Teroka Lokal di Mangala Resort and Spa Gambang


Selamat Tahun Baru 2021. Entry pertama untuk tahun 2021. Okeh Let's check it out. Mangala Resort and Spa Gambang, Pahang jadi tempat pilihan kami berdua untuk cuti-cuti Malaysia 2020. Gambang's hidden gem.


The Mangala Story
It all began with a barren land. The land history of Mangala Resort & Spa revolves around its original use for tin mining activities from the 1930s till the late 1970s, then for sand mining activities from the late 1970s till the 2000s which had its produce largely supplied to the Kuantan Port. It has since been left completely barren with hundreds of unsightly gullies, ponds, and small lakes to occupy the areas. Almost 80% of the land was also covered in clay with no topsoil, little sand and hardly any vegetation. Mangala Resort & Spa is the result of an inspiring 15-year journey of rejuvenation, which transformed an abandoned barren mining land into a paradise. Today, the beautiful villas are nestled within a large expanse of palm plantation, exotic flower and herb gardens, fruit trees, rehabilitated lakes and undisturbed wetlands. This luxurious, tropical retreat was consciously designed to enhance each guest’s experience with nature, thereby fostering a gentle and mindful relationship between guests and nature.




Secara ringkasnya;

Nama Resort: Mangala Resort and Spa
Lokasi: Lebuhraya Tun Razak, Kuantan Pahang
Jenis Bilik: Amani Pool Villa

Lebih kurang 3 jam memandu dari Shah Alam. Lokasi resort di tepi Lebuhraya Tun Razak. Waktu check-in pukul 3pm. Sebelum check-in lunch dulu di Nasi Kukus Dapur Mama (kedai tema hijau) sebelah Hotel Sri Manja. Jika lalu Gambang cubalah singgah menjamu selera di sini. 

Mangala Resort kini dikelilingi pokok kelapa sawit. Sebelum sampai ke resort anda akan jumpa guard house dulu. Jika ada booking, baru dibenarkan masuk. Tempat parking yang luas, kelihatan beberapa kenderaan juga baru tiba untuk proses daftar masuk. Selesai proses check-in, kami dibawa ke villa dari lobi mengguna perkhidmatan buggy. Villa kami menginap ini tak jauh dari lobi. Jalan kaki saja pun sampai :)

Pasti ada yang tertanya harga bilik kan. Ada pelbagai jenis bilik seperti Sara Villa, Jala Villa, Amani without pool, Amani with pool dll. Harga boleh check it out di SINI

Hubby booked penginapan di Amani Villa with pool untuk 3 hari 2 malam beserta breakfast dan dinner untuk malam pertama sahaja. Minggu kami menginap kebetulan ada International Buffet (sempena Christmas dan New Year). Harga sudah termasuk dinner maka boleh join buffet FOC. Menu buffet antaranya Chilli Crab, Kambing Kuzi, Sup Daging, Laksa, Pasta dll. Tapi kiteorang sepakat untuk room service. Less contact dan boleh dinner pakai kaftan saja. 

Kami difahamkan jumlah villa yang ada dalam 30 lebih unit. Jadi tak banyak dan memang terasa privacynya. 

Sewa basikal untuk pusing-pusing resort. RM20 per unit per stay. 


Suasana yang sunyi sepi aman damai boleh khatam sebiji buku. 
Kurangnya tiada angin sepoi-sepoi saja. 


Katil memang besar. Lawas untuk bergolek ke sana ke sini.


Bath tub ni memang best. Sempat 2 kali saja berendam. Jangan lupa bawa 'Bath Bomb'. What is the use of bath bomb? A bath bomb adds emollients and softeners to your bath's water that moisturize and indulge your skin. Usually 10 to 15 minutes is enough.


Anggap saja ini the most luxurious bath experienced 


HIS and HERS sinks. Each person gets his or her own sink. So tak payah gaduh.


Dinner time!


Suasana bilik yang tidak kecukupan cahaya. Malap-malap gitu.


Malu aih nak pi berenang dalam kolam awam. Kolam private begini barulah tak segan silu nak tunjuk skill berendam kat hubby 😙



Apa nak buat dalam resort ni? 
Kalau resort macam ini biasanya aktiviti disediakan secara percuma. Tapi due to Perintah Kawalan Pergerakan seluruh negara dari bulan Mac-Jun 2020, mereka juga terkesan. Jadi ada aktiviti dalam resort yang dibatalkan sebab tidak cukup pekerja dan aktiviti dah jadi berbayar pulak. Saya perhatikan pekerja mereka juga tak ramai dan orang yang sama buat dua tiga kerja. Multi-tasking gitu. Namun begitu, kebersihan villa terbaik, service mereka juga terbaik. Hats off to Mangala! Back to on-site activities include archery, cycling, birdwatching (cancel due to MCO and no staff to guide), canoe, kayak, paddle boat, jogging track and board games. Morning nature walk juga tiada. Mangala Eco Tour juga tiada. Jadi pandai-pandailah bawa diri. Hihi.

Ushar kawasan villa yang lain. Mana tahu next time nak datang lagi. Lepas riki-riki sepakat dengan hubby yang area Amani Villa juga yang best. Hubby offer pergi spa. Sis tak berminat la nak spa bagai. Cukup dah rasa di Pangkor Laut Resort dulu. 




Restoren untuk breakfast and dinner berdekatan dengan pool. Kalau lepak luar nampakla view pool yang indah ni. Breakfast sini buffet dan sedap. Ada nasi lemak, mee kari, roti, pastri dan lain-lain. Tak banyak sangat pilihan sebab tetamu menginap pun tak ramai. Lunch dan dinner malam berikutnya room service sahaja. 



Overall kita recommend Mangala Resort sebagai tempat honeymoon atau nak family retreat or recharge sekejap selepas berkurung dan work from home hampir setahun. Selama di sini jumpa other guests time check-in, check-out & breakfast saja.  Oh by the way Mangala Resort kids friendly. Ada basikal kanak-kanak. Time makan, kerusi kanak-kanak pun ada. Pastu sis dengar suara kanak-kanak menjerit keriangan terjun dalam pool. 




Dalam perjalanan pulang, kita exit tol Temerloh jap dan cari Restoren Laksa Gebuk Aki Pian di Temerloh. Kita tahu pun sebab masuk dalam Majalah 3. Pastu kecur air liur tengok laksanya. Alhamdulillah tak ramai orang. Boleh kata kami dan beberapa orang saja yang ada dalam kedai ini untuk makan. Laksa Gebuk dan Patin Tempoyak menu pilihan. Padu! Next time nak singgah lagi bila sudah boleh rentas negeri. Oklah that's all for now. Tahun 2020 dan 2021 nampaknya tahun kita semua teroka lokal. Till then wassalam. 


Disclaimer: Ini siaran throwback tahun lepas ketika PKPP. Sekarang ini sedang berlangsung PKP @MCO di seluruh negara kecuali Sarawak. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan