100 keping 4R hanya RM10 di Photobook



Selamat sejahtera. Hari ini mahu share perkara best dan menguntungkan. Terutamanya untuk orang yang suka print gambar mahu simpan sebagai kenangan. Bila cetak gambar mudah untuk belek-belek semula kemudian hari sebab ada fizikalnya. Sekeping gambar seindah memori.


Kaki travel mesti nak print gambar-gambar travel. Mak-mak mesti nak simpan gambar anak-anak nanti boleh tunjuk bila mereka dewasa kelak. Setiap gambar ada lagu ceritanya.


Mungkin anda nak print gambar kahwin, gambar akikah, gambar raya dan lain-lain. Walaupun sekarang zaman semua photo simpan kat cloud but old school photo printing is still the best way to preserve memories kan!

Bukan tidak mahu print di kedai gambar, tapi lebih mudah kalau dibuat secara online.  Tunggu parcel sampai depan pintu sahaja. Manfaatkan kemudahan teknologi sekarang. Semua dihujung jari. 


Sebab dah banyak kali guna perkhidmatan Photobook Malaysia ni, jadi rasa serba salah pulak kalau tak kongsi promo ini untuk kebaikan bersama. Marilah kita beramai-ramai jadi pengguna bijak. Rebut peluang ketika promo berlangsung.


Print 100 keping gambar saiz 4R dengan hanya RM10 (sekeping ialah RM0.10 sen sahaja)






100 keping selesai dicetak dan selamat diterima. Kita review sikit kualiti gambar print di Photobook Malaysia ni. Kalau gambar anda terang dan jelas insya-Allah kualiti gambar akan jadi awesome. Gambar-gambar di atas just edit sikit dari segi 'Brightness' supaya lebih terang. Edit di online web Photobook sahaja. Tak perlu kemahiran Photoshop dll. Kualiti kertas pula sedikit nipis berbanding print di kedai biasa yang harga 60 sen :D Shippingnya pula sangat pantas. Sebelum 7 hari dah sampai rumah.


Paper type: Gloss Photo Paper


Cantik tak?  
Nak jugak beli promo ni?


Go to promo page

Dimensions : 4R (4" x 6")
Paper Type: Matte  atau Gloss Photo Paper


Langkah 1
Klik Promo Page di atas 👆 (buka di chrome browser)

Langkah 2
Sebelum tu, kena turn off pop-up blocker. Cara turn off popup blocker

1. Pergi ke chrome://settings/content/popups
2. Add http://www.photobook.com.my:80 dalam list Allow
3. Save
4. Cuba klik semula Promo page!
Klik 'BUY NOW' dan ikut step seterusnya sampai selesai

Nota: Kalau tak turn off pop-up blocker ni nanti problem masa nak buat payment




Nanti akan dapat emel seperti di atas yang mengandungi order number dan voucher code. Voucher code ni nanti masukkan masa nak hantar untuk print. 

Dalam emel juga akan diterangkan cara nak print gambar. 


Dah cuba? Berjaya tak?



3 ulasan:

  1. murah sangat tu kak.. xpe nipis nanti simpan dalam buku kan insyallah okay. menarik. CT tak pernah cuba cuci sekeping2 ni. buat photobook je tapi boleh jugakla kan cuci gambar cemni. lagi puas tengok..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Murah kan. Photobook akk buat jugak. Tapi print sekeping2 ni macam gambar2 terpencil yang sikit2 tak berbaloi nak buat photobook. Memadai nak simpan sebagai kenangan :D Selamat dah print 200 keping!

      Padam