#18 Japan Cherry Blossom Day 4 : Terkesima Melihat Ginza Jepun


Sebelah pagi dah jalan-jalan di Odaiba. Lepas makan hot soba mee di Odaiba kami gerak ke Ginza. Perjalanan ke Ginza tak jauh pun. Korang refer sahaja pada apps yang Azie pernah kongsi dulu. Ginza ni memang dah siap-siap letak dalam list sebagai tempat menarik visit. Kenapa?

"Ginza a world-class shopping district on par with Oxford Street in London and Fifth Avenue in New York" - gotokyo.org

"Ginza is synonymous with old wealth, foreign luxury goods, powerful businessmen and well-heeled ladies who lunch" - trulytokyo.com

Kalau di Malaysia ia seolah-olah masuk bangunan Starhill Gallery Kuala Lumpur atau Pavilion Kuala Lumpur. Tapi di Ginza ia bukan bangunan tapi district!

Kami ke Ginza pada hari Ahad. Oh memang kena sangat lah tu. Hari Ahad di Ginza memang ramai manusia! Terkesima jap melihat suasana Ginza Jepun. Sebab apa? Penjelasannya di bawah nanti. 

Ginza tempat menginap, tempat lepak atau shopping golongan atasan kalau  di Tokyo. Sinilah hotel atau motel paling mahal agaknya sebab harga tanah di Ginza tersangat MAHAL. One square meter sahaja dah bernilai lebih 10 juta yen!!!! Kalau studio apartment biasanya 800 square feet lebih kurang 74 square meter. Maknanya dalam 740,000,000 juta yen. Lebih kurang 27.8 juta ringgit malaysia. Phewww!

Kalau anda penggemar jenama-jenama mewah antarabangsa seperi Louis Vuitton, Prada, Gucci, Tiffany, Dior dll sinilah tempatnya untuk anda shopping. Selain itu, di Ginza ni juga ada Japanese luxury brand. So pilihla mana-mana yang berkenan di hati. 

Apa yang menarik di Ginza? Ok jom kita jalan-jalan di Ginza.

Nissan Crossing

Dalam banyak-banyak bangunan pencakar langit di Ginza ni, kami terjumpa sebuah bangunan nama Nissan Crossing. Apa lagi masuk dalam tengok apa yang menarik. Rupanya ada Nissan Concept car untuk tahun 2020. Warnanya merah menyala. So uols, tahun 2020 belum ada lagi kereta terbang macam dalam buku teks tahun 80-an ye. Kereta merah ni tak terbang lagi. 




Kereta tak mampu menarik minat ku hahaha. Lagi best tengok orang melepak kat bawah. Persimpangan Ginza yang sibuk.


GT-R Nismo

Ginza Wako

Dibina tahun 1932, clock tower Ginza Wako ni lambang atau simbol Ginza.



Pada setiap hari Ahad bermula jam 12 tengahari hingga 5 petang, jalan-jalan utama di Ginza akan ditutup daripada laluan kenderaan supaya kita boleh berjalan dan bershopping dengan bebas dan selesa. Di Jepun ia dipanggil Hokōsha Tengoku (歩行者天国) atau nama pendeknya Hokoten. Maknanya syurga pejalan kaki atau 'pedestrian heaven'.

Ada 2 street atau jalan yang famous di Ginza

1. Chuo-dori Street (shopping street)
2. Harumi-dori Street (shopping street)

Tempat shopping di Ginza

Matsuya Department Store (department store)
Uniqlo (pakaian)
Mitsukoshi Department Store (department store)
Wako Department Store (department store)
Muji (pakaian dan barang perkakasan rumah)
Kyukyodo (Japanese paper and traditional art/craft items)
Itoya (stationery)
Mikimoto (mutiara)

Persimpangan Ginza ni mengingatkan Azie pada persimpangan Shibuya. Bila lampu trafik bertukar merah semua pejalan kaki bersimpang siur berjalan. Permandangan begini Azie jumpa di Jepun sahaja. Bila tengok dari atas lagi jelas. Boleh jadi asyik tengok pemandangan persimpangan je pun. 

Ini jalan yang ditutup untuk lalu lintas. Jadi kita boleh berjalan dengan senang lenang. Argghh best! Siap ada payung lagi tempat lepak minum kopi. Sila tambah lebih banyak lagi supaya lebih ramai yang boleh duduk. Huhu.


Sementara tunggu 'seseorang' sampai kami pergi ke LAOX department store untuk solat. Ingat tau jangan tinggal solat bila musafir. Doa orang yang musafir itu makbul. Masa musafir inilah ambil peluang submit doa banyak-banyak. Tempat solat ada di aras 5. Kami tanya je pada kaunter di situ di mana 'prayer room' . Cari-cari tak jumpa. Rupanyaaa.....mereka terus sediakan prayer room seperti gambar di atas untuk kami solat. Ohhh my terharunya. Siap ada sejadah, selipar pink beserta alas untuk letak sejadah. Ya Allah kenapa Japanese bagus sangat nih! Sangat selesa bersoat di sini. Alhamdulillah.



Inilah seseorang yang istimewa kami tunggu. Maka berlakukah jejak kasih di bumi Jepun di mana Ginza menjadi saksi. Hahaha. Namanya Huda Farhana. Kawan Azie di uni dulu. Sama kolej kediaman di uni. Lama dia menetap di Tokyo ni untuk sambung pengajian dalam master dan PHD. Kini dah selesai pun PHD dan balik Malaysia bergelar Dr Huda Farhana. Tahniaaaaaah. Huda banyak bagi info tentang Japan. Yang mana Azie rasa tak sure Azie akan refer Huda. 


Last jumpa masa majlid perkahwinan Huda. Memang lama giler tak jumpa. Dah jumpa ni mengopi lah apa lagi. Kopi di Jepun bukan sebarang kopi. Siap ada muka sendiri. Hebat. Memang hebat. Nak minum pun terasa sayang. Harga tak ingat. Kalau tak silap dalam 450 yen secawan. Lebih kurang RM17.


Dari sejam menjadi dua jam akhirnya menjadi berjam-jam. Hahaha. 


Suami memang suka ambil gambar 'candid'. Pstt..Huda tengah usha makanan dalam pinggan meja sebelah:D Malam dinner dengan Huda di Okuba kawasan kami menginap. Rupanya sini ada restoren Indonesia yang halal. Namanya Bintang Bali. Akhirnya jumpa nasi ayam penyet. Apa lagi makan penuh nikmat dan kesedapan lah! Harga tolak tepi dulu walaupun 900 yen sepinggan (lebih kurang RM34). Yang penting isi perut yang sedang lapar. Oishii!


Setelah hai-hai bai bai dengan Huda, dapat pulak buah tangan dari Huda. Ada Mochi, biskut kapal, coklat sakura & coklat matcha. Semua sedap! Memandangkan ada lebih kurang 10 hari lagi di Jepun, kat Jepun jugak habisnya. Jadi bekal kami untuk kudap-kudap di sini. Tak sempat bawak balik Malaysia. 

Ingat tak tragedi takde Osaka Amazing Pass di airport tu? Sampai bilik ada kurier bawah pintu. Akhirnya kami dapat dah OAP yang kami tunggu beserta voucher sekali dibaginya. Terima kasih HIS Travel atas perkhidmatan cemerlang anda :D 

Esok ke mana kita ni?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan