Berjalan dengan Harga Tiket Kapal Terbang Murah


Assalamualaikum. Menongkah arus kesibukan hidup di kota memang meletihkan minda, jiwa dan emosi. Cara kurangkan stress pergi travel. Bunyi macam banyak duit je hehe. Tapi sebenarnya kan tak perlu banyak duit kalau nak travel. Banyak sangat info traveler kongsi di media sosial macam mana nak jadi smart traveler. Contohnya: “Kembara Teluk Balkan dengan modal 3K” Fuh. Dahsyat kan!

Alhamdulillah, bersyukur sangat sebab Allah beri peluang dan ruang pada Azie dan suami untuk travel. Benar kata orang bila travel bukan sahaja luas pemandangan tetapi juga luas pemikiran. Setiap perjalanan mampu memberi input kepada diri khususnya mengenal karakter diri dan pasangan, lebih menghargai alam sekeliling, mempelajari sesuatu budaya dengan lebih global. Gitu.

Kalau berkongsi gambar travel di Facebook atau Instagram mesti ada yang bertanya, travel sendiri / DIY (Do It Yourself) atau menggunakan khidmat Travel Agent. Kami berdua suka travel urus sendiri. Bila travel urus sendiri memang keluar dari zon selesa dan cabar diri sendiri kerana semua keperluan travel buat sendiri dari beli tiket flight, buat visa, sampailah penginapan, tempat makanan halal, waktu solat, tempat shopping, tempat menarik yang perlu dikunjungi, harga tiket masuk taman tema, waktu operasi kedai makan semuanya melalui research sendiri.


Lepas buat keputusan destinasi travel, pertama yang kami research ialah tiket kapal terbang. Kalau dulu orang kaya sahaja naik kapal terbang, zaman sekarang semua orang boleh terbang macam slogan Air Asia. Bukan orang travel sahaja guna kapal terbang, orang yang ada urusan kerja, urusan perniagaan malah menjadi pengangkutan utama pelajar yang mahu balik kampung cuti semester. Tidak dinafikan ada masa tiket kapal terbang sekarang lebih murah berbanding tiket bas. Baik naik kapal terbang kan, lebih jimat masa dan tidak meletihkan. Buka mata je dah sampai destinasi dituju :D

Soalannya macam mana cara untuk dapatkan tiket kapal terbang murah? Masa tengah research untuk kembara seterusnya, Azie ada jumpa satu website yang menawarkan tiket kapal terbang murah. Korang pernah dengar TRAVELOKA? Kali ni kita review sikit Traveloka. Rupanya Traveloka satu platform yang berkonsepkan travel. Jadi ada kemudahan book hotel dan book tiket kapal terbang. Boleh guna Traveloka untuk mendapat cheap flight tickets



Ciri-ciri yang Azie suka dengan Traveloka ni, masukkan tarikh travel, destinasi kita nak pergi, bila search flight, Traveloka terus bandingkan harga tiket kapal terbang antara syarikat-syarikat penerbangan lain sekaligus mudah kerja kita nak cari the cheapest flight tickets.

Paling penting, Traveloka dah declare tiada caj tersembunyi, dan dapat book untuk seluruh Asia Tenggara dan ke benua yang lain. Urusan jual beli di Traveloka dijamin selamat. Lepas ni urusan beli tiket kapal terbang dah boleh buat sendiri. Tak perlu nak guna khidmat orang lain / travel agent. Zaman sekarang ni ramai scammer. Scammer jual tiket flight makin menjadi-jadi sebab ramai yang nak travel. Ada kes dapat tiket pergi sahaja. Tiket flight pulang ke Malaysia tidak diberi. Banyak dah kes traveler terkandas di airport. Kalau korang selalu travel mesti pernah dengar kes macam ni kan. Selalu viral di group travel Facebook. Jadi perlu berhati-hati. 

Azie tengok Traveloka ni platform untuk mudahkan kita bandingkan harga. Boleh book hotel dan juga flight tiket dari syarikat yang berbeza. Boleh dikatakan one stop travel planning la kan. Patutlah makin menjadi sebutan ramai. Azie dah buat research, ada apps Traveloka. Boleh download di Google Play atau Apps Store. Khidmat pelanggan di Traveloka 24 jam, 7 hari seminggu. Jika ada masalah atau pertanyaan berkenaan booking boleh terus hubungi Traveloka tak kira masa. Ada tab “Promotion”. I like promo nih. Lagi murah, lagi bagus. Hehe.



Kini plan untuk ke mana sahaja di pelusuk dunia di hujung jari, dan pada masa ini, tidak perlu pergi ke banyak website, cuma perlu browse di website Traveloka. Tak rugi untuk mencuba Traveloka, sangat terjamin, mudah, jalan penyelesaian bagi yang ingin travel last minute. Tidak perlu lagi untuk mengisi minyak, pergi ke ofis travel agency atau airport untuk mencari dan booking flight ticket. Yayyy! Terima kasih Traveloka sebab dah mudahkan kerja saya untuk berjalan dengan harga tiket kapal terbang murah!

Siapa dah pernah guna Traveloka?🙋

Tiada ulasan:

Catat Ulasan