Translate

No-No-NO!

#4 Tips Persediaan Ke Jepun


Assalamualaikum Konnichiwa!





Azie memang zero knowledge tentang Jepun. Sejenis yang tak baca manga. Alhamdulillah berjaya survived 16 hari musafir di sana. Hehe. Jadi Azie nak kongsi tips persediaan sebelum travel ke Jepun. Namun begitu, pengetahuan kami masih terhad, so kalau ada info yang korang nak sharing sama boleh share dalam ruang komen oke. Moga bermanfaat kepada pengembara yang akan kembara ke Jepun dalam masa terdekat :D

Lapangan Terbang di Jepun

Sebelum beli flight ticket buat keputusan dulu berapa lama nak pergi dan nak pergi kawasan mana. Bukak dan tengok map negara Jepun.

Ada 3 lapangan terbang utama;
i. Haneda International Airport (berdekatan Tokyo)
ii. Narita International Airport (sedikit jauh dari Tokyo terletak di Chiba)
iii. Kansai Airport (berdekatan dengan bandar besar Osaka, Kyoto, Nara, Kobe)

Itu yang kami decide pergi 16 hari (14 hari full day + 2 travelling day) untuk rasa pengalaman di Tokyo (Wilayah Kanto) dan Osaka (Wilayah Kansai). Jadi kami mendarat di Tokyo dahulu kemudian pulang dari Osaka. Perjalanan sehala tak perlu patah balik. Jimat masa & kos. Jarak Tokyo ke Osaka lebih kurang 500km ++ . Perjalanan dari Tokyo ke Osaka memakan masa 7 jam jika menaiki bas, lebih 2 jam jika naik keretapi laju/bullet train (Shinkansen). Boleh juga naik domestic flight Peach Airline.

Jepun ada 4 musim

Musim bunga(bulan Mac hingga Mei)
Musim panas(bulan Jun hingga Ogos)
Musim luruh(bulan September hingga November)
Musim sejuk(bulan Disember hingga Februari)

Sebelum beli tiket kapal terbang, kami pilih untuk travel musim bunga sebab SAKURA :D Check cherry blossom forecast. Tentukan berapa lama nak travel di Jepun. Bila air asia buat promo free seat terus pilih tarikh yang kita dah decide. Harga terpaksa redha & pasrah kerana cherry blossom PEAK season di Jepun. Nak cari tiket betul-betul murah ke Jepun, pergi musim summer. Kata orang panas di Jepun lebih panas membahang dari Malaysia. Hehe.


3 bulan sebelum berangkat pengetahuan masih zero tentang Jepun. Panik! 


Bermulalah research tentang train/subway Jepun dan pass di Jepun. Train/subway Jepun sangat complicated dan pening pada awalnya. Ada banyak giler jenis pass yang boleh digunakan di Jepun. Setiap kawasan ada pass tersendiri yang boleh dimanfaatkan. Makin banyak info tentang line/subway makin serabut. Makin berselirat. Makin konfius. Tapi makin thrill, adventurous & excited. Tempat-tempat yang korang nak pergi jadi makin banyak, makin bertambah pastu jadi tamak macam semua tempat nak cover. Haha. ecide dulu kawasan mana nak pergi & baru pertimbangkan pass pengangkutan yang perlu. Pass pengangkutan tak cover semua area, jadi kena teliti laluan train mana yang cover. Pastikan pass yang kita beli cover keseluruhan destinasi perjalanan kita. Baru jimat dan berbaloi. Boleh je tak guna pass yang disediakan. Tetap sampai destinasi. Tapi dari segi kos mungkin berganda-ganda lebih mahal. Sebab tu penting research tentang pass pengangkutan. Yang mana boleh jimat, kita jimat kan. Hihi.

Dah ada pass baru cari tempat penginapan. Kalau boleh cari tempat penginapan dekat dengan station. Bila korang dah faham semua memang mudah! Good luck :D

Sangat bagus untuk beginner 👍 : http://www.japan-guide.com/


Train / subway apps

Sebelum pergi Jepun guna Hyperdia web dan Google Maps untuk check waktu train, estimate kos dan train apa yang ada untuk pergi ke destinasi. Setiap kali hujung minggu kami berdua study detail tentang Jepun. Bukan apa sebab takut sesat dan tak boleh nak imagine langsung tentang Jepun. Kami pulak pertama kali baru nak pergi pastu nak jalan dari Tokyo - Fuji - Kyoto - Nara - Kobe. Memang perlu banyak effort. Kami faham di sana ada language barrier. 

