Translate

No-No-NO!

#3 Hong Kong Trip Day 2 - Ding Ding Travel, Disneyland, Ladies Market


Assalamualaikum.

Selasa, 18 Feb 2014

Aktiviti seharian harini ialah DISNEYLAND! Let's the journey begin..


Macam opening movie walt disney kan?

Solat, mandi, breakfast nasi goreng Pak Berahim dengan rendang ayamas dan siap2 untuk mulakan Day 2 di HK. Stay di Tingkat 14 tak dengar bunyi hiruk pikuk kat bawah. Bila turun bawah nahhh tu diaaa baru dengar dan lihat kesibukan pagi di HK.

Sebelum keluar hotel jangan lupa bawa plain water, air kotak, makanan extra (untuk alas perut), botol mineral kosong, wet tissues, passport.



Bersepah-sepah bas & taxi


Morning HK!

Tempat yang mahu dituju adalah Sino Centre. Pagi ni nak beli tiket2 di Ding Ding Travel. Murah dari harga online. Jika anda memang rancang untuk melawat tempat2 menarik di HK silalah beli tiket awal2. Jadi ada setengah2 tempat anda tak perlu lagi beratur beli tiket. Ya Allah, HK ni pelancong sangat ramai jadi janganla bazir masa anda dengan beratur ok!

Keluar dari Casa Hotel pusing kiri, jalan dalam 500m akan nampak bangunan Sino Centre ni kat seberang jalan.



Nampak tak logo 'S' atas kepala tu. Itulah Sino Centre

Tak jauh mana dari Casa Hotel. Dah jumpa Sino Centre ni, terus naik ke Tingkat 14 (1403B)


Ding-DIng International Online Travel Development - Tingkat 14


Cari ofis Ding Ding Travel (sebutan: Ting Ting Travel). Opening hour: 9.30am-6.30pm setiap hari. Ada blogger bagi tahu, jika tutup pun boleh je call 90398010 guna traveller simcard untuk hubungi staff mereka.

Harga tiket memang dah naik jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya.  Ini perbandingan harga Ding Ding Travel dengan harga tiket online.  Mudah-mudahan ia membantu :) 

*Passport jangan tinggal di hotel, bawa ke mana2. Kadang2 diperlukan ketika masuk ke mana2 theme park atau tempat2 pelancongan di HK ni.


CTS
Ding Ding Travel *price Feb 2014
Online
Disneyland
-
HKD395/pax 
HKD450/pax 
Ocean Park
-
HKD270/pax 
HKD320/pax
*MadameTussaud, *The Peak Tram & Sky Terrance
-
HKD210/pax 
HKD280/pax
*The Peak Tram & Sky Terrance
-
HKD55/return 
HKD75/return
Ngong Ping Village Crystal Cabin – 2way/return
-
HKD170
HKD235/pax
Total

HKD1,100/pax
HKD1,360/pax

Oh, jangan tak tahu Ding Ding Travel ni ada cawangan di KL. Jadi anda boleh juga beli tiket siap2 di KL. Tapi kami lupe pulak nak catat nama dan di mana (maklumat ini diberi oleh orang Malaysia yang kami jumpa di HK).

Setel urusan beli tiket, marilah kita ke Disneyland. Sino Centre ni berdekatan dengan MTR Mong Kok Station. Camane nak ke Disneyland ni?
1. Dari stesen MTR Mong Kok, ambik MTR ke Lai King (Tsuen Wan line)
2. Pastu ambik train ke Sunny Bay (Tung Chung line).
3. Dari Sunny Bay tukar train terus ke Disneyland Resort

Perjalanan MTR ke Disneyland Resort


Ya Allah pengangkutan MTR mereka sangat efficient. Jika terlepas, takperlu risau. Tak sempat toleh kiri kanan yang lain dah tiba. Anak panah yg hijau untuk yang dalam train keluar. Yang putih untuk di luar beratur. Mereka beratur dengan sempurna. Tiada tolak menolak. Ya Allah bezanya dengan KOMUTER di Malaysia.

Now MRT tengah rancak dibuat di sekitar KL. Hmmm.. tak sabar nak tengok sama ke tak pelaksanaannya dengan di Hong Kong. Dalam MTR bersih sangat. Memang tak jumpa sampah! Mereka ni jalan laju, sampai kami pun terjalan laju jugak. Hihihi. Dapat lihat wanita Hong Kong semuanya hebat bergaya. Kebanyakkan mereka carry handbag leather COACH, Kate Spade & Longchamp (wahhh sempat memerhati gittu..) Murah agaknye di sini!

Begitu juga lelaki. Smart sangat nak pergi keje. Siap blazer bagai naik MTR. Tengah berdiri padat2 / rapat2 pun mereka sempat nonton youtube dalam MTR. Masing-masing dengan fon.


MTR dari Lai King ke Sunny Bay



MTR ke Disneyland Resort

Dalam train to Disneyland

Tiba di Disneyland ada security guard yang akan check handbag. Air, makanan segala boleh je bawak masuk. Kami peruntukan 1 hari di Disneyland. 6 Parks in HK Disneyland! Kene plan.

1. Main Street, USA – Tempat Solat
2. Adventureland – Tempat Lunch
3. Grizzly Gulch
4. Toy Story Land
5. Fantasyland
6. Tomorrowland

Datang Disneyland WAJIB naik SPACE MOUNTAIN di Tomorrowland. 
'Space Mountain is a thrilling HIGH SPEED, turbulent roller coaster-type ride in the dark that includes sharp turns, sudden drops and stops.' 

Ya Allah roller coaster ni TERlajak LAJU! Dah la lama pulak tu. Mula-mula jerit macam nak TERkeluar anak tekak. Sebab dek terlalu lama hakak senyap je la sambil muka herot sana sini. Nak tahu perasaannya naiklah sendiri!

Now lets layan gamba2 pulak. Hehe.

Yay! Disneyland kami datang!

Main Street, USA


Tomorrowland


Mari kita ke Adventureland


Lunch Nasi Beriyani di Tahitian Terrace - Adventureland (sini ada logo halal)


Mujurlah ada cafe makanan halal di Diseneyland. Kalau tak memang kebuluq. Dahle sejuk berangin. Kenyang perut baru senang hati. Set briyani kat atas tu HKD98. Lagi bagus, bawak 3-in-1 skali datang sini sebab ada air panas. So boleh buat air sendiri. Nescafe 3-in-1 kat sini harga dia HKD22 hokeyyy! Then perform Solat Jamak Zohor & Asar di Disneyland City Hall.


Solat di City Hall, Main Street USA


Solat di City Hall, Main Street USA. Time mula2 masuk Disneyland akan lalu City Hall ni. Cakap nak 'perform prayer' dengan staff di dalam tu. So mereka akan benarkan kita gunakan bilik menunggu VIP seperti gamba di atas untuk menunaikan solat. Alhamdulillah. Tempat bersih dan tertutup dari orang ramai. Telekung & sejadah tidak disediakan. Oleh itu, perlu bawa telekung dan sejadah sendiri. Wudhu boleh ambil di toilet yang tak jauh dari bilik VIP. 

Jam 3.30 pm bersedia untuk menonton Parade. Orang dah penuh kerumun Main Street USA ini. Kami Alhamdulillah dapatlah duduk depan2. Mudah untuk amik gamba & rekod video. Budak-budak menjerit-jerit bila nampak Disney characters. Muzik yang bingit, siap ade pasukan ala-ala pancaragam lagi. Suasana memang sangat happening!


Parade Show yang happening!

Ini antara show yang perlu tonton di Disneyland.

Golden Mickey : 12.45pm, 13.45pm, 16pm, 17pm

Lion King Show 12.00pm, 14.00pm, 16.30pm, 18.00pm
*showtime mungkin berbeza setiap hari


Untuk Lion King Show ni hamba sangat terpesona dengan lontaran vokal nyanyian mereka. Mengkagumkan! Mereka memang hebat. Yerla Disney punyai akademi sendiri untuk mengasah bakat-bakat dan vokal mereka ni. Terbaiklahhh...

