Lazada Surprise Box of Joy | Happy 5th Birthday


Look what Lazada Malaysia has sent me. The Surprise Box of Joy🎉🎉🎉


22-24 March 2017 merupakan LAZADA 5th Anniversary. HAPPY BIRTHDAY LAZADA. Eh? Dah tu kenapa me yang dapat hadiah pulak? Inilah dinamakan valet birthday alah macam valet doa, valet holiday trend masa kini. Orang lain punya birthday, orang lain dapat hadiah. Hiks. 


Muka terkejut bila terima #LazadaSurpri5e


Wajah kegembiran begitu terserlah. Oh siapa yang tidak teruja kan. Terasa diri ini begitu berharga.


Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Jom kita Unboxing SURPRISE BOX OF JOY dari LAZADA yang pemurah ini. Khabarnya kotak kegembiraan ini bernilai RM900. Haruslah I teruja mengwar-war kan isi kandungannya ke seantaro alam. Supaya kita semua dapat manfaat dan kebaikan bersama :D

Dengan perasaan penuh debar kubuka kotak misteri yang penuh kegembiraan ini seolah-seolah menunggu keluar result SPM dengan tangan penuh gementar *eh tiba-tiba ada parkinson*

Begitulah perasaan orang yang sekali-sekala dapat hadiah ni

Tadaaaaa
.
.
.
.
.
.
.
.



Surprise! Surprise! Surprise! Memang surprise!
Ada 11 barang kesemuanya termasuk sepasang kasut jenama Carlo Rino.

MashaAllah terujanya. MANA NAK START DULU?! MANA NAK START DULU?! Ok kita start dengan kit mencantikkan diri dulu. Perempuan mana tak suka bercantik-cantik? I tak sabar nak Feeling Natural Beauty dah ni.




Baiklah first up







This Eversoft Skinz Youth Recall Booster Mist is for instant refreshment, moisture, softness and protection. Lepas spray-spray kat muka, muka jadi sejuk dan berangin seolah-olah berada di Fujisan. Siap ada Ume extract a.k.a Japanese Apricot untuk melembapkan kulit, firming & lifting dan anti yellowing. Lagi satu, Azie suka Eversoft Skinz Youth Recall Booster Mistni sebab ia bau sedapppp! Jika bau sedap ni suka nak spray-spray selalu to make sure kulit kita lembap dan segar selalu. Tips nak tahu kulit cukup lembap atau tidak? Garu dengan kuku pada kulit. Kalau ada kesan calar putih tu, silalah ambil langkah segera. Eversoft Skinz Youth Recall Booster Mist is a must in every women handbag! Azie rate ini 4/5. 




# 03 Natural

Azie tak suka makeup tebal. I suka nampak natural beauty. Tapi itu tidak bermakna keluar rumah langsung tak berbedak. Sep sikit kalau kita sama. Tak payah pening kepala nak layer-layer sangat kat muka, layangkan sahaja Maybelline Super BB Cushion Fresh Matte di pipimu yang mulus dan tulus itu. Kulit terus nampak sempurna tiada tandingan. Pertama kali Maybelline keluarkan cecair BB Cushion with mattifying minerals. Kulit Azie jenis combination /oily skin. Lepas beberapa jam keluar wajah mula nampak berminyak terutama di T-zone area. Tapi bila pakai Maybelline Super BB Cushion Fresh Matte kulit tidak nampak berminyak. Seronoknya. Cushion ajaib ini mampu samakan warna tona kulit dan meningkatkan keseluruhan tekstur kulit! I love it very much. Hehehe. Tak payah nak jeles. Beli di Lazada siap dapat free Maybelline Express Miracle Water. Pastu boleh engrave nama lagi. Jomlah kita ferfeeling natural beauty bersama-sama Maybelline Super BB Cushion Fresh Matte :D

Tips: Sekiranya anda berkulit kuning langsat pilih warna #03 Natural untuk menuetralkan wajah anda :D




#01 Medium To Dark


Pssstttt..kalau uols nak tahu, ini merupakan senjata rahsia untuk dapatkan kening yang cantik menawan. Kit kening ini menjanjikan ketahanan selama 12 jam. Begitu lama kan. Ia datang dalam dua gabungan nuansa warna. Di atas ni merupakan kod 01 Medium to Dark. Bila guna L'Oreal Paris Brow Artist Genius Kit terus fefeling kening Elfira Loy! L'Oreal Brow Artist Genius Kit, which to date is one of the best brow kits I've ever tried. Nak bawa travel pun senang disebabkan saiznya yang kecil, kiut dan kompak. Selit-selit dalam kocek seluar pun boleh.






First time dalam hidup ada brow contour! Terima kasih Lazada kerana perkenalkan NYX Sculpt & Highlight Brow Contour.  It’s a dual-ended pencil with a brow filler on one end and a highlighter on the other. No wonder gadis remaja masa kini sangat tergilakan jenama NYX ni. Apa yang azie suka dengan NYX Sculpt & Highlight Brow Contour warna nya Brunette (Cream). Warna sangat natural dan sesuai dipakai setiap hari ke mana-mana sahaja. Pastu bila pakai kemas dan nampak natural! Oh saya suka :D




Warna dan tona kulit berada dalam top priority list of concerns Azie kerana saya ni sejenis suka berjalan. Last trip pergi umrah dan baru-baru ini ke Thailand sebagai personal shopper memerlukan Azie aktif kehulu kehilir memenuhi permintaan clients. Hasilnya kulit ku sungguh kelihatan Hawaii. Kulit mula menjadi gelap dan kehitaman. Cerah sikit je dari abang yang ambik order tosei Restoren Faez. Oleh itu, marilah beli Enchanteur Paris Hand and Body Lotion. Nak losyen badan dengan 5x kuasa pencerahan! Enchanteur Paris Hand and Body Lotion Belle Amour Triple Whitening yang mengandungi B3, Sakura dan ekstrak Liquorice ini datang tepat pada masanya (sekarang ini hanya pakai losyen ihsan dari hotel yang menginap) Surprisingly, lepas bukak SURPRISE BOX suami yang teruja cuba dulu. Penggemar losyen rupanya. Sapukan losyen meliputi tiap inci kulit. Paling Azie suka, bau losyen ni wangi sampai ke malam. Geram nak terkam suami sebab sentiasa mewangi. Meoww!

Dah mencantikkan diri dengan makeup, dapat slingbag hitam menawan dari Kitschen complete dengan purse Bonia Dudu The Panda ditambah pulak dengan kasut buatan Carlo Rino. Ohhh i really felt today is my birthday! Dimanja-manjakan head to toe seperti permaisuri gitu.

Sekali pandang memang tertawan. Tidak berpaling ku melihatmu wahai sling bag Kitschen . Sling bag Kitschen kecil dan kiut. Sesuai digayakan ketika dating bersama suami di hujung minggu atau berlibur dengan kawan-kawan. Just masukkan purse, kunci kereta dan makeup kit. Warna hitam memang menawan sebab senang nak matching-matching dengan outfit. Dah siap bergaya, amik gambar pastu #ootd di Instagram. Hikhik. Jom intai-intai apa lagi yang hangat dari Kitschen di tahun baru ini. Oh sila klik perkataan yang biru-biru ni ya untuk tahu dengan lebih lanjut.


Bonia Dudu The Panda MashaAllah kiutnya dia. Semua kad keahlian shopping seperti MBO, Parkson, kad minyak Petron dll Azie masukkan dalam purse Bonia Dudu The Panda . Senang nak cari. Baru tahu rupanya ada Bonia online store di Lazada. Azie dah check di Lazada. Banyak koleksi terkini ada di sana. Adik beradik Bonia Dudu The Panda pun ada. Geram je tengok. 


Nampak tak kasut pun nak hitam jugak. Barulah matching dengan Kitschen Slingbag. Kasut yang MashaAllah super comfy to the max ni dari jenama Carlo Rino. Azie, memang susah nak beli kasut. Kalau dah beli sesuatu kasut memang loyal pada yang satu. Pakai sampai kusam. Walaupun rupanya macam kasut pengawas, hep! tapi SANGAT BEST. Trust me. Azie dah pakai seharian berjalan-jalan dalam AEON Mall Shah Alam. Tak makan kaki pun. Kaki masih dalam keadaan elok! Walaupun material nya kulit tapi sangat nipis dan selesa dipakai. Tapak pulak memang lebar, selesa bila berdiri dan berjalan lama-lama. Tiada rasa sakit belakang. Azie percaya kasut yang hebat, pakai lama mana pun tetap selesa dan tidak sakit belakang. Wahhh, tepuk tangan lah untuk Carlo Rino. Azie rate kasut ni 5/5!  


Zaman kolej dan uni mula berkenalan dengan LEVI'S tak kenal maka tak cinta. Dah kenal jatuh cinta berkali-kali. Seluar yang sangat tahan lasak dan pakai sebulan seminggu basuh sekali. Hahaha. Disebabkan ketahanan dan kelasakan materialnya, abah sanggup perhabiskan duit beli seluar jeans ni untuk kami adik beradik. Senang, invest pada satu seluar, lenjanlah sampai koyak! Kini LEVI'S dah ada online store dalam Lazada. Ada sale up to 50% ! Yezza. Oh, LEVI'S decorating kit ini sangat awesome! Azie nak patch pada seluar suami nanti. Balik outstation mesti dia terkejut tengok seluar LEVI'S  nya bertukar rupa menjadi ranggi. Hihi.


Bila sebut NESTUM, dah terbayang kenyang sampai ke malam. Oke over. Rupanya NESTUM sudah ada perisa baru bernama NESTUM Grains & More Banana Caramel. Korang dah rasa ke? La belum ke? Tak bosan ke asik perisa yang sama? Balik MATTA Fair semalam rasa penat dan stress sangat. Dengan minum segelas sahaja NESTUM Grains & More Banana Caramel terus rasa kuat dan bertenaga nak berjaga update belog sepanjang malam. Ya, Azie dah cuba perisa baru ni. Pergh, tatkala minum bergetar anak tekak ku. Sedap. Yummy. Yummy. Suami pun ambik beberapa paket nak bawa pergi Filipina. Bila minum Nestum fefeling Malaysia katanya. Kalau korang nak order jugak nah klik sini NESTUM Grains & More Banana Caramel


Lazada Transparent A6 Notebook Style Portable Kettle ni memang nampak stylo kan? Dah lama cari dan mengidam nak botol air macam tu. Akhirnya tercapai :D Hujung minggu ni nak ala-ala sporty sikit dengan tema 'Grey'. Dah pilih hijab kegemaran, masukkan camera dalam bag, jam tangan yang sporty dan PALING PENTING jangan lupa bawa botol air dalam handbag untuk diminum. Cuaca sekarang memang panas kan. Untuk elakkan dehidrasi bawa mineral water secukupnya. Azie suka A6 Notebook Style Portable Kettle ni sebab nipis dan tak bulky. Senang masuk dalam bag. Warna Dark Grey pilihan yang tepat!

Gempak tak #LazadaSurpri5e box? Memang truly Box Of Joy. Terima kasih Lazada Malaysia sebab sudi kongsi kegembiraan dengan Azie. Sekarang masa terbaik untuk anda klik-klik shopping di Lazada sempena Lazada Birthday Sale. Kerana mereka sangat pemurah sempena hari jadi yang ke-5. Ingat 22 - 24 March sahaja. Terima kasih Lazada kerana wujudkan website yang menyenangkan pengguna (juga penjual) KAMI KAKI SHOPPING ONLINE TEGAR MENGUCAPKAN TERIMA KASIH DAUN KELADI. Hehehe.

8 ulasan:

  1. alahaii...syoknya...syoknya...kita tak dapat lagi ni suprise dari lazada..sedang menanti

    ~ Kisahsidairy~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siapa tak seronok sekali sekala dapat hadiah :D

      Padam
  2. Wah tahniah..masih dalam penantian..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahh,, mesti tak sabar kan tunggu ting tong depan pintu!

      Padam
  3. bestnya kakak! banyak barang dapat tu huhu. bestnya kalau elsa pun dapat hahaha

    http://elsaalicious.blogspot.my/2017/03/4-tips-elak-digelar-drama-queen.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai Elsa, terus terbayang-bayang Elsa dalam Frozen tu :))

      Padam
  4. Seronoknya 😄 nk jugak

    BalasPadam
  5. wow best nya...memang rasa macam dapat hadiah untuk bezday sendiri ehh.... lucky u...

    BalasPadam