Translate

No-No-NO!

Resepi Ikan Patin Tempoyak Temerloh Senang & Ringkas


Throwback 3 Syawal 1437H,


Harini nak makan nasi putih! Udah-udahle tu nasi impit kuah kacang rendang ayam mahupun rendang daging. Hari ni abah request nak makan ikan patin masak gulai tempoyak. Kiteorang memang suka makan gulai tempoyak ikan patin ni. Asal lalu temerloh mesti jamah menu ni. Suami pulak katanya trauma lauk pauk berasaskan tempoyak. Jadi memang tak geng lah. Untuk suami kena asingkan ikan patin untuk digoreng. Bonda tukang adjust rasa dan tukang monitor je. Hiks.

Bahan-bahan

Seekor Ikan Patin
6 sudu besar tempoyak
4 cawan air - kepekatan kuah ikut yang disukai
Segenggam cili padi merah
1 biji cili merah
1 inci kunyit hidup
Secekak daun kesum
Sedikit garam


Basuh ikan patin dengan tepung gandum bagi hilang rasa hanyir


Tumbuk cili merah + segenggam cili api merah + 1 inci kunyit


Masukkan 6 sudu besar tempoyak. Tumbuk & gaul sebati


Masuk 6 sudu tempoyak dan 4 cawan air dalam periuk. Renehkan hingga masak. Hampir masak, taburkan garam dan masukkan secekak daum kesum.


Siap sedia untuk dimakan! Makan bersama nasi panas + ulaman + budu. Nyummmssss ^_^

Kalau tengok bahan-bahan dan cara masak, macam senang, mudah & ringkas sangat. Tapi masih perlu praktis untuk dapatkan rasa yang benar-benar ori dari Temerloh. Rasa ikan patin gulai tempoyak ni bergantung pada cara pembuatan tempoyak jugak. Tempoyak mahal gile sekarang ni. RM40 sekilo! Takpe practise makes perfect. Selamat mencuba!


2 comments:

  1. mahalnya tempoyak -,- hari tu masa puasa suami cakap jugak suh carik tempoyak tapi tak jumpa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, tempoyak mahal skrg. Durian kan mahal. Tempoyak ni dapat mak dari mak saudara (jaga kebun durian) yang bagi. Rezekiiii...

      Delete