Tips Kecilkan Peha Dengan Cepat Dan Berkesan


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera silent readers!



Semenjak dua menjak ni rasa peha makin melebar macam kaki dinasor dan mula bergesel-gesel dengan gumbira antara satu sama lain.  Pastu mulalah susah hati tak tidur malam bila belek diri sendiri depan cermin ikea. Bila timbang berat, penimbang digital memberikan angka yang tak sanggup nak lihat. Apa yang ditakutkan selama ni telah berlaku! Oh Tuhan. Mengaku kesilapan sendiri sebab makan ikut nafsu dan malas nak workout. Tapi nak buat camne, terlajak perahu boleh diundur, terlajak berat? sila sambung sendiri.


Teringat sejenis workout yang dah lama tinggal sejak hari raya Aidilfitri aritu. Bila tinggal lama memang bercinta nak start balik. Makanya sejak Isnin gigih menghampar tikar yoga setiap pagi di ruang tamu dan mula acah-acah workout. Hasilnya lepas 4 hari peha dah tak bergesel lagi!!! Takde kekuatan lagi nak timbang berat lepas workout. 


Psssstt. Inilah my everyday workout. Dalam banyak-banyak workout yang ini paling serasi dan paling best. Korang boleh cuba jugak nanti.


Sexy Leg workout!




20 squats 
30 lunges 
40 calf raises 
50 second wall squat 
100 jumping jacks 
50 second wall squat 
40 sumo squats 
30 leg raises 
20 squats


Save dalam fon buat setiap hari lepas Subuh ataupun malam sebelum tidur.  No GYM. No equipment. Lagipun sekarang ni jerebu kan, tak perlu susah hati kalau tak dapat jogging kat luar. Boleh workout je dalam bilik tidur or ruang tamu. Easy-peasy kan. Lepas sebulan confirm berpuashati dengan hasilnya. Hasilnya perut lebih kempis & pejal. Peha makin kecil dan pejal. Tidak lagi menggeleber. Squats memang senaman terbaik dan terpantas untuk kecilkan, cantikkan dan pejalkan peha. Badan pun rasa ringan. Lepas ni bolehlah bertumit tinggi semula ronda IOI City Mall! 


Inilah tips untuk kecilkan peha dengan cepat dan berkesan.


Oppps! Ada lagi 1 rahsia. Bukan takat dapat peha yang pejal dan kaki yang cantik je. Tapi ada benefit untuk benda lain. Ini khusus untuk para isteri di luar sana. Kalau nak tahu rahsianya kena la amalkan workout ni. Hehehehe. 


Good luck korang!


4 ulasan:

  1. wow! siyes tak bergesel..ada sapu cream2 tak selain worrkout ni..okeh2 bole jadi inspirasi ni..suar byk xmuat.. (T_T)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mizzura,
      Serius tak bergesel! Takda sapu2 cream. Tapi memang mintak nyawa la nak habiskan 1 cycle ni. Hihi. Good luck.

      Padam
  2. Ni masa nak mula mesti rasa azab nak completekan satu cycle kan. Dah ada squats biasa, tambah pula dgn sumo squats :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Farrah,
      Betul! First time start workout ni hampir sejam nak completekan 1 cycle. Sebab memang mengah habis. Smpai kaki cramp takboleh naik tangga rumah sendiri! Hihi.

      Padam