Menara Condong Teluk Intan | Cuti-cuti Perak




Acekeme baca ni Yob. Dengan tersipu-sipu malu, segan nak habaq..pertama kali kita masuk dalam Menara Condong Teluk Intan nih! Yeah. Yeah *lompat bintang*
Menara ni sudah berusia 133 tahun tetapi masih berdiri kukuh di tengah-tengah bandar Teluk Intan, Perak. Terletak di sudut Jalan Selat. Betul lah kata orang.. dari jauh menara ini 1 darjah lebih condong ke arah barat. Patutlah namanya pun Menara Condong Teluk Intan.





Kini, menara ini berstatus sebagai menara condong kedua di dunia selepas Pisa di Itali. Fuh, bangga negara Malaysia. Katanya Menara Condong Teluk Intan ini asalnya tidakla condong. Banjir besar pada tahun 1985 di Teluk Intan menyebabkan menara ini tenggelam. Kerana bebanan air yang berat, menara mula condong ke arah barat.



History / latar belakang mengenai Menara Condong Teluk Intan. Pada awal abad ke-20, menara ini berfungsi sebagai takungan air yang disedut daripada Sungai Perak untuk keperluan 8,000 penduduk setempat.



Ada 110 anak tangga dibina secara melengkung dan menghubungkan setiap tingkat. Ketinggian menara 25 meter. Dari jauh nampak seperti pagoda 8 tingkat. Tapi sebenarnya hanya ada 3 tingkat sahaja. Dalam menara ada ditepek gambar-gambar lama menara dan suasana sekitar menara. Banyak perubahan ketara :)



Menara ini diperbuat daripada struktur kayu dan batu.




✅Menara Condong Teluk Intan dan tiba-tiba jam di menara ini berbunyi dengan kuat....oh berbunyi rupanya jam besar di atas tu. 

P/S: Siapa lagi yang tak pernah sampai? Hehe.
Boleh share tempat makan sedap di Teluk Intan tak....aritu tak tahu nak makan mana



Tiada ulasan:

Catat Ulasan