Vietnam 2015 : Day 3 Shopping di Ho Chi Minh City


Assalamualaikum.

Hari ini hari ketiga kami di Ho Chi Minh City. Tiba masa untuk jalan-jalan pusing Ho Chi Minh. Barulah fefeling bercuti. Awal-awal pagi kami dah checkout. Plan harini nak ambik gambar sampai lebam.



Phew, banyak betul barang. Alhamdulillah misi sudah selesai



Partner in crime


Masa pergi USD sangat mahal! Terima hakikat. 






Tshirt mahal selepas ditipu dalam Pasar Ben Thanh. Ouccchh. Nak tshirt bertulang tapi dapat tshirt biasa. Masa letak dalam plastik tak check. Sampai hotel baru sedar ditipu. Nak cari balik penjual tu tak ingat dah kedai mana. Adoii. So hati-hati ya uols. Sebelum bayar check betul tak item yang dimasukkan di dalam plastik tu.



Rakyat Malaysia suka stay di Hotel Hoang Hai Long 2 / Saigon Pink 2. Gia Huy Hotel pun sebelah menyebelah aja.



Tawar-menawar. Budak ni garang betul. Macam nak makan orang. Customer boleh lari macam ni. Tanya harga je dah macam nak marah. Kalau tak beli apa jadi agaknya. Sudahnya belilah jugak.



Makan tengahari di Warung 1 Malaysia Saigon. Nanti Azie buat 1 entry khas untuk makanan halal di Ho Chi Minh ya. Jangan tak tau, walaupun bertanda halal tapi sebenarnya? Inilah scam namanya. Berjaga-jagala. Selesai makan, kami plan nak cari Hard Rock Cafe Ho Chi Minh. Check via Google Map lokasinya tak jauh mana dan boleh jalan kaki sahaja. Ayuh kita mulakan perjalanan. Awan mula mendung berarak kelabu. Dah ada tanda-tanda nak hujan. Harap-harap tak hujan.



Vietnam terkenal dengan pengeluar kopi kedua terbesar di dunia! Sebab tu banyak cafe di sini. Minuman yang wajib cuba jika ke Vietnam adalah kopi! Yes, kopi Vietnam rasa unik dan lemak berkrim. Memang umppphhhh! Bila balik Malaysia bancuh sendiri tak serupa itu rasanya. Mushkil sangat. Tak berani nak beli kopi timbang ni. Kami beli kopi halal di Hjh Basiroh aje. Kopi cap Trung Nguyen.



Penggemar Chatime tak perlu risau. Ada je di Ho Chi Minh. Cumanya macam kita Muslim elok beli kat Malaysia lah.



Kat sini banyak bengkel motor di tepi-tepi jalan. 4 juta rakyat Vietnam menggunakan motor setiap hari. Haruslah ada bengkel motor.



Jem tak bergerak. Masa ini hujan dah mula renyai-renyai. 



Akhirnya sampai juga kami ke sini. Datang untuk cuci mata je padehal. LOL.



Baru harini kami menggunakan khidmat Gopro. Gunalah jugak sebab dah bawak jauh-jauh.



Tengokla Pn Yati kita tu, pandai dia, bila bergambar je menyorok badan kat belakang.




Saigon Notre Dame Cathederal. 



Saigon Central Post Office merupakan salah satu tempat popular di kalangan pelancong yang datang  ke Ho Chi Minh. Ia merupakan pejabat pos terbesar di Vietnam. Dibina pada tahun 1886 dan siap pada tahun 1891 oleh arkitek Gustave Eiffel (Opening hours: From 8:00 a.m. to 5:30 p.m)


"The Central Post Office got its new paint job at the end of 2014, but many people are unhappy about it. While the new color sets a nice contrast to the red Notre Dame Church, it is too overwhelming for most." - Wiki
Warna baru Saigon Central Post Office




Senibina yang unik. 




Gigih beli postcard untuk hantar ke Malaysia. Siap minta tolong petugas kaunter tulis dalan Vietnamese lagi. Tapi sampai sekarang tak sampai-sampai pun poscardnya. Hilang ke mana ya? Atau memang ambil masa yang lama? First time hantar postcard ni. 





Antique Phone Booth



Saigon Post Office ni dah berusia 124 tahun! Worth a visit.




Saja ambik gambar berlatar belakangkan Saigon Notre-Dame Basilica (Vietnamese: Nhà thờ Đức Bà Sài Gòn, French: Cathédrale Notre-Dame de Saïgon). Dibina dari 1863 hingga 1880. Ada 2 menara loceng setinggi 58m. Perasan tak ada Virgin Mary di situ. 

