Shopping Raya 2016


Banyak ke open house korang? Hari-hari lain persalinan kah. Jenuhla orang KL raya 30 hari. Setiap kali open house perlu ada persalinan baru. Tahun ni kita tak berapa nak shopping sakan. Sebab tak balik kampung. Jadi kurang berjalan. Hanya raya di Seremban. Asalnya nak tema warna-warni juge. Tapi baju raya #teamlelaki tahun ni ditaja oleh ayahanda. My Ayahanda now dah pandai order baju raya online *sungguh ku tak percaya ini!!*. TAK ACI kan. Baju raya kita takde sapa ke yang nak taja? Ok fine. Kita beli baju raya sendirian berhad.

Bila suami bekurta. Si isteri mahu berjubah. Puas belek-belek kedai online di Instagram, akhirnya berkenan dengan jubah Love To Dress ni. Nampak modest dan elegant walaupun berjubah moden. Gigih pergi MODVIER di Bangsar sebab nak warna putih matching dengan suami tapi yang ada size hanya warna hitam seadanya. Stress. Sekejupan dah abis licin size. Padehal baru pagi tu launching. Jadi hitam pun hitamlah asalkan ada baju di pagi raya. The best part of this dress is, it has a full viscose lining. Super comfy material!

Its effortless flow! Thank you for making me extra pretty ^_^ di pagi Raya
Ellery dress : Love To Dress
Shawl : Ariani


Shawl pulak of course dari Fashion Valet. Terlalu tempting The Songket Duck. Yang akhirnya tak sempat pakai raya. Ramadan dah selamat rasmi. Packaging raya Fashion Valet kali ni memang terbaik. Siap box bagai. Terasa macam dapat hadiah hari raya walaupun dari diri sendiri. Ahaks.

Warna pilihan

Kredit: IG: Duckscarves

Lawa je bila Vivy pakai. Bila sendiri pakai?

So-so jek!

Eh itu je ke hasil shopping raya?
Haaaa la. Itu sahaja hasil belian untuk diri sendiri.
Ok bai.

Nota: 1 Syawal paling best scroll Facebook dan Instagram. Penuh dengan gambar raya keluarga sahabat handai. Macam-macam fesyen dan warna. 
Suka ;) 
Korang raya tema warna apa tahun ni?

5 ulasan:

  1. HAI. betul statement kat notes. Nanie pun suke tgk IG. Mcm2 style baju and warna ada. Begitulah jua hidup kite yg oenuh dgn Warna warni kehidupan

    BalasPadam
  2. duck koleksi wajib ye.. hehe.. sweet je..
    selamat hari raya akk..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari Raya Zeera. Ya akk peminat duckscarves esp yang LE =)

      Tak mampu nak menahan diri dari membeli. Help!

      Padam
  3. tema hitam. haah 1st syawal paling meriah. sayangnya keluar beraya lupa bawak handphone. first time berpisah dengan handphone untuk 8 jam T_T

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masha Allah. Bertabahlah. Pastu takdelah gambar raya nya?

      Padam