Ramadhan Kareem (Ramadhan Mulia) untuk sahabat semua, Allahu Aklam (Allah Lebih Mulia)
Selamat menjalani ibadah puasa Ramadhan 1437H. Mohan maaf atas segala khilaf yang ada. Moga Ramadhan ini lebih baik dari Ramadhan yang telah lalu, hiasilah diri dengan amalan dan taqwa. Ramadhan bulan Rahmat bulan suci. Namanya sentiasa dihati. Kedatangannya sentiasa dinanti. Pemergiannya ditangisi. Fadilat dan ganjarannya ramai yang mencari.
Ni dah nak masuk jam 1 petang. Macam mana daya tahan uols. Dulu masa sekolah, masa-masa ni dah meleper atas sofa. Macam-macam alasan timbul takmo pi Sekolah Agama (panas punya pasal). Pastu bukak peti sejuk lelama biar sejuk muka dan badan (kurang sikit rasa haus). Sahur pulak kena makan banyak2 sebab takut nanti takda tenaga. Pengsan seharian. LOL.
Sekarang ni dah bertukar. Sahur dengan madu dan 3 biji tamar je. Umur sekarang perlu banyakkan masa dengan baca Al-Quran & amal ibadat yang lain (takut tak jumpa Ramadhan tahun depan). Jadi Ramdhan tahun ni nak kutip banyak2 pahala untuk di bawa ke sana nanti. Jom kita khatam Al-Quran dalam bulan Ramadhan ni.
Nak bagi TIPS KHATAM Al-Quran di BULAN RAMADHAN
1. Solat Subuh - 4 halaman
2. Solat Zohor - 4 halaman
3. Solat Asar - 4 halaman
4. Solat Maghrib - 4 halaman
5. Solat Isya - 4 halaman
Cukup sebulan berpuasa In Sha Allah KHATAM Al-Quran ^_^
WAKTU BERBUKA & IMSAK Bagi Kawasan SELANGOR (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat)
Petang nanti nak masak apa nih? Korang masak apa.... *dilema bulan Ramadhan*
Selamat menyambut Ramadhan :)
BalasPadampertama kali puasa masa mengandung ni. perut macam bunyik angin taufan tapi setakat ni bertahan lagi. hopefully berjaya. hehehe
heheh dah nak raya baru singgah sini..
BalasPadamwish selamat hari raya jela =D