Tunggu Berbuka Baru Baca!


Salam 2 Ramadan semua orang. Orang dah bagitau jangan buka dan baca post ni. Tunggu berbuka baru baca. Haaa degil.....Apa-apa yang berlaku sila tanggung sendiri. LOL. Eh iftar di kampung Ramadhan tahun lepas tak update lagilah... Ramadhan 1437H dah kunjung tiba. Masa sekarang seakan berlari. Kejup je dah tukar tahun lain.

Jadi ini nak throwback Iftar di kampung Ramadan 1436H. 

Ada kenderaan murah dan cepat kita pilih yang itu je. Naik Air Asia terus ke Pengkalan Chepa Kota Bharu. Now everyone can fly! Tambang pun murah. Setahun sebelum dah beli tiket masa FREE SEAT. Semangat kan. Oh Ramadan tahun ni pun sama. Tiket FREE SEAT juge. Ohooooo balik kampung... (tak sabar nak balik kampung).

Walaupun Umi dah masak sesedap kat rumah. Keluar jugak cuci mata pi Bazar Ramadan di Jerteh. Saja pi. Masa ni lah banyak makanan-makanan sedap dilonggokkan setempat. Senang nak cuci mata i ni...Nasi Komok? Nasi Kak Wok pernah dengar. Tapi nasi Komok? Nasi pesen baru kahhhh...



Jangan tanya hakak. Hakak memang fail nama kuih. Tau kuih karipap dengan koci aje. Ni sahih dah akok. Abistu yang lain-lain tu apa? Kenapa rupa macam akok jugeeee....

Ini nasi lemak homemade tersedap di dunia...masa balik tu request nak makan Nasi Lemak. Terima kasih umi masakkan...Umi memang mother in law paling sporting & paling cool di dunia.

Sambal bilis dan sambal udang yang menyamankan perut *gulp*

Bonus..umi masakkan mee goreng sekali.  Kalau makan memang bertambah berkali-kali

Duriaaaan ni pun amat menggoda. Masa balik tu musim durian kat terengganu. Terus tak payah susah hati beli durian 20 ringgit sekilooooo.

Tahun ni kita balik lagiiiiii *menghitung hari*

7 ulasan:

  1. bace jugak walaupon belum berbuka.haha. kan perut dah nyanyi2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Farah ku sayang...perut nyanyi2 sila tanggung sendiri....hiks

      Padam
  2. terbaca jugak. lepas tu mula ter-imaginasi kuih kuih tu hahahaha. selamat pulang ke kampungggg

    BalasPadam
  3. bhahaha awat yang lenlain rupa akok jugak =P

    BalasPadam