Masa pergi MATTA FAIR baru ni, ada booth Japanese suruh kami guna apps ni utk DIY travel. Bab-bab train/subway ni Azie serah kat suami. Selama di Jepun suami hanya guna 2 apps sahaja untuk cari destinasi. Apps;
i. NAVITIME for Japan Travel (ikon gunung fuji)
ii. Google Maps
Tak perlu install banyak2 apps. Hyperdia web tu memang kami tak gunakan langsung selama di sana. Alhamdulillah sekali pun tak silap naik train. Naik di platform yang betul. Tukar train dengan betul. Naik gerabak yang betul. Kalau train reserved seat dapat cari gerabak dengan betul dan tempat duduk dengan betul. Kredit kat suami *clap* *clap* Cekap dan cepat adapt walaupun pertama kali sampai Jepun. Suami memang the best tourist guide i've ever had. Kagum giler. Tiada pengalaman kena halau keluar train/ gerabak. Alhamdulillah. Tiada extra kos di sini.



Penginapan

Persediaan saat akhir. Lagi 3 bulan baru kami cari penginapan. Tengok Booking.com mostly sold out kecuali hotel yang bintang berkelipan. Tak mampu nak bayau. Nangis! Alternatif lain tempah bilik menggunakan airbnb. Airbnb ni kebanyakkan nya share house. Sebiji rumah ada banyak bilik. Jadi kongsi ramai-ramai. Bilik mandi juga berkongsi. Begitu juga tandas. Azie bawa kaftan lengan panjang a.k.a baju kelawar dan tudung sarung (saya ni shawl person hehe) untuk pakai pergi toilet. Senang. Pastu dinding antara bilik memang nipis. Cakap dengan suami pun bisik-bisik. Kebanyakkan orang Jepun tidur awal macam di Kyoto/Osaka. Host kami siap ada rule pukul 10 ke atas mesti SENYAP. Jadi balik rumah masuk bilik kami jalan jengket-jengket. Takut terjaga pulak house mate :D


Kadar Mata Wang Yen /Currency di Jepun

RM1 = 40 yen
RM4 = 100 yen
RM40 = 1,000 yen


Sebelum pergi tukar sikit-sikit kepada Yen. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Rate paling murah dapat tukar RM38.90 = 1,000Y


Bekalan Makanan

Tidak perlu visa masuk Jepun. Cuma dalam flight pramugari akan beri 2 borang;
i. arrival form
ii. customs declaration form


Form tu perlu isi lengkap dengan sempurna macam biasa ada nama, alamat kita stay di Jepun flight details dll. Customs declaration form untuk declare makanan yang kita bawak. Borang ni jangan ambil mudah tau. Silap isi borang ni boleh jadi soal siasat panjang lebar di imigresen. Di Jepun ada certain-certain makanan yang kalau bawa kena declare macam daging, beras, sosej dll. Macam Brahims tu ok je boleh bawak sebab nasi instant. Beras kena declare sebab takut kita bawak bubuk katanya. Kalau tak declare terlepas, Alhamdulillah. Kalau terkantoi kena rampas tu rezeki la. Jangan kena hantar pulang semula ke Malaysia sudah. Tak merasa kembara Jepun nanti :D

Customs declaration form & arrival form


Persediaan Pakaian

Selalu ada masalah dengan pakaian kalau naik air asia hahah sebab kedekut nak beli luggage. Macam kami aritu banyak bawa pakaian pakai buang. Terpaksalah buang sebab nak jimat space dan luggage. Nak isi barang shopping pulak :P Pakaian tak perlu bawa banyak dari Malaysia. Kat sana pi la shopping Uniqlo & H&M besar giler okey! Kalau SALE 1,000 yen haih rambang mata. Pergi musim winter/autumn/spring boleh check weather forecast sebelum berangkat. Macam kami walaupun pergi Spring tetap bawa baju tebal sebab ada hari yang 6 degrees. Ada hari yang 2 degrees. Malam lagi sejuk. Ada hari angin sejuk bertiup sampai ke tulang sum-sum. Tips: Beli baju tebal kat bundle uptown. Berapa hinggit je kan. Tak rasa bersalah sangat nak tinggal jika terpaksa. Tak pun bawa baju tshirt lama-lama untuk pakai bahagian dalam. Kemudian boleh tinggal. Bolehla ruang bagasi tu diisi dengan hasil melontar.

