Vietnam 2015: Day 2 Shopping Di Ho Chi Minh City


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Korang.


Semalam [Day 1] dah setel. Hari ini kita sambung Day 2 shopping di Ho Chi Minh pulak. Kalau nak tau Alagon Ben Thanh Hotel & Spa merupakan nama baru kepada Hoang Hai Long 2 Hotel. Pagi tu kami breakfast di Park View Restaurant di Tingkat 9. Kami hanya makan buah, cereal, dan telur rebus. Okla untuk alas perut.





Ikutkan Itinerary kami nak cari pemborong telekung sulam Vietnam. Kami utarakan hasrat kami pada bell boy hotel yang bertugas pagi tu. Dia cakap teksi boleh bawakan ke sana. Dia arrange teksi datang ke hotel dan bagitau pemandu teksi tempat yang perlu dituju. Kalau tanya kami memang kami pun taktau. Huhu.



Di Ho Chi Minh pun ada juga The Coffee Bean & Tea Leaf. Lokasinya agak jauh dari District 1. 



Ikut saja ke mana teksi nak bawa kami. Pagi, jalan agak jem sebab peak hour. Orang semua keluar nak pergi kerja. Masa ni boleh nampak trafik sesak dengan motorsikal dan kereta. Motosikal sampai naik atas kaki lima kedai. Nak cepat punya pasal. Semua pakai topeng penutup mulut. 



Pagi yang agak mendung. Perjalanan ambil masa agak lama. Tah bilalah nak sampai. Masing-masing dah rungsing dengan tambang teksi. Berapalah kene caj ni.



Sampaila kami ke tempat yang dituju. Tambang dalam 110,000Dong. Tapi kata pemandu teksi, dia tunggu dan bawakan kami ke Binh Tay Market pulak sebab kawasan ni susah nak dapat teksi. Actually pemandu teksi ni tak boleh berbahasa Inggeris tapi kami boleh faham apa yang dia cuba sampaikan. Haha. Kami bagitahu yang kami akan berada di sini lebih kurang sejam. 


Apa yang kelakar kat atas tu? Sebenarnya nak ambil gambar. Mintak tolong driver taxi yang ambilkan. Tapi boleh pulak dia paham yang kami nak ambil gambar dengan dia. Elok pulak dia berdiri sebelah kiteorang. Adoiila.




Tempat borong tudung dan telekung ni di dalam taman perumahan. Celah mana pun taktahu. Rupanya ia merupakan rumah persendirian tiga tingkat. Berbangsa Cina rasanya. Tapi itulah jual telekung dan tudung pulak. Kami dialu-alukan oleh Tuan Rumah. Mereka minta kami naik atas. Naik atas haaaaa ambik ko. Semua telekung. Punyalah banyak pilihan. Tudung instant jenis cotton pun banyak. penuh di atas tangga. 



Dah alang-alang sampai sini, kami terus borong telekung untuk dibawa balik Malaysia. 



Nah, ini tingkat 3. Semua tudung, blouse, jubah. Tudung Fareeda Vietnam pun banyak tergantung. Mesti suatu ketika dulu tudung ni hangat mendapat sambutan. Macam-macam kombinasi warna ada. Mujurla kami tak pakai tudung ala-ala Fareeda ni. Makanya ia menjadi kurang teruja di situ. Tak tanya pulak harga berapa. 



Tuan Rumah ni baik. Dia tak kisah kalau kami selongkar dan bukak untuk dapatkan design kegemaran. Nampak tak abis sepah tempat ni kami kerjakan. Hahaha. Memang rambang mata nak pilih. Harga berbeza ikut sulam. Nak beli banyak sangat pun tak boleh sebab telekung berat. Beli bag 25kg je untuk kami bertiga. Jimat kos punya pasal. Huhu. Jadi beli seadanya. 



Inilah lorong masuk ke kawasan perumahan tempat kami beli telekung tu. Alhamdulillah cukup sejam pilih telekung kami sedia untuk gerak ke Binh Thay Market. Tiba-tiba kami tersedar yang hanya kiteorg sahaja ada di tempat tadi. Takda orang lain pun. Kami syak yang Bell Boy Hotel/teksi driver tu mesti kenal rapat dengan tuan jual telekung ni. Nak kata murah sangat tu takdalah. Sama aje harga dengan kat kedai-kedai depan hotel tu. Cumanya di sini lebih banyak pilihan dan takde orang. Tapi lokasinya jauh dan tambang pun mahal!





Then kami sampai ke sini, Cho Binh Tay Market. Tambang teksi lebih 200,000 Dong. Lepas bayar, bagitau dia tak perlu tunggu sebab dikhuatiri lama pulak shopping dalam ni. Ni nak balik sampai hotel ni mahu lagi 100,000Dong. Adoii, mahal betul tambang teksi harini. TIPS: Jika naik teksi pastikan teksi menggunakan meter!



