obses ketika ini adalah Roses Des Vents. Bau fruity rose. Sampai malam masih bau rose. Tak segan silu bila jumpa orang nak peluk-peluk cium pipi walaupun petang badan dah berlengas. Sebab rata-rata masih cakap wangi! Sembur sekali sudah memadai. Ingat tau, dalam Islam perempuan tidak boleh pakai bau-bauan sehingga menarik perhatian lelaki. Memadai sendiri yang bau wangi. 

Haruman lelaki pula saya prefer OMBRE NOMADE. Hubby sangat suka dengan bau Ombre. SUKA SANGAT! Bau oud. Aaahh bau yang sangat luxury and divine. Makin lama makin indah dan wangi baunya. Bau ni memang kuat sungguh. Dah basuh baju pun masih ada bau. L'IMMENSITE Bau citrus classic sporty tetapi masculin.

TRIVIA tentang minyak wangi;

Ada 4 kategori pewangi;
1. Parfumes. Kepekatan wangian paling tinggi supaya tahan lebih lama sehingga 12 jam. Harganya lebih mahal. 

2. Eau de Parfum (EDP). Jenis wangian yang paling popular kerana lebih murah jika dibandingkan dengan parfumes.

3. Eau de Toilette (EDT). Ia tidak boleh bertahan terlalu lama. Hanya mampu bertahan di antara 3 hingga 4 jam.

4. Cologne. Paling murah. Perlu spray/sembur dengan kerap untuk kekalkan bau.

Terma perfume: Top notes, middle notes dan base note.

Spray perfume pada sikat rambut, supaya rambut sentiasa wangi :)

Terima kasih to my generous and kind Sales Associate yang bagi samples perfume LV. Suka sangat. Bukan suka-suka diberi tau. Purchase barang di butik baru dapat. Itu pun atas courtesy depa nak bagi atau tidak. Korang suka pakai perfume apa? 


2 ulasan:

  1. semua edp ke u?
    mcm best je kalau dapat yg miniature set tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perfumes LV jenis parfumes. Memang melompat masa dapat miniature set ni. Doblas semuanya :)

      Padam