Travel Insurance



Sediakan payung sebelum hujan. Ajal maut di tangan Tuhan. Bila travel jauh memang kami ambil travel insurance. Lagipun kos perubatan di Jepun SANGAT tinggi. Risau bila dengar cerita, walaupun kes kecemasan belum tentu hospital sana nak terima kita sebagai pesakit. 


Dah buat research sikit akhirnya kiteorang ambil Etiqa Travel Insurance. Plan name: World Traveller Care Takaful - Platinum. Alhamdulillah yang ini syariah compliance. Kami beli tak guna mana-mana ejen. Terus pergi website Etiqa, pilih pakej dan beli online. Nanti Etiqa akan reply dan attach Travel Plan yang kita ambil tu. Mudah dan cepat prosesnya!

Kami bawa juga ubat-ubatan (ubat demam, batuk, selesema, allergic, pain killer dan ubat sakit perut) . Alhamdulillah sihat walafiat sepanjang di sana. Makanan kesihatan (SHAKLEE) pun bawa jugak terutama NUTRIFERON untuk imunisasi.

International Adapter

Makin lama makin banyak pulak bawak gajet pergi travel. Bawak ajelah extension cord yang 4 socket! Senang. Selesai masalah. Sekali caj boleh caj phone, gopro, camera, pocket wifi.


Pocket WIFI

Macam mana kekal online 24/7? Inilah rahsianya! Pocket wifi kami sewa dari @travelrecommends memang terbaik 👍 pakai 16 hari selama di Jepun akses memang terbaik (kecuali masa naik shinkansen lalu bawah tanah terputus sekejap). Sepatutnya harga RM15 sehari. Tapi sebab masukkan PROMO KOD dapatlah sewa RM11 SAHAJA sehari. Total untuk 16 hari hanya RM176. Bahagi 2 baru RM88 ringgit sorang. Kalau pergi berlima lagilah jimat. Murah sangat dah tu. Phone tak perlu roaming. Kecohkan pergi oversea roaming tak sedar bayar ribu riban. Inilah jalan penyelesaiannya. In Sha Allah terbaik. Azie sempat whatsapp call ke Malaysia. Katanya bateri tahan 6 jam jika pengguna maksimum 5 orang. Macam kami berdua sahaja guna dari pagi sampai malam tak abis-abis bateri. Penat saja bawa powerbank kehulu kehilir. Kami berdua memang puas hati.

Ada tak FREE WIFI di Jepun?
Ya memang ada di sekitar Tokyo terutama di tren/subway. Osaka pun ada. Tapi tak berani nak bergantung pada yang FREE semata :D macam kami all the time perlukan internet untuk google maps.



Nak check makanan halal di Jepun?

Kami guna apps;

i. Halal Media Japan
ii. Halal Gourmet
iii. Halal Navi
iii. Halalworld.jp
iv. Google Translate

Bagus ada halal apps ni. Sangat membantu orang Islam. Nak cerita masa di Jepun kami ada bersembang dengan MUSLIM tourist dari negara Thailand. Dia pernah datang Malaysia pergi Pulau Pinang. Katanya, Pinang sangat susah nak cari makanan halal. Eh macam banyak je! Berhuhu lah nak jawab :p Kita ada halal apps macam ni tak untuk tourist? Huhu.


Boleh print 'MUSLIM SUPPORT CARD' untuk tunjuk apa yang kita MUSLIM tak boleh makan. Dengan bantuan support card ni, kami dapat hidangan halal dari Disneysea. Pengalaman yang kami tak kan lupa!

Menu halal yang disediakan oleh Disneysea. Alhamdulillah Allah permudahkan. Cerita detail tunggu entry Disneysea oke.

Boleh tunjuk ini di 7E/Family Mart/Lawson


Kena tahu serba sedikit adab dan budaya orang Jepun

Cthnya;

Pengkelasan sampah
Dalam train phone kena 'silent mode'
Etika makan di public dining area
Merokok di 'public smoking area' yang disediakan

Tempat solat/Prayer Room

Mudah nak solat di masjid atau prayer room sebab ada banyak di sekitar Tokyo, Osaka, Kyoto berbanding negara bukan Islam yang lain. 

