Tips Maintain Kurus Cara Saya


Assalamualaikum Malaysia.





Di pagi yang hening dan mendamaikan jiwa ni rasa terpanggil untuk berkongsi tips maintain kurus cara Azyyatiliah sendiri. Hiks. Bila Allah sudi pinjamkan usia lebih lama perlu untuk saya lebih teliti bab penjagaan makanan dan apa yang saya makan sebab makin berusia metabolisma saya makin rendah. Zaman remaja saya seorang yang sangat kuat makan. Tapi masih kurus dengan berat 45kg sahaja. Biasalah student kejap-kejap lapor. Makan sikit tak cukup. Makan setimbun nasi putih, dihiasi ayam goreng berempah letak kicap sikit sayur kacang sikit, kentang sambal sikit aduhhh rindu zaman uni. 


Bila usia mencecah awal 30-an masih kuat makan. Sibuk lagi jalan-jalan cari makan dengan suami kehulu-kehilir. Tanpa sedar berat pun makin lama makin naik sampai cecah 55 - 58kg. Orang rendah macam saya ni, dengan berat 58kg terus nampak lebar. Paha dah mula berlaga-laga antara satu sama lain. Bergegor-gegor paha bila berjalan👻Mula rasa rendah diri. Wujud perasaan tak selesa pada diri sendiri. Seluar pun dah ketat kat pinggang, kat paha dan dah rasa susah nak pilih baju. Badan makin melebar. OMG! OMG! Sebelum makin mudarat sampai cecah 60kg baik mulakan langkah mencegah dengan segera!! Sebabnya sekali berat sudah naik susah beb nak turunkan berat badan. Saya tidak mahu digelar 'kenderaan berat'! Tak tunggu lama terus bertindak....


Cara 1: Detox dengan air lemon
Tukar plain water kepada plain water + hirisan lemon. Tupperware 1 liter letak 2 -3 hirisan lemon. Cuba habiskan sebotol. Refill lagi. Letak lagi 2-3 hirisan lemon. Refill kali ke-3 dengan plain water sahaja. Maka cukuplah tubuh saya dapat 3 liter air setiap hari.



Cara 2: Stop terus air gas /air bikarbornat
Saya memang TAK SUKA air gas dari zaman remaja sebab ada kesedaran yang air gas mengandungi kandungan gula yang SUPER DUPER TINGGI. Arwah pakcik ada kena kencing manis, potong kaki dan akhirnya meninggal dunia. Jadi saya takut! Ingat kawan-kawan, gula BESTFRIEND kanser. Saya memang avoid terus. Sekarang ni jadi food police dalam rumah. Awas! Nampak je sesiapa yang beli air bikarbornat dalam rumah Bonda memang kena ceramah kesihatan dengan kak long kawasan. LOLS. Saya bersyukur sebab suami pun jenis yang avoid terus air bikarbonat. 


Cara 3: Kurangkan air manis
Saya tak stop terus. Nanti kempunan pulak. Cuma kurangkan dan tukar. Jika dulu setiap pagi mesti bancuh nescafe + susu pekat manis. Tapi sekarang sebelum sarapan, amalkan ambil 1 sudu madu untuk rasa manis dalam mulut. Khasiat madu pun banyak. Kat rumah tiada lagi nescafe & kopi (masaklahhh kalau tetamu datang, haha). Saya tukar kepada green tea organic + stevia + hirisan lemon. Jika makan di restoren saya hanya order plain water. Suami pulak biasanya order limau suam tanpa gula. Sekarang ni minuman kalau dia bancuh sendiri kat office dia tak nak gula. Alahai.  Breakfast kadang-kadang order teh tarik kurang manis. Tapi segelas kongsi berdua. Jadi taklah banyak portion masuk dalam perut :D Untuk masakan saya memang tak gunakan langsung gula putih. Saya tukar kepada brown sugar organik. Kalau suami ada sebelah masa masak, dia akan bebel jika saya letak brown sugar dengan banyak! LOLS. Jadi kalau dia masak memang tawar! Haha. 


Cara 4: Tidak minum minuman berais
Saya sejenis manusia yang sukakan air panas. Jarang sangat minum air sejuk. Jadi memang takda masalah bab ni. Mula-mula kahwin dengan suami dia pelik kenapa takda air sejuk dalam peti ais. Hahah. Memang tak pernah wujud pun air sejuk dalam peti ais sejak kecil. Jadinya bila dah kahwin memang tak buatlah. So lepas 10 tahun berkahwin suami pun kurang minum air sejuk. LOLS. Pergi restoren pun order air panas. Tabiat manusia boleh berubah 😄


Cara 5: Jaga pemakanan
Saya bukan pakar nutrisi, bukan kevin zahari dan tak reti nak kira kalori pun. Hahaha. Apa yang saya buat saya tukar diet pemakanan.

+Beras bertukar kepada brown rice (almost setahun dah kot makan brown rice). Mula-mula pelik rasanya tapi alhamdulillah lama-lama boleh terima. Orang kata alah bisa tegal biasa.

+Breakfast weekdays saya prepare overnight oat (oat organic +avocado/delima+dried cranberries+seeds. Untuk sedapkan oat saya letak madu+date concentrate+serbuk cinnamon

Seeds letak dalam oat

+Saya dan suami memang elakkan roti putih terus. Makan roti putih terus rasa gemuk. Kalau teringin nak makan roti pilih G.I paling rendah.  Lebih rendah nilai GI bermakna lebih lambat makanan tersebut diproses dalam badan (lambat rasa lapar) dan tahap gula rendah. Contohnya Sommerset Cottage keluaran Gardenia di bawah G.I : 52. Paling rendah warna purple Canadian Purple Wheat (100% multigrain) dengan G.I: 46. Glycemic Indeks ada dari skala 1 hingga 100. Ada 3 kumpulan:

GI Tinggi : 70-100
GI Sederhana : 56 – 69

GI Rendah : 0 - 55



+Menu harian dalam masakan saya tukar kepada banyakkan menu sayur terutama sayur berdaun dan ikan cencaru, kembung, selar dll. Lebih banyakkan membeli buah daripada membeli ayam daging.

+Jika nak masak menu ayam saya prefer beli ayam kampung. Ayam biasanya disuntik dengan hormon dan antibiotik untuk menggemukkan dan menyihatkan cukuplah saya makan bila makan kat luar :p Kat rumah makan ayam kampung. Telur pun bertukar kepada telur ayam kampung. Sekarang ni mudah nak dapat ayam kampung. Sekor dalam RM13. Telur ayam kampung ada di Mydin Mart. Saya paling benci bahagian dada / isi ayam. Tapi sekarang fav bahagian dada / isi ayam (sis terpaksa!)

+Kena kurangkan makanan laut sebab suami dah kena batu karang! Doktor nasihat untuk avoid terus. Paling risau if kena gout. Lagi susah tak boleh makan langsung. Better mencegah daripada mengubati kan.

+Hari daging sedunia pulak biasanya waktu Aidiladha hari Qurban. Hari tulah baru masak daging dalam setahun :D 

+Susah beb nak stop terus fast food. Kadang-kadang nak jugak cheat day! So makan juga tapi buat konsep sharing is caring. Jadi tak banyak portion masuk dalam tubuh. Haha. Contohnya order 1 set dinner plate (ayam 3 ketul) share 2 orang. 

OPPPPPSS!!

+Dessert & kek memang suka. Tapi tak reti nak makan banyak-banyak. Sekadar cukup rasa. Bonda cakap dulu masa muda-muda dia siap masuk kelas baking untuk buat kek kat kami semua. Tapi kami tak makan sangat pun. Hahah. Last2 sesekali terasa teringin beli je. Jiran sebelah rumah Bonda memang suka hantar kek, brownies, carrot cake, cake buah, red velvet dan macam2. Bila tanya katanya dia beli untuk anaknya alang-alang beli extra bagi kat kami (sweet sangat kan!) Tapi punyalah kami tak makan sangat lepas seminggu pun tak habis-habis lagi dalam peti. Bonda selalu runsing siapa yang nak abiskan. Kena tapau pi tempat kerja budak-budak nih baru habis. Pavlova dikecualikan kerana pavlova mampu bertahan 5 minit. Kemudian licin! Hahahah.

+Kudap-kudap dulu selalu ada dalam rumah. Ada cookies, biskut, kerepek, maruku, kacang2 bergaram bermsg, potato chips, jajan dll. Sekarang pergi mall tak beli semua tu dah. Tukar dengan kudap-kudap betik, nenas, anggur. Masa raya baru cheat day. Hehe.

+Kesimpulannya saya tak pantang pun. Makan semua. Still makan nasi kerabu, nasi minyak, nasi tomato, nasi lemak, nasi dagang, roti canai telur, satay, kek, egg tart, fatty crab, sotong celup tepung, udang tempura, mcD, nandos, dominos pizza....phew sedap-sedap makanan di Malaysia ni, hard to resit tapi saya kurangkan kuantiti kebanyakkannya dengan share dengan tuan suami! Haha. Jihad beb melawan hawa nafsu :D


Cara 6: Jogging hujung minggu
Alhamdulillah sekarang ni kami berdua konsisten jogging Sabtu, Ahad. Kalau malas jogging pun just morning walk sampai berpeluh-peluh. Sambil ambil udara segar pagi dan tengok pokok-pokok hijau bagus untuk mata :D


Cara 7: Amalkan puasa sunat Isnin & Khamis
Jika boleh sedaya upaya amalkan puasa sunat Isnin & Khamis. Selain dapatkan extra pahala, puasa sunat juga bagus untuk rehatkan perut sebentar dari aktiviti berat memproses makanan. Almaklumlah Sabtu, Ahad memang makan macam-macam. Lagi-lagi kalau ada aktiviti makan-makan dengan family, balik kampung, pergi kenduri, hari cheat day sedunia dll. Bedal semua tanpa limit. "Berpuasalah nescaya kamu akan sihat" (Hadis riwayat Ibnu Sunni dan Abu Naim dari Abu Hurairah)

Bila berpuasa, imunisasi tubuh kita kuat melawan penyakit. Penyakit datang daripada perut iaitu makanan yang dimakan. Ada hadith sahih bab ni. Nabi s.a.w sendiri menyebut "Perut itu adalah rumah penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit" ( Hadis riwayat muslim) . Jadi ustajah pulak iols hari ni.




Jadi alhamdulillah dari 58kg turun ke 52kg. Slowly but surely. Nak turun sampai ke 50kg tu memang susah betul. Pernah dapat 50kg tapi dengan cara makan di atas naik balik jadi 52kg. LOLS. So maintain kan jerlah berat 52kg di hujung-hujung usia 30-an ni. Badan selesa dengan berat 52kg. BMI masih dalam kategori NORMAL walaupun lemak-lemak degil masih banyak dalam tubuh. LOLS. Yang penting boleh makan semua benda dengan kuantiti sederhana tanpa perlu pantang-pantang. Tubuh badan kita ni dipinjamkan Allah SWT buat sementara. Amanah yang perlu dijaga dengan baik. Maka jagalah ia sebaiknya. Kita ikhtiarkan dulu. Jika terkena penyakit juga redha dengan ujian Allah. Allah uji tanda sayang. Insya-Allah :D

"Makan dan minumlah kamu dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlebih-lebihan" ( Surah al-A'raf:31)


Kawan-kawan semua, selamat berjihad melawan hawa nafsu makan! 



4 ulasan:

  1. owh betul lah tu..lemon memang leh kurangkan berat
    hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup, betul..betul...kene konsisten selalu :D

      Padam
  2. thanks for the tips. tips nampak mcm biasa tp kalo betul2 amalkan selalu mmg akn berhasil.

    BalasPadam
  3. Lemon mmng mmbuang asid dn mmbakar lemak.. lagi² kalau kita amalkan minum jus lemon segar tnpa campuran... Erkkkk ngilu tekak tapi khasiat dn vitamin bnyak .

    BalasPadam