#29 Kyoto Day 1 : Keenakan Halal Ramen Gion Naritaya & Khaosan Guesthouse


Teruja sangat nak cuba Halal Ramen Gion Naritaya yang terletak di Gion (tempat geisha dan maiko lalu lalang). Tapi tak jumpa sorang pun. LOL. Dari The Philosopher's Path kami naik Raku Bus no.100/203 dari Ginkakuji ke Gion. Tempat nak tunggu bas kat mana... kena lintas jalan ke tidak.. itu semua tak dapat iols nak cerita details. Kene tengok dah fahamkan route bas. 

Sampai di Gion kami cari Halal Ramen Gion Naritaya. Sebelah menyebelah dengan Naritaya Halal Yakiniku. Masuk dalam hanya ada pasangan Indonesia baru sudah makan. Wajib order Gion Mazesoba dan satu lagi Mazesoba with soup. Nak order fried chicken. Habis pulak. KECEWA TAU!


Gion Mazesoba Without Soup & Mazesoba Ramen Noodle with soup



Menu di Halal Ramen Gion Naritaya Kyoto



Set menu di Halal Ramen Gion Naritaya. Harga ala carte dengan set lepas campur sama je. Hihi.



Cara makan Gion Mazesoba



Gion Mazesoba ni Masya-Allah sedaaap 'yak mat'. 5 bintang saya bagi! Walaupun tanpa soup bila ikut step di atas Ya Allah rasa diaaaa...semua bahan yang digunakan sangat fresh. Telur tu..telur tu..perfect!



Yang ini mazesoba with soup. Sedap tapi Gion Mazesoba di atas jauh lebih sedap. Telan air liur bila teringat balik keenakan mazesoba ni. SOBS.SOBS.


Kalau anda ke Kyoto, WAJIB datang sini dan cuba halal Naritaya ramen Kyoto ni. Terbaik sangat! Jauh lebih sedap yang ni berbanding yang kami makan di Asakusa Tokyo.


Perut sudah diisi penuh. Seterusnya naik Raku Bas No.86 / 100/ 110/ 206 untuk patah balik ke Kyoto Station. Kalau ambil Kyoto Day Pass Bus ni boleh naik bas sampai lebam.  First time naik bas kene masuk machine untuk print validity date. Seterusnya just tunjuk pass pada driver bas. 


Sampai Kyoto Station ambil luggage untuk check in di Kyoto Khaosan Guesthouse. Kiteorang agak lambat cari penginapan di Kyoto ni. Berani kan buat hal masa peak season. Cari di Airbnb, Booking.com, Agoda kebanyakannya fully booked. Hanya tinggal tempat-tempat penginapan mahal. Rezeki sangat dapat stay di Khoasan Kyoto Guesthouse ni. Walaupun penginapan ni dah fully booked di website third party, kat website dia still available. Alhamdulillah masih ada bilik kosong dan kami diterima menginap di sini. Syukur teramat sangat! Harga 14,000Y 2 pax untuk 2 malam. Bayar cash masa check-in.


Dari Kyoto Station -> Kawaramachi Station

Suica Card: 720Y (2 pax)


Khaosan Kyoto Guesthouse


Bilik teramatlah kecik gila untuk 2 orang. Katil double decker. Sama macam di Tokyo kiteorang tidur bahagian bawah je. Nasib baik muat tidur dua orang. LOL. Bahagian atas letak barang dan tudung segala. Nak baringkan luggage tu pun sempit. Memang kena bersabar. 



TAPI


Bilik air Masya-Allah bersih berkilat sangat! Guesthouse macam ni bilik air kena kongsi. Yang bagusnya dia asingkan bilik air lelaki dan perempuan. Floor kami menginap..bilik air khas untuk perempuan. So suami kena naik floor atas masuk bilik air lain. Muahaha. Walaupun kongsi bilik air, pengalamanku memang tak bertembung dengan sesiapa pun. Aman damai je. Pandai2la pilih waktu nak mandi/gosok gigi & cuci muka. Yang penting jangan lupa bawa baju kelawar lengan panjang. Senang dan nipis. Selesa pakai untuk ulang alik bilik air.


Oklah penat. Tidur awal sebab esok nak bangun awal pagi. Esok ada sehari lagi di Kyoto.



6 ulasan:

  1. Salam... nk tnya..kedai mkn halal tu pling dekat dngn train station mna ya? Tq

    BalasPadam
  2. Sorry... ada lg 1 qn. Besar x resto tu? Next year nk bwa kwn2 dlm 20 org... hihi... klu mcm matsuri tu, kecik... tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahh ramainya 20 orang! Macam tak muat nak masuk sekaligus 20 orang tu. Plus lagi dengan tourist yg walk in.

      Padam
    2. Itulah kn... slalu tngk kedai halal kt jepun ni kecik2 la

      Padam
    3. Betul. Semua kecik2. Sebelahnya restoren halal yakiniku. Sedap but pricey. Space luas dan sangat selesa :)

      Padam