#28 Kyoto Day 1 : Keindahan Sakura di The Philosopher's Walk



Amaran: Entry akan dipenuhi dengan keindahan bunga sakura yang kembang meriah! 



Turun je bas kami disambut dengan deretan bunga sakura yang tengah kembang meriah! Masya-Allah. Cantik sangat. Perempuan memang pantang nampak bunga. Lagi-lagi bunga sakura yang boleh jumpa di Japan atau Korea sahaja. Keterujaan terus naik sampai level 10!

Gambar ni tidak melambangkan kecantikan dan keindahan sebenar suasana di sini. Kalau ada peluang please go see Japan during cherry blossom dan feel sendiri :)



Walaupun dah tengok cherry blossom banyak kali di Tokyo. Tetap tak puas-puas. Jumpa je nak ambil gambar. Jumpa sakura bergambar lagi. Siapa macam ni jugak? 🙋 Sudahnya beratus-ratus gambar sakura digital. Pening nak pilih letak dalam blog. Pening kepala Suamiku Mr Photographer. LOL. Another jakun pose! 



Sentiasa mengucapkan syukur bila berpeluang melihat keindahan ciptaan Tuhan. Bersyukur Allah SWT beri rezeki wang ringgit, rezeki panjang usia, rezeki sihat afiat untuk sampai ke sini dan seterusnya merasa nikmat melihat keindahan duniawi. 



Longkang di Jepun sangat bersih. Bebas sampah sarap dan bebas bau busuk. Kiteorang memang enjoy menyelusuri longkang di Jepun. LOL. Siap ada ikan koi berenang dalam longkang. 


Reflection cherry blossom dalam terusan ni sangat cantik



Dari Kinkakuji Temple (Kuil emas) kami naik Raku Bus no 102 dan turun di jalan menghala ke Ginkakuji Temple (Kuil Perak). Kalau anda ada di Kyoto musim bunga atau April sangat recommend tempat ini. Orang panggil The Philospher's Walk atau The Philosopher's Path. Tetsugaku-no-michi in Japanese. Berdekatan dengan Kyoto University. Di  terusan ini berbaris beratus pepohon cherry. In early April these trees explode with color, making this one of the city's most popular hanami (cherry blossom viewing) spots.

Panjangnya lebih kurang 2km jalan kaki. Lebih kurang 30 minutes to complete the walk. Ramai yang tak tahu tempat ni. Kami tak jumpa pun orang Malaysia di sini. Yang ada warga China/Taiwan/Hongkong. Ia tidaklah berduyun-duyun seperti di Kinkakuji Temple tadi. Sini kami dapat duduk rilex berhanami sekejap. Minum Japanese Milk Tea. Makan onigiri. Tengok merpati terbang. Tengok ikan koi berenang. Just enjoy the moment. Tanpa sedar boleh lepak sini sehingga 2 jam. Sebab tu suka travel DIY dengan suami. Masa boleh manage ikut suka-suka hati. Such an amazing Sakura experience.  The Philospher's Walk definitely highlight of our trip in Kyoto. 


Next kita nak ke Gion. Dengar-dengar ada makanan halal di sana. Ayuh!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan