Pengalaman Guna Penapis Udara : BLUEAIR JOY S Review



Setiap orang berhak menghirup udara yang bersih dan berkualiti. Udara yang panas, lembap & berhabuk...suami pula senang kena alergi dan resdung terutama ketika cuaca panas dan berjerubu adalah alasan kukuh kenapa perlu beli air purifier. Kami ambil masa lama untuk pilih penapis udara / air purifier yang sesuai dan praktikal. Banyak jenama penapis udara yang bagus di Malaysia seperti COWAY, CUCKOO, DYSON, PANASONIC, SHARP, PHILIPS, ELECTROLUX, DELONGHI dll. Of course setiap jenama penapis udara yang ada di Malaysia ada keistimewaan dan kelebihan tersendiri. Harga setiap satunya juga berbeza. Akhirnya kami berdua sepakat mencuba air purifier BLUEAIR JOY S untuk letak dalam bilik tidur. 


Blueair Joy S Air Purifier. Design yang slim & modern serta ringan, mudah alih beri nilai tambah pada Joy S.


SEBELUM TU.....Kita tengok dulu kenapa pentingnya air purifier dalam rumah kita.

Kajian menunjukkan majoriti mikroplastik berbahaya dalam tubuh kita datang daripada udara yang disedut, bukannya dengan meminum air dalam botol plastik atau memakan ikan dari laut yang tercemar. Lebih membimbangkan, manusia juga dikatakan menyedut sehingga 130 zarah plastik sehari dan ia kekal di dalam tubuh! Hakikatnya, ramai yang tidak tahu bahawa mikroplastik juga terdapat di dalam udara. Hasil kajian Ecole Nationale des Ponts et Chaussees pada 2018, kadar pencemaran mikroplastik dalam kediaman didapati lebih tinggi berbanding di luar rumah. - Harian Metro, 2018.


WHO juga menganggarkan hampir 7 juta orang seluruh dunia meninggal dunia berpunca dari pencemaran udara pada 2012 sahaja. Asia Tenggara dan Pasifik Barat merupakan kawasan yang paling terdedah kepada kesan pencemaran udara, dengan angka kematian mencecah 3.3 juta berpunca dari pencemaran ruang dalam rumah dan 2.6 juta dari pencemaran udara luar rumah.


Wow boleh kata udara dalam rumah lebih beracun dari udara luar rumah. Macam suri rumah, atau working at home mom (wahm) kebanyakkan masa di habiskan dalam rumah. Kalau tingkap kerap tutup untuk elakkan habuk, kita rasa stuffy duduk lama-lama dalam rumah. Tak gitu. Aircond kena pasang 24 hours. Jika buka tingkap, habuk pula berlumba-lumba masuk bertepek di perabot dan barang-barang lain dalam rumah. Oklah sebab ramai dah bagi review kebaikan air purifier jadi kita cuba.


Kita tengok technical spec untuk Joy S

ROOM SIZE: 16m2 / 172 sqft
CADR (SMOKE): 195 M3/H
CADR (DUST): 200 M3/H 
CADR (POLLEN): 220 M3/H 
AIR CHANGES PER HOUR: 5
DIMENSIONS (H X W X D): 43.3 X 20 X 20 CM 
WEIGHT: 2.4 KG
ENERGY CONSUMPTION: 1.5 - 10 W
SOUND LEVEL: 17 - 46 DB(A)
ELECTRONIC SENSORS, REMOTE, ON/OFF TIMER: No
FILTER REPLACEMENT INDICATOR: YES
SPEEDS: 1 - 2 - 3
CASTERS: NO
AIR OUTLET: TOP
AIR INLET: 360°


Setiap 1 jam air purifier ini menyaring udara sebanyak 5 kali. Bergantung juga pada luas suatu kawasan. Jadi Joy S ni sesuai dan praktikal letak dalam bilik tidur. Paling penting Joy S ni jimat energi. Normal speed, penggunaan elektrik hanya 1.5W. Jadi bil elektrik tidak mendadak naik dengan ketara walaupun setiap hari terpasang 24 jam selama 6 bulan. Pocket friendly😀Oh fyi, kami dah pakai Joy S ini selama 6 bulan. So far so good. Kami berpuas hati. Ketara perbezaan udara bila ada air purifier dalam bilik tidur.  Habuk juga berkurang. Dari segi kebisingan bunyi pulak jika normal speed memang senyap. Anda tak akan perasan kewujudan air purifier dalam bilik. Jika speed 2 baru wujud bunyi. Tapi boleh tolerate. Speed 2 masih boleh tidur nyenyak. Tidak mengganggu. Speed 3 bunyi 46 DB.



Filter pulak adalah bahagian terpenting pada air purifier. Joy S ada filter elektrostatik. Warna kelabu adalah fabrik yang menangkap habuk 360 darjah. Fuhh, selepas pasang beberapa minggu memang penuh habuk melekat pada fabrik. Boleh slash, slash dengan jari. Fabrik ni boleh ditanggalkan dan basuh. Jadi perlu sentiasa bersihkan secara berkala.





JOY S Particle + Carbon filter harga RM110 boleh ditukar selepas penggunaan 6 bulan.  Joy S ada filter replacement indicator. Selepas 6 bulan lampu merah akan kelihatan.  Mudah untuk tahu bila perlu tukar. Blueair Joy S Filter boleh beli dari Lazada. Distributor Blueair di Malaysia ialah Visionary Solutions Sdn Bhd.  



JOY S consists of an advanced filter. With unique HEPASilent Technology using both mechanical and electrostatic filtration, it catches virtually every airborne contaminant down to 0.1 microns in size: pollen, dust, pet dander, mold spores, smoke, allergens, and bacteria. Empowered with an active carbon filter it even removes odors, gases, and VOCs. And thanks to the unique 360\u00b0 air intake, JOY S is fully efficient wherever you place it.


Berapa harga Blueair Joy S Air Purifier? Boleh refer di di bawah;

 Harvey Norman, SenHeng, ESH


Gitulah serba sedikit pengalaman guna penapis udara. Kat bilik tidur je letak penapis udara? Eh taklahhh ruang tamu pun ada 👻 Nanti yer kita kongsi kemudian. Korang ada pakai penapis udara? Boleh share jenama apa dan kenapa pilih yang itu? Sharing is caringkan. TQ :) 


3 ulasan:

  1. Suka sangat review ini. Thanks for sharing.

    BalasPadam
  2. nasib ada orang review brand ni.. masih berbelah bagi nak beli brand ni ke xiaomi or sharp. confuse. haha

    BalasPadam