Di Haneda Aiport
Prayer Room (International Terminal Departure Lobby, 3rd Floor)

Di Kansai Airport

Prayer Room Terminal 1, 3rd Floor (3F) bersebelahan the Korean Air Lounge
Prayer Room North Wing International Departure Gate
Prayer Room South Wing International Departure Gate

Disneysea

Pergi ke kaunter Guest Relations. Bagi tahu nak solat. Nanti crew Disneysea yang baik hati bagi bilik untuk solat.

Tokyo
Masjid Tokyo Camii masjid terbesar di Jepun. Berdekatan Shibuya. Turun di Station Yoyogi-Uehara. Jalan kaki lebih kurang 5 minit.

Masjid As Salam (Okacimachi Mosque) berdekatan Ueno. Tak jauh dengan halal ramen AYAM-YA. Lepas solat boleh terus makan.

Mana-mana LAOX Department Store 
Mereka siapkan tempat ni bila kita request nak solat. Sejadah & selipar pink untuk wudhu mereka sediakan. Oh terharunya!

Osaka
Namba City Shopping Mall
JR Osaka Station

Kyoto
Masjid Kyoto (Islamic Cultural Center) - 1st floor

Kobe
Masjid Kobe

Tempat makan halal di Jepun / restoren halal di Jepun

Halal Restaurant Haneda Airport
Mrs Istanbul Cafe & Restaurant - Domestic Terminal 2, 3rd Floor
Awarded the "Halal Certification" by the Nippon Asia Halal Association - March 2015

Muslim Friendly Restaurant Kansai Airport
The U-don

Restoren Halal di Tokyo
Sumiyakiya Nishiazabu
Ayam-Ya Okichimachi
Naritaya Ramen Asakusa
Sojibou DiverCity Tokyo Plaza
Sushiken Asakusa - The First Halal Sushi Restaurant In Japan

Menu Halal di Kawaguchi
ALLADIN India Restaurant

Makanan Halal di Osaka
Babul Hayat
Ali's Halal Kitchen
HALAL Ramen Honolu (Please try Spicy Fried Chicken. Sedap sangat sampai teringat-teringat)

Halal Kyoto
Naritaya Ramen Gion - 100% Halal ramen restaurant. The first restaurant has acquired Halal certification by JAKIM in Malaysia.
Halal Yakiniku Naritaya - 100% HALAL Japanese Style BBQ Restaurant NARITAYA. Offer only Wagyu beef to enjoy the pure taste of Japanese meat. They do not provide any alcohol drinks. Bila lagi nak rasa WAGYU beef! YUmmeeehhh.

Halal Kobe

Halal Restaurant Naan Inn - berdekatan dengan Kobe Mosque

Di atas merupakan antara restaurant yang sempat kami jalan-jalan cari makan di Jepun :D Nanti Azie buat review setiap satu. Setuju tak Japan makin muslim friendly? Pada Azie memang mudah sangat nak makan menu halal tanpa was-was dan nak solat di Jepun berbanding negara bukan Islam yang lain seperti Korea, Hong Kong. Boleh nampak ketara usaha Japanese sediakan keperluan muslim demi nak menggalakkan pelancong muslim datang ke Jepun. Usaha yang bagus! Terharu :D

Pass Pengangkutan Awam di Jepun

Paling popular Japan Railway Pass. Kami tak ambil JR Pass. JR Pass ni spesifik untuk pelancong yang travel Jepun. Tengoklah preference korang pergi mana. Pass yang kami guna;

i. SUICA CARD (Macam Touch & GO)


ii.TWP Tokyo Wide Pass sebab nak pergi Gala Yuzawa (Niigata Prefecture) untuk rasa salji. I is jakun sangat nak tengok salji. Gala Yuzawa ski resort yang paling senang untuk diakses dari Tokyo dengan jarak 184km dari Tokyo. Resort ini dibuka dari bulan Disember hingga penghujung April sahaja. Kos ke sana naik Joetsu Shinkansen (bullet train) lebih kurang 6,780Y sehala. Pergi Balik dah 13k yen. Lebih jimat guna Tokyo Wide Pass yang harga 10,000Y seorang tapi boleh guna selama 3 hari. Jadi kami guna TWP untuk pergi;

1. Gala Yuzawa
2. Kawaguchi
3. Fuji Q Highland
(kami bermalam di Tokyo sahaja sebab tak larat nak pindah randah kerana ada bagasi yang membebankan)

Tokyo Wide pass cover area central tokyo juga. Boleh naik JR line secara percuma seperti Ueno / Harajuku / Shibuya / Shinjuku dll. Tokyo Wide Pass hanya boleh beli di Jepun sahaja. Kami beli di Haneda Airport. Masa beli di kaunter perlu bagitahu tarikh guna TWP. TWP boleh reserved seat.

Reserved seat ticket untuk naik Shinkansen

Joetsu Shinkansen Max Tanagawa ke Gala Yuzawa, Niigata 

iii. 2-Days Osaka Amazing Pass untuk jalan-jalan sekitar Osaka SAHAJA - 3,000Y *sebelum beli decide dulu nak gi mana area Osaka* 

Pass ni jimat kalau pandai  memaksimumkan tempat jalan-jalan dan tempat lawatan area Osaka. Ada 1 Day & 2 Days Pass. Harga beza dan kegunaan pass berbeza. Ada yang termasuk pass masuk pintu lawatan.

1 Day Pass termasuk Osaka city subway, New Tram, Bus Hankyu: Umeda~Kanzakigawa, Mikuni, Aikawa, Shimo-shinjo~Tenjinbashisuji 6-chome
Kintetsu: Osaka-Namba~Imazato, Osaka-Abenobashi~Yata
Keihan: Yodoyabashi~Sembayashi, Nakanoshima~Temmabashi

Hanshin: Umeda~Amagasaki, Osaka-Namba~Amagasaki

Nankai:Namba~Sakai, Namba~Nakamozu, Shiomibashi~Kishinosato-tamade

2 Day Pass termasuk city subway, New Tram dan bas sahaja. Tak termasuk JR


iv. KYOTO Pass Bass - 5,00Y sehari untuk pusing Kyoto

Lain-lain pass

Ada Kansai Thru Pass untuk tren, subway yang merentasi kawasan dalam Kansai seperti dari Osaka ke Kyoto ke Nara ke Kobe ke Wakayama. Pass ini tidak termasuk pass pintu masuk lawatan. Kami tak beli pass ni sebab dah buat kira-kira pakai SUICA lagi jimat dengan perjalanan yang kami rancang. Sebab perjalanan sehala.

Dari TOKYO ke KYOTO/OSAKA

Naik Shinkansen Nozomi lebih 2 jam perjalanan harga RM500 lebih. Sebab dah merasa naik Shinkansen ke Gala Yuzawa dan nak jimat, kami naik WILLER Bas (sleeper bas). Willer Bas beli online dari Malaysia. Selalu check website WILLER. Sebulan dari tarikh perjalanan baru available untuk beli online. Macam kami open je terus beli. Dapat seat depan sekali (belakang driver) Hihi. Willer bas ada banyak jenis seat. Harga berbeza-beza bergantung kepada naik dari station mana, turun station mana serta pilihan seat. Harga dari RM100 - RM300.

Kami naik dari STATION DISNEYSEA turun di STATION KYOTO. Twin seat. Harga dalam RM210.50 seorang. Ambil malam sebab nak jimat duit check-in. 

Memang selesa sangat. Ruang tempat letak kaki yang besar. Seat adjustable. Disediakan lapik kepala dan selimut. Ada tabir hitam yang tutup keliling dalam bas sampai driver pun tak nampak. Jadi tak perlu risau silau. Ada tutup kepala macam stroller baby tu. Hahah confirm tidur nenyak. Bayar mahal kan.  


Pass Masuk Theme Park

i. Fuji-Q Highland

Turun di Fujikyu Highland Station. Kami beratur beli tiket masuk. Orang ramai tapi beratur takda masalah sebab laju. Tak terasa sangat. Kalau beli Day Pass tak perlu beratur boleh terus masuk Fuji-Q.