"During October 2005, the statue was reported to have shed tears, attracting thousands of people and forcing authorities to stop traffic around the Cathedral. However, the top clergy of the Catholic Church in Vietnam couldn't confirm that the Virgin Mary statue in front of a cathedral had shed tears, which nevertheless failed to disperse the crowd flocking to the statue days after the incident. The reported 'tear' flowed down the right cheek of the face of the statue." - Wiki.



The Municipal Theatre of Ho Chi Minh City atau Saigon Opera House. Dalam Vietnamese: Nhà hát lớn Thành phố Hồ Chí Minh. (banyak sabdu bahasa Vietnam ni) Senibina sama seperti Opéra Garnier in Paris. Saigon Opera House ada 500 tempat duduk.







Petang hujan lagi. Musim hujan kah? Cadangnya nak ambil limosin yang kami datang hari tu. Sebabnya ada diskaun untuk balik. Tapi atas persetujuan ramai nak ambil Vinasun Teksi aja. Suami dah info awal-awal pada bell boy. Tapi tunggu- punya tunggu tak tiba-tiba. Hampir sejam kami menunggu tak juga tiba. Bell boy pulak dah berganti orang lain. Follow up lagi dengan bell boy yang lain pulak. Taktahula teksi mana pulak yang dia panggil. Tak juga sampai-sampai. Kami semua dah panas bontot dah. Sebab dah lewat sangat nak ke airport. Akhirnya kami tahan aja teksi yang kebetulan lalu depan hotel. 


Barang dah load dalam teksi baru dia cakap dia tak guna meter sambil tunjuk baju dia yang basah kuyup kena hujan (dia ingat dia aje yang basah kene hujan? kami ni tak basah ke) Dia nak caj kami 200 ribu Dong. Apa lagi, masing-masing mulalah rasa nak marah. Sebab duit yang kami collect awal-awal untuk tambang teksi hanya ada 170,000 Dong. Maksimum caj dah tu kalau dari District 1 ke airport guna meter. Balance kami dah habiskan siang tadi. Lepas nego dan bagitahu kami tak puas hati yadda..yadda..yadda..barulah driver Vinasun bersetuju dengan harga 170,000Dong. 


Bermula episod ngeri dalam teksi Vinasun. Driver tu bawak laju macam nak lumba dalam litar sebab dia khuatir kami terlepas flight. Dahla trafik di Vietnam boleh dikatakan the craziest in the world! Masing-masing dalam tu nak gugur jantung dan mengucap siap-siap. Harapanku moga ayahbonda tabah, cekal hati juga tidak sakit jantung. Huhu. Memang nyaris-nyaris. Sipi-sipi. Bila sampai epot, masing-masing lega teramat sangat. Tengok meter eh eh boleh pulak bacaan menunjukkan 120,000Dong.


Yes kami tiba on time tapi keciwa bila flight delay. 2 kali delay. Sepatutnya jam 9, jadi jam 10 dan akhirnya jadi jam 11pm. Tiba di Malaysia jam 1 am. Sampai rumah jam 4am.  Lepas Subuh semua ketiduran kepenatan. 


The End.

10 ulasan:

  1. Taxi kat vietnam di boleh tahan penipu jugak. Pernah jugak terkena last time. Dia pusing tempat yg sama je and i was referring to the map on my hand and signboard jalan. Lepas dah kena marah baru dia ikut jalan yang sebenar tapi i tak bayar full la. Jangan harap!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zara,

      Tuela rasanya kiteorg kene tipu jugak. Dari hotel nak ke telekung factory. Yerla kiteorg taktahu mana lokasinya. Harapkan driver teksi aje yang bawak. Lama gila tak sampai-sampai.

      Padam
  2. Ade address telekung factory tu?

    BalasPadam
  3. USD tinggi time tu... mmg kne redha jela.. takleyh nk wat ape..

    BalasPadam
  4. kalau igt pon penjual tshirt tu.. belum tentu die nk bagi tuka... silap2 begadohh... aiks...

    BalasPadam
  5. warung 1 malaysia tu dekat ke ngan hotel u?

    BalasPadam
  6. hahaha... dah terime belum postcard tu..??

    BalasPadam
  7. hehehe... die tunjuk baju basah tu tande nk tambang lebih...

    BalasPadam
  8. meter tunjuk 12kdong.. p kne bayar 170kdong.. sabar jela.. sedekah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Luna Paris,
      Amboiii diknon. Sekali komen bertubi-tubi. Ingatkan spam dah tadi =P
      Meh akak jawab satu persatu ya. Berkenaan TShirt tu pasrah je. Tak baik gaduh2. Warung 1 Malaysia memang dekat dengan hotel. Poskad sampai sekarang masih tak sampai! (hilang dalam laut kot) Yang teksi..tau takpe. Redha jer =)

      Padam