Acara kemuncak sudah pastilah Fireworks. Jam 8.00pm.

Finally, Fireworks DISNEYLAND! Yay!


Sebelum pulang, belilah souvenier Disneyland untuk dibawa pulang. Pelancong2 yang datang memang borong sakan barang2 Disneyland. Kedai Disneyland ini TERAMAT besar. Ya Allah macam2 ada. Pinggang mangkuk sudu garpu pun ade..Rambang mata. Kalau bajet ada silalah beli belah dengan senang hati.


Antara koleksi mug Disney yang ada. Oh banyak lagi yang lain!

Pulang ke Casa Hotel dengan tangan kaki sejuk beku. Itula pakai baju selapis lagi. Mujur dah makan Vitamin C SR Shaklee.  Jadi takdela bersin kesejukan.

Tapi eh eh eh malam masih muda. Baru jam 8.30pm. Sempat lagi singgah Ladies Market! Camne nak pergi Ladies Market dari Disneyland?

1. Dari Disneyland Resort ke MTR Sunny Bay
2. Pastu naik ke Lai King
3. Dari Lai King terus ke Mong Kok untuk ke Ladies Market


HK di malam hari

Ya Allah, dapat diperhatikan HK ini negara yang sangat bersih. Takde sampah sarap pun tepi2 jalan. Nampak mereka makan di tepi2 jalan tapi mereka tetap buang sampah dalam tong sampah yang disediakan. Tak nampak langsung anjing or kucing. Jadi boleh jalan dengan senang hati ye. Hmmm negara Malaysia ku tercinta memang jauh berbeza laaaa.... di HK boleh jalan kaki malam-malam dengan aman tanpa perasaan takut. Tiada mat merempit. Itu sudah pasti sebab tak nampak motosikal pun!


The Famous Ladies Market

Ladies market tempat yang sesuai untuk beli FM dan Tshirt untuk dibawa pulang sebagai souvenier. Ada macam-macam barang. Phone case ada, handbag immitate ade. Di sini boleh tawar menawar. Harga mereka buka memang mahal. Maka anda perlu bijak menawar. Jika harga yang anda tawarkan tidak dipersetujui oleh peniaga, buat je pura-pura tak mahu. Angkat kaki, blah. In Sya Allah peniaga tu akan panggil anda semula dan beri harga yang diminta. Gittu taktiknya. Hihi..


Sempat juga masuk SASA. Penuh pelancong dalam kedai sasa ni sebab ada SALE! Ya Allah barang2 die memang murah. Memang tak sama standard dengan SASA Malaysia. Nampak mereka borong sakan. Lancome, Dior, Kose & tah ape2 product lg. SK11 pun ada dijual di sini. Tak nampak pulak org beli perfume kat sini. Semua duk borong skincare products je.


Ladies Market ni tak sampai 500m je ke Casa Hotel. So kami pun menapak pulang. Hari ni rasa macam dah berjalan berkilo-kilometer dah. Rasa kecik dah paha. Hewhew. Suasana yang sejuk membuatkan takdehal la nak jalan kaki jauh2 pun. Memang tak berpeluh. Selesa je. Sampai hotel, solat, makan meggi, roti dan Zzzzzz. Oh sebelum tidur sempat je buka TV dan nonton cite Ghost Whisperer lakonan Jeniffer Love Hewitt. Waaahhh citeee lame tu. 

Rehat secukupnya dan bersedia untuk Day 3 :)



Lain-lain entry berkaitan Hong Kong Travelogue 2014;

Persediaan Ke Hong Kong - Macau - Feb 2014

Hong Kong Trip Day 1 - LCCT, Casa Hotel

Hong Kong Day 3 - Ngong Ping Village, City Gate Outlet, 1881 Heritage, Avenue Of Star & Symphony Of Light




2 comments:

  1. wahhhh…. rindunya nak jenjalan…. kena penuhkan tabung ayam cepat2 nie...

    ReplyDelete