Ada 2 pilihan tiket;

a) Entrance ticket sahaja - 1,500Y lebih kurang RM60 sorang (nak main rides kena bayar)

b) Entrance ticket + Free Pass (1 Day Pass) - 5,700Y = RM228 (boleh beli online di website Fuji Q)

*Fass past kena bayar lagi (memang terus potong Q yang amats panjannnnggggg)

*Kami bayar entrance ticket, bayar rides dan ambil Fast Pass untuk rides yang terpilih (jimat masa)

ii. Universal Studio Japan - 7,400Y per person lebih kurang RM296 sorang

Tiket USJ memang tidak dijual secara online. Nak tak nak memang anda kena beli dengan agent. Kami beli di HIS Travel masa MATTA FAIR (terlupa nak beli Express Pass kat sini)

Pergi USJ dicadangkan sekali beli USJ Express Pass supaya tak perlu beratur. Beratur memang buang masa. Beratur makan masa sejam ke 2 jam untuk setiap rides.

USJ Express Pass banyak pakej. Boleh tengok di website Universal Studio Japan. Kami beli Express Pass Standard 4 dengan KLOOK. Bayar dalam USD. Harga dah sama macam tiket masuk USJ 😑 

Standard 4 ada 4 tempat boleh guna Express Lane. Tak puas hati dengan KLOOK ni sebab bagi express pass untuk rides yang dah TUTUP! Kami beli dengan KLOOK bukan awal tahun tapi beberapa hari sebelum fly pergi Jepun. Kecewa sangat bila 1 daripada 4 tadi ada yang TUTUP. Pastu kami tak dapat ganti yang lain. Rugi sebab bayar untuk 4 tapi dapat guna Express Lane untuk 3 sahaja 👎

iii. Disneysea - 7,400Y per person ( 1 Day Pass)
Boleh beli online di website Disneysea. Nanti dapat emel e-ticket.

* sebelum beli semak tiket jenis open date atau fixed date. Harga berbeza. Open date tak kisah bila-bila tarikh boleh pergi. Fixed date mesti pergi tarikh tersebut. Boleh check crowd forecast jugak. Kalau dah merah tu better tukar tarikh lain. 

Tempat menarik di Jepun (ikut preference masing)

Tokyo
Shinjuku
Yoyogi Park
Takeshita Street
Masjid Tokyo Camii
Roponggi Hills
Ueno Park
Ameya Yokocho Street
Shibuya Crossing
Hachiko Monument
Assalam Mosque
Akihabara Electric Town
Asakusa
Nakamise Shopping Street
Tokyo Sky Tree
Odaiba
Ginza
Kawaguchiko (Mount Fuji)
Gotemba Premium Outlet
Disneysea

Niigata
Gala Yuzawa

Kyoto
Fushimi Inari Shrine
Kinkaju-ji (Golden Pavilion)
Gion
Arahiyama Bamboo Forest
Nishiki Market

Nara
Nara Park

Osaka
Tempozan Giant Ferris Wheel
Osaka Castle Museum
Kaiyukan Aquarium
Cruise Ship Santa Maria
Floating Garden Observatory
Namba
Shinsaibashi Shopping Street
Dotonbori
Rinku Premium Outlet

Kobe
Kobe Mosque
Kobe Port Tower
Kobe Harbour
Kobe Ropeway (Nunobiki Herb Garden)

Himeji 

Himeji Castle

SAKURA Spot (Spring)

Bagusnya google maps di Japan ni, siap ada mention cherry blossom spot :D


Shopping di Jepun

Pergi Jepun dengan poket tebal memang seronok sebab seriously Japan memang shopping heaven to the max! Banyak sangat benda boleh beli dan rare item / merchandise yang ada di Jepun dan of course jauh lebih murah dari Malaysia. Shopping di Jepun lebih untung guna card credit VISA sebab dengan VISA dapat addtional 5%. Yang pakai Mastercard sila melopong. Huhu.

5,000Y ke atas layak untuk dapat TAX-FREE 8%.

Apa nak shopping di Jepun?

Meh nak bagi idea. Beli beauty products. Pergi Jepun boleh beli SK-11,  Kose & Sheseido. Beauty products made from Japan. Murah ke? Murah berbanding Malaysia. Beauty tools pun banyak dan murah2 di Jepun. Nak yang tradisonal, hi-tech semua ada. Yang rare tak pernah tengok pun ada. Nak yang gelek kat muka ada. Yang sedut blackhead atas hidung pun ada. Tak mampu sis nak describe dengan perkataan bidang kecantikan orang Jepun nih. Sampai sana tengok sendiri. Mesti korang faham apa yang Azie nak sampaikan hahaha.

BIC-Camera/Tokyu Hands/Don Quijote.  Sini nak beli apa? Macam-macam ada. Tak silap ada 7 ke 8 tingkat. Dari barang kosmetik, gajet seperti iphone, camera, lense, head-phone, G-Shock, louis vuitton (new/second) sampailah ke kitchen tools ada di sini. Shopping sini sangat berbaloi kalau ada SALE dan diskaun kupon. Mana dapat kupon. Dari MATTA FAIR. Phew, mujur pergi Matta Fair aritu.

Pisau KYOCERA banyak di Jepun. Tak suka jenis ceramic sebab mudah sopek. Recommend beli Pisau KAI (stainless steel) Ada banyak jenis dan kategori. Ada banyak jenis harga. Pisau made in Japan memang terkenal dengan ketajaman dan ketahanan. Boleh beli bawak balik Malaysia seketul dua. Jangan lupa pengetip kuku KAI sekali. Lepas ni potong kuku dengan harapan tak sopek sana sini. Hehe. 
#pengetipkukupalingmahalseumurhidup 
#pisaupalingpahalseumurhidup

Rugi kalau beli fridge magnet/tshirt i love Japan tu. Sebab yang tu made in China dan harga mahal tak berbaloi. So ikutlah preference masing-masing.

Pergi Disneysea dan Universal Studio lagi lumpuh biji mata tengok merchandise. Kami berdua ni memang suka masuk semua gift shop di Theme Park. Orang sibuk pergi rides, kiteorang pergi gift shop. Hahaha. Mujur sekepala dengan suami. Apa yang suami suka, Azie pun suka. Sebab banyak barang rare dan suka kumpul barang-barang dari theme park. Carilah yang made in Japan. Bab harga bertabahla. Jangan terkejut sebiji mug harga RM60! (urut dada). Kalau bawa anak-anak siap sedialah paknya. Mesti poket tebal. Bekas popcorn je dah cukup comel tak boleh nak handle. Apatah lagi barang-barang lain.

Sogo dan AEON Mall pun ada.

Japan Premium Outlet 


Ada Gotemba Premium Outlet (dari Hakone boleh pergi. Dari Kawaguchi pun boleh pergi (ada bas).

Ada Rinku Premium Outlet. Satu station sebelum sampai Kansai Airport. 


Kalau beli TWP ke Gala Yuzawa, boleh selit pergi Karuizawa Premium Outlet (yang ni kami tak sempat pergi sebab hari 1st pergi Kawaguchi tak nampak Fuji-san. Terpaksa batal plan pergi sekali lagi)

Weather Forecast

Paling penting! Selalu semak weather forecast sehari sebelum berjalan. Ada itinerary kami bertukar lepas tengok weather forecast. Contohnya: Bila check forecast plan asal pergi Disneysea hujan. Tukar dengan hari lain. Jalan-jalan waktu hujan area Tokyo ok lagi, asalkan cuaca elok di Disneysea. Gitulah.

Kalau pergi Fuji-san jangan lupa check Fuji-san forecast sehari sebelum pergi. Kalau humidity tinggi & cloudy memang CONFIRM tak nampak Fuji-san. So better tukar pergi hari lain. 

Sekian, tips yang nampaknya TERpanjang lebar dari saya. Hehe. Moga sedikit sebanyak membantu anda :D


Selamat melancong ke Jepun :D


3 comments:

  1. kalau baca entry ni, mmg boleh jadi serrreeemm nak ke jepun.hhahahah. mcm renyah lah hai.. azi ni bagus..very details ... kemass je tersusun... :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akakkkkkk...janganlah serrreeemm. Azie memang suka prepare worst case scenario. :p Melbourne lagi seeerrreemm tau. Akk nak pi bulan 5 ni elok2 kat imigresen tu. Hahaha. Isi arrival form bebetul. Bab2 makan lagi byk yg tak boleh bawak masuk tu. Buat muka confident. Baca doa banyak2 In Sya Allah semua dipermudahkan :D

      Delete
  2. hahhahaha... adeihhh lagi gelabah bewak nak p melbourne dari exam U dlu.. hahahhaha. personally melbourne lagi adventurous dari japan ke azi?? yenggavaaa... hhahha takuittt

    ReplyDelete