Apa yang ada di sini? Pusat borong vietnam silk, prada lace, kain ela pelbagai corak, aneka lace, beg deuter pun banyak kat sini. Bahagian atas banyak jual topeng muka jenis cotton, jerebu ni lakulah jual topeng muka di Malaysia. barang kanak-kanak, pinggan mangkuk dan pelbagai lagi. Prada lace kat sini ada banyak gred. Begitu juga Vietnam Silk pun ada gred. Kenalah pandai pilih. Tanya hati berkenan yang mana. Dan tengokla duit poket setebal mana. Dalam pasar ni, peniaga tidaklah seekstrem di Binh Thanh. Dari segi harga pulak kalau beli borong mesti harga lebih murah. Kalau beli sehelai dua harga lebih kurang sama macam di Binh Thanh Market. 



Abam dari Malaysia tengah duk pilih-pilih Vietnam Silk kat sini. Banyak mereka borong. Memang kepanasan la duduk berlama-lamaan kat dalam ni. 



Pelbagai gred untuk lace. Sempatlah jugak tempah blouse yang siap satu hari. Harga mahal gilos dalam 150,000Dong. Blouse je pun. Bukannya jubah atau dress. Maybe sebab bayar dalam Dong. So, kalau korang nak belibelah di Ho Chi Minh ni tak perlu tukar Dong banyak-banyak. Memadai untuk makan minum sahaja. Kebanyakkan urusniaga dalam RM. Bayar dalam RM lebih murah. Kalau kita bayar dalam Dong harga mereka letak jadi lebih tinggi dan banyak beza kalau kita convert. So kami memang banyak membazir trip ni. Sebab banyak sangat tukar Dong. 


Dah setel tempah blouse rasa nak terkucil pulak. Toilet taktau kat mana. Mujurla tokei kedai yang comel lote ni nak tolong bawakkan. Celah mana dia bawak pun taktau. Toilet berbayar. Minta dia tunggu kat luar. Yerla kang sesat pulak tak jumpa jalan pulang. Masuk je dalam toilet sesak nafas jap.  Cuba nak hadam apa yang berlaku dalam toilet. Uwaaaaaaa, diorang ni kencing kat luar je. Bukak seluar, mencangkung kencing atas lantai merata. Awaatttt lagu tuhhh. Ewwww. Ewww. Berdarah sekejup mataku.


Patutla ada kolah kat luar ni.  Mujurlah ada jugak toilet yang berpintu. Yang jenis pembersih pulak duk simbah dalam toilet tu 40kali tak sudah-sudah.  Geli agaknya. Acane nih. Ikutkan hati tang tu jugak nak lari balik Malaysia. Tapi tak tahan punya pasal terpaksalah buat tak tahu dan telan air liur. Bila ada toilet yang kosong tak tunggu lama terus masuk. Baldi kene ambik kat luar isi air siap-siap. Lepas setel, simbah air kat kasut lama-lama. Mujur pakai Croc aja. Rasa nak sental je. Ewww.Eww.Eww. Bila keluar muka kerut-kerut. Tokei kedai hanya gelak-gelak sahaja. Oh ini sangat mimpi ngeri!



Inilah shawl yang tengah panas kat Vietnam. Berbondong-bondong rakyat Malaysia pi borong kat sini. Semua kedai pun ada design ni. Tinggal jenis kain dan warna aja yang berbeza. 



Harini ni lunch di The Daun Restaurant. Masa sampai restoren masih kosong. Lepas selesai order, makin meriah pelancong memenuhi restoren. Kebanyakkan pelancong Inggeris. Harga sedikit mahal dari Hjh Basiroh. Tapi Nyummms! Seriously sedap. Nasi goreng sangat rasa Malaysia. Boleh diterima tekak. Tak sama seperti nasi goreng di Hjh Basiroh. 



Selesai isi perut kami balik hotel untuk solat dan rehat. Then sambung cuci mata lagi. Belah malamnya sadis betul. Hujan lebat pulak sampai banjir depan hotel ni. Memang tak boleh ke mana-mana. Pasar pun takboleh bukak. Patutlah seharian je mendung hari ni. Nampak gaya hujan akan berlarutan sampai ke tengah malam. Sudahnya kami masuk tidur awal malam tu. Esok kami nak jalan-jalan pusing Ho Chi Minh City pulak. Barulah terasa macam pergi bercuti.




Selamat malam!


9 ulasan:

  1. Seronoknya shopping. Tak dpt bayangkan keadaan toilet mcm tu. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ain,

      Bab shopping memang seronok. Tapi suka lagi shopping di Bangkok! Takperlula bayangkan toilet tu. Memang horror!

      Padam
    2. Bole tahu tudung naelofar bli d kedai yg mana sewaktu d vietnam?

      Padam
    3. hi, azyati.. kalau shopping kat bangkok area mana plak? :)

      Padam
  2. salam..nak tanya. kat sana berapa boleh dpt harga tudung panas tu ya? cantik...

    BalasPadam
  3. best la hotel ade skali bekfast.. senang sikit.. kalau pagi2.. kedai depan hotel tu bukak pukul berape..?

    BalasPadam
  4. best la hotel ade skali bekfast.. senang sikit.. kalau pagi2.. kedai depan hotel tu bukak pukul berape..?

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam